Di satu kawasan yang lain dari hutan kolta, sekumpulan ular ular raksasa sedang membincangkan sesuatu. Ular ular ini tinggal secara berkelompok di satu kawasan pergunungan yang penuh dengan pokok Pine. Mereka ini lah yang digelar sebagai kumpulan ular putih. Mereka mempunyai tubuh badan separa manusia dan dari paras pinggang sehingga ke bawah ia menyerupai seekor ular. Mereka tidak suka berjumpa dengan manusia. Untuk mengelakkan pertumpahan darah, mereka mesti mengasingkan diri mereka dari dunia luar. Lebih lebih lagi jika mereka tercium darah manusia, sikap agresif mereka pasti tidak boleh dikawal.
" Awak dah dengar berita? " tanya satu suara.
" Maksud awak... Amora? " balas satu suara pula.
Ia mengeluh pendek.
" kita tidak patut tinggalkan dia di rumah agam itu. Walaupun rumah itu terlalu banyak kenangannya bagi ahli keturunan kita... "
" Kan dia sendiri kata dia akan menjaga rumah itu... "
" Dia bersama dengan abangnya. Abangnya itu sangat agresif dan suka menganggu manusia, dapatkah Amora mengawal abangnya nanti? "
Tiba tiba mereka dikejutkan oleh satu berita buruk. Seekor burung hantu telah datang dan memberitahu mereka kejadian yang telah berlaku di rumah agam itu. Hari sudah semakin petang. Mereka sangat terkejut mendengar berita itu. Lantas seorang telah bersuara.
" Kita terpaksa panggil dia ke mari. Manusia tidak boleh tahu kewujudan kita ini... "
" Awak pasti? "
" Sekumpulan pelajar itu pasti akan memberitahu dunia luar tentang kita. Ini kita tidak boleh biarkan. Kita sudah hidup tenang selama beberapa ribu tahun ini. Tidak sangka ada juga manusia yang datang menceroboh tempat tinggal kita. "
Mahu tidak mahu mereka terpaksa memanggil ketua mereka datang pada malam itu. Setibanya ketua itu, masing masing memberikan ruang kepada ketua mereka.
" Apa yang telah berlaku? "
" Victor mengganas lagi "
" Victor?? "
" Dia telah menyerang manusia. Akibatnya dia sendiri telah ditikam. Dia cedera agak parah juga. Amora cuba menenangkan keadaan. Dia bimbang jika abangnya bertindak lebih buas. "
" Jadi apa perlu kita lakukan sekarang ? "
" Kita tidak boleh mencederakan abang Amora. Jika dia luka, Amora juga akan terluka dari dalam. Mereka mempunyai ikatan pertalian darah yang kuat "
Ketua itu diam.
" Kita kena bawa mereka balik semula ke sini dan bakar rumah agam itu. Jangan tinggalkan apa apa bukti mengenai kewujudan kita "
" Baiklah... kami akan ke sana melihat keadaan "
***
" Peter!!! " jerit Gynn. Kali ini giliran Peter pula dihumban ke tepi. Tony sudah tidak sedarkan diri. Lucy pula masih tergantung. Amora pula terpaksa menunjukkan diri untuk menghalang abangnya yang sudah bertindak luar kawalan itu. Dia menangis.
" Abang! Cukuplah.... Jangan buat mereka begini "
Abangnya tidak menjawab, malah dia semakin rakus. Dia menarik Lucy pula. Lucy merayu minta dilepaskan.
" Awak semua datang ke sini dan menganggu ketenteraman saya " beritahu abang Amora dengan suara yang garau. Dia benar benar marah. Kemudian dia melilit Lucy. Lilitannya sehingga ke leher Lucy. Lucy yang sudah ketakutan itu masih merayu rayu.

YOU ARE READING
AMORA, SI PUTERI JELMAAN
FantasyAmora, gadis perawan yang tinggal berhampiran dengan Hutan Kolta, tinggal keseorangan dan hanya keluar pada waktu malam. Dia adalah gadis jelmaan dari seekor ular anakonda terbesar dan hanya mencari mangsa pada waktu tertentu sahaja. Amora biasanya...