Chapter 46 - Second Confession

80 9 4
                                    

---

Termenung jauh sambil duduk bersandarkan batang pokok , Hanbin cuba mengasingkan dirinya dari pelajaran buat seketika. Dia tahu , ahjumma pasti akan berleter panjang jika wanita itu tahu bahawa Hanbin dengan beraninya tidak menghadiri kelas sejak berlakunya peristiwa itu.

Hanbin yang cukup kesal dengan tindakannya tadi berkali-kali melontar batu kecil yang berada di sekelilingnya ke dalam air tasik yang kelihatan tenang itu. Sungguh Hanbin tidak tahu bagaimana lagi untuk membuka mata Yooin agar gadis itu hanya melihat dirinya seorang sahaja.

Sehinggakan pada saat ini , dia hampir mahu putus asa kerana tidak yakin bahawa Yooin akan menerimanya sebagai seseorang yang istimewa.

"Hanbin.."

Hanbin kenal akan suara itu dan hanya dia sahaja yang memilih untuk tidak menoleh ke mana-mana pada waktu itu.

"Kenapa awak tak masuk kelas? Ssaem cari awak, tahu?"

Hanbin mencapai tali begnya lalu berdiri. Dia sengaja tidak mempedulikan soalan bertubi-tubi dari Yooin. Mungkin dia patut mula berjalan pulang ke rumah sebelum loceng tamat waktu sekolah dibunyikan beberapa minit lagi.

"Hanbin.."

Lelaki itu terus melangkah ke hadapan bersama begnya.

"Nado.. johahae.."

Yooin mengemam bibirnya yang baru sahaja melepaskan kalimat yang tidak disangka-sangka akan disebut akhirnya. Jantungnya berdebar kencang , gelisah untuk melihat reaksi Hanbin terhadap perkara tersebut.

Perlahan-lahan tubuh di hadapannya itu dipusing. Hanbin memandangnya penuh erti. Ketika itu , kedua-dua mereka sedang berganti kontak mata. Yooin yang segan tentang hal itu segera menyembunyikan pipi merah jambunya dengan rambut.

"Yah!! Kim Hanbin! Kamu ke tu?!"

Hanbin kemudiannya tercari-cari dari mana arah suara tersebut muncul , sebelum matanya membuntang. Yooin yang perasan akan hal tersebut menoleh ke sumber suara itu.

"Moon Yooin! Kamu pun?!"

Tahu-tahu sahaja , Hanbin memaksa Yooin berlari sejauh yang boleh. Sambil berpegangan tangan pada waktu senja itu , kedua-dua mereka berlari jauh dari kawasan sekolah. Merasakan diri mereka telah selamat, Yooin dan Hanbin akhirnya berhenti melangkah. Masing-masing tercungap setelah penat berlari.

Kedua-dua mereka masih berpegang tangan. Yooin menggigit bawah bibirnya untuk menyembunyikan senyuman gembiranya. Ketika Hanbin menoleh untuk memeriksa keadaan dirinya , wajah Yooin tiba-tiba kembali berubah serius.

"Penat? Saya ada air. Awak nak?"

Menanyakan soal keadaan Yooin tanpa mempedulikan dirinya terlebih dahulu membuatkan gadis itu tersenyum. Hanbin mengeluarkan sapu tangannya dari beg lalu mengelap peluh di muka dan tengkuknya. Yooin tergoda lagi.

Sedangkan Hanbin sedaya upaya tidak mahu menunjukkan betapa berdebarnya dia setelah mendengar pengakuan Yooin tadi. Namun , dia masih perlukan kepastian.

Siapa tahu jika dia tersalah dengar apa yang cuba Yooin sampaikan sebentar tadi?

"Jadi , cinta saya tak bertepuk sebelah tangan kan?"

Yooin tertawa. Dia membuka langkah terlebih dahulu dan diikuti pula oleh Hanbin. Mereka kini berjalan pulang ke rumah seiringan.

"Saya tahu.. awak lah yang stalk saya selama ni. Apa nama fancafe tu ya?"

"Yahh... awak tahu?"

Sukar untuk dipercayai. Jadi , selama ini Hanbin tahu tentang hobinya yang pelik itu! Muka Yooin merah padam.

"Nampaknya awak dah lama suka saya rupanya."

"Yahh!"

"Saya ada baca caption awak. Tidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. Ada kan?"

"Yahh!! Kim Hanbin!"

"Tak apa. Jangan malu-malu. Awak stalker yang comel tahu? Dan akhirnya stalker ni juga lah yang jadi girlfriend saya.."

Hanbin mencubit pipi Yooin lalu tertawa.

- The End -

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now