22 September 2013 -12:30 pg-

137 7 0
                                    

Ya Allah! macam manalah aku boleh tertidur tengah-tengah mencatat ni. Habislah kalau mama dengan papa marah... Cepat!! Aku bawak kereta macam 'pelesit' tau.. Aku takut sangat masa tu. 

Lebih kurang jam 12:55 pagi tadi, aku sampai rumah.. Tapi, pukul 1 pagi aku dah kena marah dengan mama dan papa.. Nak buat macam mana..memang patut pun, salah aku jugak. Leka!

"Ha! kemana kau pergi tengah malam baru kau ingat nak balik?!" jerkah mama tadi. Aku dah nak menangis. "Mama..tadi, Rania tertidur dekat rumah kawan Rania.." "Tertidur?? ke sengaja tidur?! tahu-tahu rumah lelaki tak, kau pergi?! Yelah, muka cantik macam kau ni tak layak kawan dengan budak perempuan sebab, perempuan semua memang akan cemburu dengan kau. Kalau lelaki tu ye..memang ramai nak kawan dengan kau." perkataan kawan yang diucapkan mama ditekankan. Sungguh! hatiku bagai dihiris dengan pisau belati, bagai dicincang-cincang lumat! 'Astaghfirullah...mama,jangan tuduh Rania yang bukan-bukan...'  sampai hatinya mama..mama memang tak akan dapat terima aku sebagai anak perempuan tunggalnya kerana mama hanya mahukan anak lelaki! Sungguh juga aku cemburu...tapi, aku tidak akan pernah membenci mama walau apapun yang terjadi.. Kecuali, jika jasad sudah terkubur... Aku berlari naik ke bilik.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

*air mata lelakiku menitis lagi...dengan lebat! inikah kisah hidupnya? derita sungguh...* T_T

Sebulan Yang Takkan BerulangWhere stories live. Discover now