FINALIZED SINOPSIS MY DEAR MR.STONE COLD

562 17 17
                                    

ZARA terperangkap dalam kenangan silam. Tatkala terpandang Zarul, dia penasaran. Wajah lelaki itu iras bekas tunangnya. Dia berusaha untuk mendekati pemuda itu. Layanan Zarul amat dingin. Dia bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai di tengah jalan. Manakala Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang untuk menyimpul kasih antara anak gadis kesayangan dengan pemuda terbaik pilihannya.

Namun ada musuh yang berdendam. Nyawa Zara diambang bahaya. Mujurlah Zarul berjaya menyelamatkan si gadis jelita. Hakim semakin pasti, pemuda itulah pilihan terbaik untuk anak gadisnya. Lalu Hakim menawarkan tawaran lumayan kepada Zarul.

"I'll never say NO to your papa!" ~ Zarul

Zara tersepit di antara harapan Hakim, sumpah setianya terhadap Ammar dan cita-cita Zarul untuk meraih keuntungan. Sikap dingin Zarul menyebabkan Zara semakin terseksa.

Kehadiran Alex yang sudah lama mencintai Zara dalam diam membuatkan ego Zarul tercabar. Zara lebih rela memilih Alex sebagai teman lelakinya daripada terpaksa berkahwin dengan Zarul.

"Saya tak perlu kahwin dengan awak untuk dapatkan awak, Zara!" ~ Zarul

Zara keliru dengan sikap Mr.StoneCold. Sudah cairkah hati dingin Zarul? Adakah Mr.Stone Cold sudah jatuh cinta terhadap Zara? Atau itu semua lakonan semata-mata kerana harta? Perlukah jiwa Zara sekali lagi menjadi korban?

"Zara, you cannot do this to me! I can't compete with a ghost inside your heart! You need to let me in. See me... as who I am." Zarul benci dijadikan sandaran hati Zara mengenang cinta matinya. Zarul perlukan peluang.

"Aduh! Dingin sungguh hati batu Mr. Stone Cold! Macam-macam Zara dah buat, tapi kenapa dia masih marahkan Zara?" Zara sakit hati dilayan acuh tak acuh oleh oleh Mr. Stone Cold, calon menantu pilihan papa.

Rancangan Hakim untuk menyatukan Zara dan Zarul sentiasa terhalang. Siapakah dalang sebenar yang menghalang penyatuan Zarul dan Zara? Berjayakah rancangan Hakim untuk mengukuhkan empayarnya sedangkan nyawa puterinya menjadi taruhan?

NANTIKAN KEMUNCULANNYA DALAM VERSI CETAK TAK LAMA LAGI...

WHICH COVER SESUAI UNTUK MY DEAR MR. STONE COLD? 

CHOICE NO.1: 

ATAU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ATAU

CHOICE NO. 2:

please share your thought and comments on this ya! thanks!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

please share your thought and comments on this ya! thanks!

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now