CL 1

6 0 0
                                    

Kringgg ! kringgg !

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun gigih mengayuh basikal menuju ke sebuah pondok .

"Aiskrim ! Aiskrim ! " ,Laung Aisyah kuat sambil tangannya menekan loceng basikal .

Dengan muka cemberut , seorang budak lelaki 12 tahun cepat cepat melambaikan tangan menunjuk kan respon ingin membeli aiskrim palsu itu .

"Hai abang handsome , nak beli aiskrim apa ? " Uishh gedikk .

" Bagi aku aiskrim vanilla " Ayden jawab dengan muka tanpa perasaan .

Dengan tangkas , Aisyah mengambil akar kayu di dalam plastik yang ditulis perkataan vanilla dengan marker .
Aisyah memberikan 'aiskrim' tersebut kepada Ayden.
Ayden menyambut dengan malas . Ayden  pegang selama lima minit , acah acah makan la gitu  kan kalau buang terus ,merajuk pulak si Aisyah ni

"Adik cantik teman abang handsome lah , kesian abang handsome sorang sorang " terkekek Aisyah ketawa melihat muka terpaksa jiran kesayangan dia tu. . Aisyah merapatkan kedudukan sehingga bahunya bergesel dengan bahu Ayden.

Ayden senyap malas melayan ,
" hishhh, kecik kecik dah gatal ,besar nanti tak tau la " .cakap dalam hati je la gila kau nak cakap macam tu kat Aisyah . Kan dia  tarik muka aku jugak yang galau ..jiwang sehh...

"Dah la jom balik ,dah nak maghrib ni" Ayden mula mengemas barang dan menyimpan basikal di tepi pondok itu . Basikal tu memang khas untuk Aisyah jual aiskrim ,so letak Kat situ je la.
Aisyah pun tak perlukan basikal tersebut sebabnya.........

" Abang Ayden , cepat ! " Aisyah menghulurkan kan kedua tanganya ke atas ,kepala didongak melihat Ayden .itulah sebabnya , Ayden dah jadi driver terhormat pada Aisyah .
Suka betul Aisyah kerana pujaan hati dia setia jadi driver
untuk pergi dan balik dari bermain .

Ayden berpaling ke belakang dan merendahkan tubuhya supaya Aisyah dapat memanjat naik .Aisyah Naik dan terus merangkul leher Ayden .

" Abang Ayden , nanti kita kahwin abang angkat Aisyah macamni selalu eh ? Boleh ? " Kata Aisyah.

Ayden mencebik bibir ,  "sape nak kahwin dengan kau ?"

"Abang Ayden lah ! ,Hik hik hik " Aisyah membalas kuat sambil mengeratkan lilitan lengannya di leher Ayden . Hujung bibir Ayden terherot naik sedikit ,nak gelak kuat kuat ,jatuh ego pulak .

Memang pelik jika dilihat kerana Ayden dan Aisyah asyik bermain berdua sahaja di pondok kecil itu sedangkan ramai kawan kawan mereka yang bermain di padang di hujung kampung .Beza umur boleh tahan jauh la lima tahun kan.. Fikiran Ayden terkenang peristiwa lama ... 

Childhood LoveWhere stories live. Discover now