Aku melihat dengan penuh minat si kecil yang berada dalam dukunganku. Alhamdulillah, Liana selamat melahirkan anak perempuan yang sihat dan comel macam mak dia. Geram aku melihatnya. Macam nak gigit-gigit.
Walaupun aku masih dalam persalinan baju gaun, tapi aku happy dapat memegang si kecil ini. Kami tidak sempat untuk pulang ke rumah untuk menukar baju. Selepas Hafiz mendapat panggilan tadi, dia terus ke hospital. Masa pergi shoot tadi pun tak sempat nak bawak baju. Huhu. Nasib badan.
Liana tersenyum lemah melihat Nadhirah yang sedang mendukung anaknya. Sakit bersalin itu hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa sakitnya untuk melahirkan anak di muka bumi ini. Bagaimana sesetengah masyarakat membuang bayi begitu sahaja setelah lahir di dunia ini. Tidakkah mereka berasa kesal dengan tindakan tidak bermoral itu? Sesungguhnya anak itu punca rezeki keluarga.
Ceh, macam aku dah kahwin dan ada anak pulak. -author
"Khai, sini kejap." Liana memanggil Khairul yang berada berdekatan dengan katilnya. Hafiz yang berada disebelahnya tersenyum nipis memandang Khairul yang memandang Liana.
"Kenapa Lia?" soal Khairul naif.
"Tengok tu." Liana memberi pandangan mata ke arah Nadhirah. Khairul dan Hafiz memandang ke arah Nadhirah. Nadhirah kini sedang mencium pipi dan menyanyi riang kepada si kecil.
Khairul memberi pandangan yang pelik kepada Liana. Tak faham.
"Khai tengoklah tu. Aireen macam dah layak tau jadi ibu. Khai tahu kan apa yang Lia maksudkan?" Liana memberi senyuman penuh makna kepada Khairul.
"Haah. Betullah tu cakap Lia. Khai pun dah layak jadi ayah." Hafiz mengeyit mata kepada Khairul.
Khairul tersengih sambil menggosok belakang leher. Nak jawab apa eh?
"Cepat-cepat tau dapat anak." Sambung lagi Hafiz.
"Insha Allah. Korang doa-doakanlah." Khairul menayang senyuman nipis.
Khairul memandang semula ke arah Nadhirah yang sedang khusyuk bermain dengan Farisha Mekayla, anak Liana dan Hafiz. Dia bagaikan fikirkan sesuatu. Mahukah Nadhirah anak bersamanya? Mestilah mahukan. Setiap pasangan berkahwin semestinya mahukan anak untuk melengkapkan lagi perkahwinan mereka. Apakah mahu Nadhirah mengandung di awal usia muda?
Pintu dibuka perlahan. Muncul figura Naufal bersama Alisa. Haih, ada lagi minah senget ni.
"Mama ,mak su dengan pak su mana?" Soal Hafiz selepas melihat adik iparnya.
"Mama dengan mak su solat isyak kejap. Pak su pergi kafe beli barang."
Aku memandang Alisa yang berdekatan denganku. Dia seperti mengintai Farisha yang berada dalam dukunganku. Nak dukung cakap jelah.
Tak payah tengok macam tu.-hati
"Kak Lisa nak dukung ke?" Alisa seakan terkejut dengan sergahan aku. Dia kemudian mengukir senyuman nipis.
"Boleh jugak."
Aku memberi Farisha kepada Alisa. Alisa seperti gembira dapat memegang Farisha. Aku tersenyum nipis.
"Comelnya awak. Geram je tengok. Apa nama dia?" Alisa memandang aku.
"Farisha Mekayla."
"Farisha Mekayla. Comel."
"Aireen. Abang nak cakap sesuatu jap." Naufal menegur aku yang sedang ralit melihat Alisa mendukung Farisha.
Aku memandang Khairul. Khairul mengangguk seperti memberi kebenaran.
Aku keluar dari wad Liana dan menghampiri Naufal.
"Abang nak cakap sesuatu dengan Aireen ke?"
"Perempuan dekat dalam tu cousin Khairul kan?" tangan Naufal menunjuk ke arah wad Liana.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
Любовные романыFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...