AMORA Part 7

292 15 1
                                    

Di dalam kepekatan malam itu tubuh lemah Amora masih belum sembuh. Dia sedaya upaya untuk membuka peluru yang masih tertinggal di dalam bahunya. Sambil dia berlumuran darah, dia masih lemah. Banyak darah yang hilang. Pandangannya kabur. Dia hampir jatuh terhempas ke tanah kalau bukan Cyripto sempat menyambutnya.

" Amora! " teriaknya cemas. Amora jatuh betul betul di dalam dakapannya. Cyripto adalah spesis ular putih yang tinggal di hutan pine. Dari kecil dia dan Amora merupakan kawan baik sehinggalah Cyripto di tugaskan untuk menjaga keamanan di hutan pine, sehinggalah dia mendengar tentang kisah Amora. Cyripto mempunyai hati pada Amora tetapi belum ada tanda tanda Amora menyukainya. Walaupun mereka sering tidak sependapat Cyripto tidak akan membantah.

Syrie datang mendekati mereka. Dia terkejut melihat bahu Amora yang masih berlumuran darah. Tiba tiba dia berasa marah.

" Manusia celaka! Akan saya kerjakan kamu cukup cukup jika saya terjumpa " marahnya. Cyripto melihat Syrie. Syrie adalah adik perempuannya yang mempunyai sikap kurang sabar. Dia mempunyai kuasa dalaman yang boleh membuatkan manusia menjadi batu jika cuba untuk menggodanya. Syrie tidak suka pada manusia.

Cyripto dan Syrie adalah keturunan dari Medusa. Mereka telah berpindah dari utara dan tinggal di hutan pine hampir 1000 tahun lamanya. Anak perempuan Medusa sudah lama hilang kerana ditangkap oleh manusia. Mereka juga tidak pasti sama ada anak perempuan Medusa masih hidup ataupun tidak. Akhirnya Amora di bawa pulang ke hutan pine oleh Cyripto dan Syrie. Ketua puak ular putih sangat terkejut melihat keadaan Amora yang tidak sedarkan diri itu.

" abang nya mana? " tanya ketua puak. Cyripto tidak menjawab.

" jangan jangan dah mati " tiba tiba Syrie menyampuk. Cyripto memandang ke arah adiknya sambil buat muka serius.

" jangan buat andaian yang bukan bukan " marahnya. Syrie diam tidak menjawab. Kemudian dia beredar dari situ. Tinggalah ketua puak Herold dengan Cyripto. Mereka berdua Berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari bahu Amora. Kemudian Cyripto memberikan hembusan ular agar Amora dapat sembuh dengan segera.

Hembusan ular ini hanya keturunan Medusa sahaja yang mempunyai nya. Hanya dia dan adiknya yang mendapat keistimewaan tersebut.

Amora masih tidak sedarkan diri.

***

BANDAR AUGUS

Lokasi Hospital Emun

Wad kecemasan tingkat 15

Tuan Alfred, Nixon, Tony, Peter, Sandra dan Mirabel masih duduk diam di ruang menunggu. Mereka menunggu keputusan dari Doktor Calvin yang merupakan doktor yang bertanggungjawab membuat pemedahan terhadap mayat Lucy. Dia merupakan doktor bedah siasat yang paling terkemuka di Bandar itu.

Selang beberapa minit kemudian doktor calvin membuka pintu. Tuan Alfred datang menuju ke arah doktor muda itu. Kesemua pelajar juga datang mendekati Doktor Calvin. Mereka tidak sabar sabar lagi hendak mengetahui keputusan itu.

" Saya tidak boleh nak cakap apa apa " beritahunya, ringkas. Tuan Alfred mengangkat muka.

" Bagaimana kesan gigitan itu? " tanyanya ingin tahu.

" Bisa gigitan itu sangat kuat dan kelajuannya mengikuti saluran darah juga tidak dapat dipastikan kerana mangsa mati serta merta sejurus selepas di gigit. Saya berani mengatakan di sini, jika ada sesiapa yang terkena gigitan ini, ia memang tiada penawar "

" maksud doktor... mati serta merta? "

Doktor itu mengangguk.

" Jadi, apa yang perlu kita beritahu pada kedua orang tua Lucy nanti? " tanya Nexon pada Tuan Alfred selepas sahaja Doktor itu masuk semula ke bilik pembedahan. Tuan Alfred diam.

" Takkan kita nak beritahu yang Lucy terkena gigitan ular... " beritahu Sandra pula.

" Kita terpaksa memberitahu keluarga Lucy pasal ini, berterus terang lebih baik..."

" Tetapi, jika keluarga Lucy mengeluarkan saman bagaimana? "

Tuan Alfred mengangkat muka sambil memerhatikan anak muridnya satu persatu.

" Maka dengan itu, pihak kolej terpaksa menerimanya. Anggap saja sebagai hukuman kerana gagal melindungi pelajarnya semasa berada di luar sekolah " Tuan Alfred mengeluh panjang lalu tanpa di suruh dia beredar dari situ dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Mereka semua diam tidak bersuara. Tony beredar tanpa pengetahuan rakan rakannya. Hatinya masih sedih. Dia keluar dari hospital itu dengan terburu buru. Sementara yang lain masih berada di dalam hospital.

" Peter... kalau bukan awak yang menimbulkan masalah ini dari awal, Lucy takkan mati " beritahu Sandra. Peter tidak menjawab. Semua kawan kawannya menyalahkan dirinya kerana dia yang menyebabkan rakan baik mereka telah pergi untuk selama lamanya. Peter semakin runsing. Dia tidak tahan dengan leteran kawan kawannya lalu dia juga pergi meninggalkan hospital dengan membawa sebuah kereta lamborgini merah miliknya. Dia memecut kereta itu selaju yang boleh. Fikiranya keliru. Bingung. Dia sedaya upaya cuba untuk mengingati kembali apa yang sebenarnya telah berlaku di dalam hutan kolta itu.

Peter tidak dapat mencari jawapan pasti. Bunyi deruman kereta mewah itu memecahkan keheningan malam yang dilaluinya.

-RUMAH PEMBURU-

" Kita mesti cari ular jelmaan itu dengan segera. Kita hapuskan satu persatu! Kita korek dan makan jantungnya. Awak dah lupa kah apa yang tuan estos katakan pada kita tentang jantung ular itu? "

" Dah lahh bonny, makan jantung ular bukannya dapat hidup lama pun! " balas excel. Mereka dengan minum arak sambil memikirkan jalan untuk mencari ular itu.

" Kalau setakat 8 kaki atau 10 kaki saya akan tembak terus ke kepalanya. Bukan pada badan "

" jadi, tembakan yang tepat mengenai bahu itu siapa punya? "

Mereka ketawa beramai ramai.

" kerana kecuaian rakan kita, dia mati dengan tenang " beritahu Willy.

" Willy! Tak elok awak cakap macam tu " Marah Dean. Willy tidak peduli. Dia meneguk arak itu berulang kali.

Dalam rumah itu hanya mereka ber empat. Iaitu Bonny, Excel, Willy dan Dean. Mereka digelarkan sebagai pemburu ular dan seringkali ke sungai amazon untuk memburu ular raksasa. Dinding rumah mereka banyak gambar gambar kenangan yang terpapar dengan megahnya. Pencapaian Tuan mereka juga tiada ada bandingannya. Keratan akhbar yang dicetak sejak 15 tahun yang lalu masih jelas kelihatan. Dean sudah membaca beratus kali pasal artikel itu

ULAR JELMAAN DI TANGKAP DI TAMAN EDEN

Masa itu tuan mereka, Estos baru berusia 35 tahun. Pergi ke hutan untuk memburu ular. Akhirnya dia Berjaya menemui ular jelmaan sepanjang 15 kaki. Pertarungan demi pertarungan akhirnya ular jelmaan itu tewas setelah terkena percikan api di matanya. Walaupun amukan ular itu telah Berjaya membunuh 18 orang rakan rakannya pada ketika itu tetapi kerana kepenatan, akhirnya ular jelmaan itu tewas juga.

40 tahun telah berlalu. Tuan Estos tidak lagi seperti dahulu. Dia sudah berhenti dari memburu ular sejak kejadian terakhir dia di taman eden. Kini dia sudah berpindah dan tinggal jauh daripada Bandar. Dia lebih suka tinggal di tepi hutan. Berkhawin atau tidak tiada siapa pun yang tahu. Menurut cerita kawan kawan rapatnya, ular it dibawanya pulang. Kemudian kisahnya tamat begitu sahaja.

Sama ada benar atau tidak dengan memakan jantung ular jelmaan akan menerima hayat abadi, itu tiada sesiapapun yang tahu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 31, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AMORA, SI PUTERI JELMAANWhere stories live. Discover now