♔BAB 022♔

26.9K 413 35
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕴syraf perlahan menyanggulkan rambut Qhyla sehingga menampakkan leher jenjang gadis itu. Lelaki itu cuba bersabar dan beristighfar. Dia perlu kuatkan iman apabila melihat Qhyla yang secara tiba-tiba merenungnya melalui pantulan cermin. Renungan yang penuh makna.

"Cik Qaisara nak bunga yang mana? Saya akan pakaikannya pada rambut Cik Qaisara."

"Awak penipu." 

Isyraf terkedu. Dia tiba-tiba dipanggil penipu. Apa salahnya terhadap gadis ini? Penipuan apa yang dia telah buat? Isyraf sekali lagi mengumpulkan keberaniannya.

Isyraf dengan berhati-hati memusingkan kerusi yang diduduki oleh Qhyla sehingga gadis itu menatapnya itens.

"Maaf. Saya ada buat salah ke dengan Cik Qaisara?"

"Awak penipu!" Qhyla memukul dada Isyraf sebelum memeluk erat lelaki itu. Isyraf mematung. Dadanya terasa sedikit sakit. Jantungnya berdengup pantas kerana dipeluk oleh Qhyla.

"Qaisara..."

"Awak cintakan saya kan?" Tanya Qhyla dengan suara yang kegetaran.

"Dan awak juga tipu saya tentang makcik Imah. Dia bukannya ibu kandung awak! Saya dah curiga dengan awak sejak hari tu lagi, Isyraf. Kenapa mesti awak menipu? Cuba bersikap jujur pada saya. Saya benci seorang penipu!"

"Tak semudah itu untuk saya ceritakan segala kebenarannya, Cik Qaisara. Saya menipu, ada sebab. Lagipun, ia langsung tak ada kena mengena dengan Cik Qaisara. Kenapa mesti nak bangkitkan tentang siapa ibu kandung saya?" Isyraf memalingkan wajah. Qhyla mengerutkan dahi. Tidak mengerti kenapa mesti Isyraf ingin berdalih darinya.

"Pasal cinta pula. Saya cintakan Cik Qaisara, sebagai adik saja. Sudah terang-terangan yang Cik Qaisara ni milik Tuan Farhan. Buat apa saya nak menghalang pula kan?" Isyraf terus bangun dan berdiri. Rasa malas pula dia mahu melutut untuk menatap wajah gadis itu lama-lama.

"Tapi bukan ke awak ada cakap yang awak mahu jadikan saya sebagai isteri awak?" Qhyla yang masih duduk, setia bertanya. Memandang tepat ke wajah Isyraf.

"Lupakan saja tentang hal tu, Cik Qaisara. Anggap jelah yang kita ni tak ada jodoh.
Dan mungkin, jodoh Cik Qaisara dengan Tuan Farhan." Kata Isyraf senafasnya.

Elok saja tadi dia hendak menghias Qhyla sambil memujuk gadis itu supaya tidak menangis. Tapi Qhyla pula mahu berdebat dengannya. Isyraf sejujurnya tidak suka jika hal peribadinya sengaja dicuri tahu. Dia rasa menyesal kerana telah membawa Qhyla ke rumahnya.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now