Ep 3 [Hairan]

2.9K 203 15
                                    

[👆🏻Credit: niilamtika(instagram)]

Sejak aku balik dari hospital dan sejak aku mimpi benda yang aku bahkan tidak tahu mimpi apa itu.

Aku mula mengalami benda pelik..

Aku selalu terdengar suara di rumah Tok Aba. Aku mula mimpi benda pelik dan lepas bangun aku terus tak ingat..

Aku selalu menyentuh lengan sedangkan aku tak letak apa-apa gelang ataupun jam kat lengan aku

Yang ada hanya parut..

Aku melihat garisan yang agak panjang di lengan aku,yakin itu adalah parut

Aku dah banyak kali tanya dekat Tok Aba tapi dia sentiasa cuba buatkan kami lari dari persoalan tu.

"Ermm" keluh ku perlahan sambil meletakkan satu tangan di dagu.

"Boboiboy,termenung apa tu? Cepat kemas meja kat sana tu"

"Ah,ya Tok" kata ku cepat sebaik sahaja Tok Aba memanggil ku.

Aku pun berjalan ke meja yang sudah tiada penghuninya itu,ingin mengemasnya.

Sambil aku mengemas meja itu sambil itu aku mula teringat sesuatu.

Ku pandang cawan dengan logo nama kedai Tok Aba.

Mula muncul satu nama di mindaku membuatkan aku semakin hairan.

Mana Gopal?

Aku dah tak nampak dia lepas aku keluar dari hospital,waktu kat hospital ada juga dia melawat tapi sekarang dah tak nampak dia.

Ying dan Yaya pun,aku pun tak nampak mereka sejak kat hospital tu.

Aku pun mengelap meja itu lalu ku bawa cawan kotor ke kedai untuk di cuci.

"Tok Aba" panggil ku sebagai sahaja aku selesai mencuci cawan itu.

"Ye,kenapa?"

"Mana Gopal? Ying dan Yaya pun Boboiboy dah tak nampak. Dorang pergi mana Tok?"

Pertanyaan dari aku berjaya membuatkan Tok Aba berhenti dari mengelap meja itu,pelik...

"Ermm,Gopal pergi bercuti dengan keluarga dia Hah"

"Yaya?"

"Yaya pula dengan Ying dan cikgu kamu pergi memancing"

"Memancing? Sejak bila Yaya dan Ying suka memancing?"

"Mana lah Tok tahu Boboiboy. Dah lah,tolong atok hantar ni Hah"

Aku terdiam sekejap sebelum menyambut kotak yang di penuhi koko itu.

Aku pun mencium lembut tangan Tok Aba lalu ku berjalan menuju ke tempat yang di tuju.

Aku tahu,Tok Aba menipu

Tapi...

Kenapa?

----

"Terima kasih ya"

"Ya sama-sama"

Kata ku mesra lalu ku keluar dari rumah pelanggan Tok Aba.

"Penatnyaaa" kataku sambil mengangkat kedua-dua tangan ku. Ingin merenggangkan sedikit badanku ini

Dah nak petang rupanya,bisik hati ku perlahan sambil ku lihat matahari yang mula terbenam

Cantik

Aku pun mula meneruskan berjalanan ku tapi langkah ku terus terhenti tatkala ku melihat sekolah dulu ku.

Aku tersenyum sekejap apabila teringat kembali memori dulu,rasa bersyukur terbit di hati.

Bersyukur sebab Tuhan tidak mengambil memori waktu sekolah ku dulu

Aku mengeluh sekejap lalu ku teruskan perjalanan ku

Aku masih lagi bingung

Bingung kenapa Tok Aba menipu ku.

Patut kah aku cari tau sendiri kenapa Tok Aba menipu aku?

Patutkah aku cari tau sendiri tentang suara pelik di rumah Tok Aba?

Aku tak dapat ingat mimpi yang asyik berulang-ulang kali aku mimpi itu.

Bukan tak ingat cuma...aku tak dapat melihat dengan jelas gambar dalam mimpi aku tu..

KRAKK!

"Eh.."

Langkah ku terus terhenti dan mataku automatik membesar tatkala aku mula tersedar dengan keadaan sekeliling

Tempat..apa ni?...nampak terpencil dan sunyi..

Krak!

Laju sahaja kepala ku menoleh ke kanan,ke arah suara bising tadi.

Rumah siapa ni...besarnya..dan usang..

Suasana rumah itu kelihatan suram dan menakutkan di tambah lagi langit yang semakin gelap menambahkan kesuraman rumah itu

Kenapa aku rasa

Macam kenal rumah usang ni...

Tanpa ku sedar aku melangkah ke depan,ke arah rumah usang itu.

Krekkk!

Bunyi nyaring terhasil apabila aku membuka pagar rumah itu

Aku pun melangkah masuk ke rumah itu lalu ku lihat setiap inci rumah itu

Memang tak asing di penglihatan ku,aku seperti pernah ke sini..

Tapi bila? Kenapa aku tak ingat?

"Boboiboy?"

Terus ku memusingkan badan ku dan ku lihat seorang lelaki berambut ungu berdiri di pagar rumah usang ini,dapat ku lihat wajahnya yang terkejut melihat kehadiran ku.

"Ke-kenapa kau ke sini?"

[TBC]

Yey! Apakah yang akan jadi? Tunggu lah ep seterusnya Hua Hua Hua

K Byee ^^

•GoodBye Boboiboy• [FANFICTION] {✓}Where stories live. Discover now