~ i'm deeply hurt inside but pretending to be okay ~
Helena mencari kelibat kakaknya . Dia jalan dengan hasil bantuan Airin . Penat dia menunggu kakaknya dalam bilik tadi . Hampir beberapa jam dia tunggu akhirnya dia panggil Airin untuk membantu dirinya .
Langsung tak nampak batang hidung Hailee . Jam pula sudah nak masuk pukul 12 tengah hari .
"Kau ada nampak kakak aku tak ? Dari tadi aku cari dia tak jumpa-jumpa pun " Helena menyoal Airin .
Dia didudukkan di atas sofa ruang tamu .
"Entahlah , aku pun tak nampak dari tadi . Dalam bilik dia tadi tak ada pun "
Mereka biasakan diri memanggil kau-aku saja . Kalau dengan Hailee , lainlah . Itu memang wajib hormat .
"Peliklah . Mana pula dia pergi ni . Kau tak ada tanya Bryan ke ? Kot dia tahu ke ?"
"Tak adalah pula . Tapi Bryan pun dari tadi tak turun . Aku nampak sekali je , time breakfast tadi "
Helena hanya mengangguk . Dia tak tahu kerana Airin yang membawa sarapan untuknya di dalam bilik .
Tapi peliklah...kemana pula kakaknya pergi ?
Mata mereka ternampak kelibat Bryan yang batu saja turun dari lif . Gerak geri lelaki itu diperhatikan tidak lpeas lepas .
"Ha Bryan , kau nampak tak mana Hailee . Dari pagi dia tak turun-turun . Ni hah si Helena dah risau"
Airin menyapa Bryan terlebih dahulu .
"Dalam bilik aku " balas Bryan dengan nada biasa .
Santai betul lelaki itu dengan seluar pendek dan singlet hitam . Nampak badannya yang berotot . Idaman para gadis dekat luar sana .
Dua gadis itu mengerutkan kening bila mendapat jawapan dari mulut Bryan .
Dalam bilik dia ? Amenda lah yang si Hailee tu buat .
"Kau jangan fikir benda lain . Perempuan tu penat sangat semalam bersihkan luka aku . Tu yang aku suruh dia tidur dengan aku "
Dua gadis itu memandang Bryan dengan pandangan yang...
Tidak percaya .
"What ? I'm telling the truth "
"If you guys not believe me . Go ask Hailee "
Serentak itu pintu lif terbuka dan keluarlah Hailee dari lif . Rambutnya masih basah oleh kerana baru saja lepas mandi .
"Hailee ! "
Terhinjut bahu Hailee yang sedang gosok rambut menggunakan tuala . Helena dan Airin pula sudah lupa rasa hormat terhadap dirinya .
"Apa ?"
Dia memandang Bryan sekilas yang sedang meneguk air .
Lelaki itu mengangkat kening dan bahu sekali dengan mimik mulut .
"Kau tidur mana malam tadi " ayat yang sama keluar dari dua orang gadis itu .
"Bilik "
"Bilik siapa ?" Serentak lagi mereka menyoal .
"Bilik Bryan lah . Eh asal dengan korang ni "
Diri dia kini bagaikan penjenayah yang disoal oleh dua anggota polis wanita . Bryan pula santai makan di dapur sambil memerhati mereka .
"Buat apa tidur dalam bilik dia !" Masih sama lagi . Serentak menyoal .
Memang dah plan dari awal ke apa ?
YOU ARE READING
[SU] LOVELY MAFIA
Romance• i will always , honestly , truly , completely , love you • [ACTION + ROMANCE]🤘🏻🥀 Bryan Steve seorang lelaki kacukan spanish dan juga seorang mafia. Lelaki itu bukan calang-calang orang. Semua orang sanggup melutut dekat dirinya, asalkan mereka...