One day

8 0 0
                                    


Pagi yang dingin tapi kelas masih diteruskan. Sejuk sampai ketulang. Adakah ini perasaan ikan-ikan yang dibekukan?. Kesian!.

Kenapa boleh cerita pasal ikan pepagi ni. Ramai pelajar perempuan memakai seluar panjang didalam skirt saking sejuk cuaca. Nak kata musin sejuk lama lagi. Sekarang baru musim bunga. Hari ketiga persekolahan. Cuaca memang dengki dengan manusia. Balas dendam mungkin.

" Cepat masuk dalam sekolah main-main apa lagi tu!"Guru disiplin berdiri tegak dihadapan.

Pepagi dah menjerit. Syak sarapan pagi tadi dia minum air tenaga sampai 3 cawan tu yang semangat membara semacam. Pelajar semua berlari masuk kedalam bangunan sekolah yang lebih hangat.

" Fancy, selamat pagi,ada apa dengan wajah kamu harini,jangan kata kamu bergaduh lagi?" Cikgu disiplin bertag nama wiliam mula mengesyaki sesuatu

Gadis tahun pertama itu menggelengkan kepala. Jangan sampai salah faham. Wajah dia seketika memerah.

" Saya jatuh tangga semalam!" Jerit Fancy

Terkesima Cikgu Wiliam mendengar jeritan bercampur gementar dari mulut Fancy. Adakah dia banyak tengok manga sampai berfikiran negative pada pelajar sendiri

" Maafkan Cikgu salah faham,kamu boleh masuk kelas sekarang"

Cepat langkah Fancy meninggalkan Cikgu Wiliam. Dia menghela nafas lega. Semua orang percayakan dia . Muka dia yang comel dan pure ni memang mudah menipu.

💞

Ben menghampiri Fancy ketika waktu rehat tiba. Dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Fancy.

" Berapa kau dapat semalam,adakah negara jepun ni tak cukup aman pada kau?" Kata Ben sambil menongkat dagu

Ben adalah sepupu yang rapat dengan keluarga Fancy. Personality mereka hampir sama cuma Ben lebih waras dan berdisiplin.

" Is just for fun,you don't need to worry " Fancy tersenyum yakin

" Aku boleh bagi duit kalau kau nak,aku dah ulang benda ni 100 kali" Ben tak faham apa yang bermain di fikiran Fancy

" You can give as many you want but I want a little fun,Alright" Fancy masih tidak mengalah

Ben menghela nafas. Sudah itu keputusan Fancy dia sendiri tak boleh halang. Sampai masa Fancy akan tahu akibat dari aktiviti tak bermoral dia,dia akan menderita.

Seorang lelaki tersipu malu mendekati Ben dan Fancy. Wajah merah padam macam tomato masak ranum. Di tambah pula dengan tangan memegang sepucuk surat berwarna pink.

Dengan cepat surat tersebut mendarat pada tangan Fancy. Terkejut minah gangster tu. Tak pernah ada lagi lelaki yang berani dekati dia.

" T-terima surat cinta saya,Fancy!" Kata budak lelaki tersebut.

Ben kagum ada yang menaruh perasaan pada Fancy . Ini sudah bagus,maknanya Fancy masih lagi manusia normal.

" Siapa nama kau?" Soal Ben

Fancy masih kaku atas apa yang berlaku

" Fox.."

" Serigala apa malu macam ni,elok nama kau tukar shy flower " Usik Ben

Fox bertambah malu dan gementar,dia terus lari keluar dari kelas tersebut.

Ben tersengih. Dia kembali memandang Fancy,dalam fikiran dia mungkin Fancy akan tertawa kemudian membuang surat cinta tersebut. Budak gangster.

Tapi tekaan Ben salah.Wajah Fancy bertukar biru, bukan merah! tak cukup Oxygen ! dia punya terkejut tu!

Ben memegang kedua belah bahu Fancy lalu mengoyangkan badan gadis itu sekuat hati

" OI FANCY JANGAN MATI KAU ADA HUTANG DENGAN AKU LAGI!"

Ini lah guna sahabat saling mengingati..

💞

Fox berhenti dihadapan sebuah kelas. Dia mengambil nafas seboleh mungkin. Degupan jantung dia semakin laju. Berpeluh macam mandi. Mungkin dia kena duduk luar untuk sejukan badan dan tenangkan fikiran.

Dia berjalan ke cafeteria . Udara sejuk mula menenangkan dirinya. Dia bangga kerana dapat serahkan surat cinta tersebut kepada Fancy secara berhadapan! face to face!

Rasa macam lelaki sejati!.

Fox mula berangan macam-macam sampai tak sedar dia termasuk kawasan pelajar nakal  yang suka lepak dan merokok.

" Oi budak popular ni bukan tempat kau,berambus dari sini" "kata salah seorang dari mereka

Fox kembali ke alam nyata selepas berangan . Dia mula rasa takut. Macam mana dia boleh salah jalan ni,Adakah dia dah hilang akal?.

" Maaf saya tak sengaja,saya pergi sekarang" kata Fox

dia membuka langkah pergi dari kawasan tersebut berharap dia tidak bertembung dengan mereka lagi.

Fox masuk kedalam cafeteria. Dia terasa penat sangat hari ni. Dia pun duduk di bangku cafeteria dan meletakan kepala dia di atas meja. Tak ada niat untuk menjamah makanan apapun. Setelah apa yang berlaku

Walaupun hati dia berbelah bahagia,selain berharap Fancy menerima cinta dia,ada bermacam soalan lain yang bermain didalam fikiran Fox sekarang. Adakah ini yang dia mahukan?

tetiba Fox terasa sejuk dipipinya. Dia memandang keatas dan kelihatan seorang gadis tersenyum simpul pada dia.

Pipi Fox memerah. Adakah gadis ini belanja dia air tin?. Baiknya dia. Belum sempat Fox mengambil,gadis tersebut bersuara dulu

" Awak duduk atas buku saya"

Fox tersedar akan kebodohan dia. Punya banyak bangku,atas buku juga dia nak melabuhkan punggung.

Sekali lagi Fox bermaraton kerana malu.

Adakah ini kesan dari jatuh cinta?

For Him,Who?Where stories live. Discover now