1 🌵

2.7K 197 128
                                    

                                  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 
                                

Jam loceng disebelahnya semakin galak berbunyi. Digapai tangan untuk menutup jam tersebut.

8.00 a.m.

Mata Jimin terbuntang.

"Baby !!" Segera Jimin berlari menuju ke bilik anak daranya. Tubuh anak kecil itu ditepuknya manja.

"Baby sayang. Bangun cepat. Baby dah lewat ni. Cepat cepat." Arah Jimin. Segera dia ke almari pakaian. Menyiapkan pakaian anaknya.

"Baby malas lah daddy. Tak nak pergi school boleh tak ?"

"Aipp mana boleh macam tu. Baby cakap nak jadi student yang baik. Kena pergi school lah. Okey ? Dah cepat pergi mandi. Baby dah lewat ni." Pujuk Jimin.

"Hmm okey daddy." Haeun bangun lalu mencapai tuala merah jambunya menuju ke bilik air.

Jimin mengeluh. Susahnya tak ada bini ni. Aish. Anyone wanna be my wife ? Hm.

******

"Dah balik Jimin ? Mama ingat kamu terus pergi hospital. Kamu syif apa harini ?" Soal ibunya. Tugas Jimin sebagai doktor kekadang sampai tidak mempunyai masa langsung dirumah. Tambahan lagi dengan kerenah anak daranya itu.

"Jimin syif petang harini mama. Itu yang sampai terlajak tidur. Dengan Haeun sekali terlajak. Nasib baik ada budak lain yang lambat jugak tadi." Ujar Jimin. Dia menarik kerusi dihadapannya. Segera dilabuhkan punggung. Bersedia untuk sarapan pagi.

"Kan mama cakap kahwin cepat-cepat. Senang nanti ada yang uruskan kamu dengan Haeun. Mama ni tak selamanya boleh jaga kamu anak beranak." Kata Puan Park sambil menyedokkan nasi goreng ke pinggan anaknya.

"Apa mama ni ? Sampai bab kahwin pulak. Jimin tak sedia lagi. Lagipun Jimin masih sayangkan Yoori. Dia tetap dalam hati Jimin. Sampai bila-bila." Usai berkata Jimin mengeluh. Ibunya tak habis-habis suruh dia kahwin.

"Tak salah nak sayangkan Yoori. Tapi dia dah lama meninggal Jimin. Dah empat tahun. Sejak Haeun umur setahun lagi. Kamu boleh cari pengganti mummy dia. Kesian anak kamu Jimin. Dia perlukan kasih sayang seorang Ibu. Ingat tu."

Jimin terdiam. Ada betulnya apa yang dikatakan mama tapi...

"Tengok lah nanti kalau ada jodoh ada lah tu."

"Ke kamu nak mama tolong carikan ? Kawan mama ada anak dara yang tak kahwin lagi. Cantik tahu."

Jimin menggeleng. Dia tidak menjawab pertanyaan ibunya. Dibiarkan persoalan itu tergantung sepi.

******

Pintu diketuk dari luar. Jimin tahu siapa. Malas dia mahu menyahut. Terjengul wajah kacak si jejaka.

"Hey bro. Busy ke ?"

Jimin mengangkat wajah. Dia menayangkan wajah seposen. Si rakan hanya tersengih.

"Tak lah sangat. Nak semak file patient je. Kau tak ada patient ke ?" Soal Jimin.

"Tak ada. Itu yang aku menyinggah bilik kau kejap. Nak cakap something sikit ni." Masih tersarung jubah putih pada tubuhnya.

Terangkat kening Jimin.

"Apa ? Serious je bunyinya."

Taehyung mengeluh. Dipandang Jimin dihadapannya.

"Mama aku suruh aku kahwin."

Tergelak Jimin.

"Apasal kau gelak ? Mentang-mentang aku first time kena kahwin paksa bukan main kau gelakkan aku eh " Masam muka Taehyung melihat tawa Jimin. Ini dah lebih ni !

"Sorry bro. Tak bukan apa. Kes kahwin paksa kau ni dari bulan lepas lagi tahu. Aku tengok tak kahwin-kahwin jugak kau."

Taehyung mengeluh. Ingatkan boleh tenang sikit rupanya tak.

"Mama aku suka ungkit benda yang sama lah. Rimas aku. Macam nak lari je dari Seoul ni. Kau tolong lah aku"

"Eh kau jangan nak mengada. Aku pun serabut tahu tak. Mama suruh aku kahwin cepat-cepat. Supaya ada yang uruskan aku dengan Haeun." Jawab Jimin pula. Serabut dia dibuatnya.

"Heol. Yang itu aku setuju. Kau memang patut cari mummy baru untuk Haeun. Sebab Haeun perlukan kasih sayang seorang Ibu."

"Dia tak perlukan mummy baru. Aku sebagai daddy dia ada je. Boleh je bagi apa yang dia nak." Ujar Jimin.

Taehyung menggeleng.

"Masalah aku dengan kau lain Jimin. Kau dah pernah kahwin. Ada anak pulak tu. Perempuan. Kau sebagai daddy dia tak selamanya boleh uruskan dia. Sekarang boleh lah dia kecil lagi,nanti dah besar ? Dia kena ada mummy baru jugak bro."

"Kau ni sama je macam mama aku. Ayat sama pulak tu."

Tersengih Taehyung. Jimin serabut. Persoalan mamanya bermain difikiran.

Patut ke aku cari mummy baru untuk Haeun ?


-

Hey welcome to my new fanfic featuring abg Jeman. Ehee
Show me your loves pleaseuu 💓

Ig: rose.pctal

[C] Your Man ; JiminWhere stories live. Discover now