Catur

60 6 1
                                    

CATUR
Oleh: KUFAZ

Suasana begitu gelap dan sunyi sekali. Tidak kedengaran waima bunyi cengkerik sekalipun. Dua orang lelaki sedang duduk menghadap satu sama lain, bermain permainan catur.

Perlawanan yang berlangsung perlahan dan tertib itu diadakan di dalam sebuah bilik tanpa tingkap. Dilimpahi satu cahaya kelam dari atas siling. Hanya memberi kesamaran kepada kedua-duanya. Seorang lelaki yang tua menentang seorang yang kelihatan dalam usia pertengahan 30an.

“Silakan tuan Rahim. Giliran tuan sekarang..” sapa lelaki yang muda.

“Umph..” Lelaki tua itu mengangguk. “Sebentar Malak..”

Tiada reaksi daripada wajah lelaki bernama Malak itu. Dia menunggu penuh kesabaran. Sesungguhnya, dia punyai segala masa yang ada di dunia ini.

Tuan Rahim memandang papan catur di hadapannya. Tidak banyak buah yang ada lagi. Dan jelas, dia kini sedang di ambang kekalahan. Jika tidak satu, barangkali dalam dua atau tiga gerakan lagi, dia akan tewas. Tangannya yang terketar memegang bidak askar yang dia ada. Namun, dia letaknya kembali dan menyandar di kerusi semula. Dia belum bersedia untuk bergerak.

“Hmm…” Malak menghembus nafasnya.

Tuan Rahim memandang jejaka yang samar wajahnya itu. Bibirnya mengukir satu senyuman tawar.
“Pernahkah aku ceritakan mengenai kehidupan aku di waktu muda dahulu?”

“Tidak tuan.”

Terdapat satu tawa kecil yang keluar daripada mulut tuan Rahim sebelum disusuli dengan sedikit batukan. “Tetapi aku pasti kau pernah dengarnya daripada mulut kawan-kawan kau..”

Malak tidak menjawab. Riak wajahnya bersahaja.

“Aku dulu merupakan seorang ahli korporat yang disanjungi oleh semua masyarakat. Pelbagai projek-projek besar telah aku jalankan demi orang-orang yang susah.” Tuan Rahim membetulkan duduknya di kerusi. “Aku masih ingat lagi.. ketika itu tahun 90an.”

Malak mula menyandarkan badannya dan mendengar dengan teliti. Dia menyilangkan tangannya di dada.

“Aku merupakan anak kampung yang dipandang tinggi. Ye lah kan, tidak ramai anak muda yang berjaya keluar daripada kampung dan berjaya kembali sebagai orang yang berada.” Tuan Rahim berdehem untuk melancarkan tekaknya. “Ketika itu, aku seorang sahaja yang menjadi harapan mereka.”

Tangan tuan Rahim mula bergerak ke arah bidak yang disentuhnya tadi. Dia memegang lembut buah itu dan bergerak satu tapak ke hadapan. Kemudian, dia menyandar kembali.

“Ramai yang tidak sangka aku berjaya lakukannya. Mereka ingat pemuda kaki motor macam aku ini tidak ada harapan dalam hidup..” Orang tua itu mula menyilang tangannya ke dada. “Haha, aku masih ingat wajah-wajah mereka yang terlopong apabila aku pulang membawa kereta yang mewah serta duit yang banyak.”

Malak meleraikan silangan lengan dan mula menyentuh buah pilihannya iaitu Permaisuri. Dia kemudiannya mengerakkan buah itu dan terus mengheret ke bahagian kawasan sebaris dengan Raja dan Kuda milik tuan Rahim.

“Check” ujar Malak.

Lelaki tua itu mengangguk dan tersenyum. Dia tahu dia akan kalah tidak lama lagi. Semua buah-buah yang kuat sudah ditewaskan. Cuma yang tinggal hanya Bidak, Kuda dan Raja sahaja.

“Namun, jauh di sudut hati, aku merasa kesal.”

“Sebab apa tu, tuan?”

Satu nafas panjang dilepaskan tuan Rahim. “Aku kesal kerana aku dapati ketika itu, aku lakukan semuanya disebabkan ego. Aku angkuh.”

CaturWhere stories live. Discover now