Two day

4 0 0
                                    


Cuaca sejuk masih berlarutan selama seminggu. Hari ini kelas 2-A ada aktiviti sukan. Disebabkan sekolah mereka tiada dewan untuk bersukan,hanya padang terbentang luas menjadi pilihan. Masalahnya cuaca sejuk!

Memang tak ada daya nak meneruskan aktiviti sukan. Tapi macam biasa Cikgu disekolah ni semua semangat membara,entah apa yang mereka makan tiap pagi.

Cikgu Wiliam aka Cikgu PE mengarahkan pelajar kelas 2-A untuk melakukan senaman sebelum memulakan rekod lari 100 meter

" Fancy mana sweater kau?" Ben bersuara

Fancy hanya memakai tshirt sukan dan seluar sukan panjang. Mana pergi sweater dia?. Dia tak rasa sejuk ke?.

" Orang lembik macam kau je tak tahan sejuk" kata Fancy angkuh

Ben mengankat satu kening dia. Fancy memang jenis suka cakap besar dan nampak dialah paling hebat. Perempuan memang suka perhatian kan?. Bukan masalah Ben.

Tapi kalau Fancy jatuh jadi masaalah dia juga

💞

Waktu rehat telah tiba macam biasa. Ben terserempak dengan Fox didalam tandas. Lelaki molek tu termenung dihadapan cermin dengan wajah sedih.

" Oi Shy flower " Sapa Ben tanpa emosi

Terkejut Fox sampai dia keluarkan jurus karate . Nasib Ben kalau pelajar lain mungkin dah kena buku lima

" Nama aku Fox! bukan shy flower" Marah Fox

Ben tak mempedulikan amarah Fox . Bagi dia nama Shyflower lebih sesuai dengan Fox yang comel. Ben mempunyai badan yang sado sementara Fox tak kalah macam perempuan. Tangan dia saja sudah mulus macam pergi spa setiap minggu.

" Ben! kenapa Fancy tak balas lagi surat cinta aku haritu,ke dia dah reject aku awal-awal?"

Nak menangis Fox memikirkan hal tersebut. Cinta pertama dia hancur begitu saja?. Siang dan malam Fox menanti khabar dari Fancy tapi tak kunjung ada jawapan.

Ben mula berfikir. Dia pun nak tahu apa jawapan Fancy. Ada satu kemungkinan saja yang berlaku pada Fancy

" Aku rasa dia lupa pasal surat cinta tu"

Selamba Ben memberi idea tersebut. Fox mula mengalirkan airmata dia. Serba salah Ben dibuatnya. Patut dia diam saja

Airmata jantan mana boleh sesukahati tunjuk pada orang!

" Nasib baik..maknanya dia tak tolak aku kan?"

Wajah muram tadi bertukar ceria. Apa masalah Fox. Adakah Fancy begitu penting?.

Ben rasa Fox boleh jadi kekasih yang sama kepala dengan Fancy. What a great combination

💞

" Ben bagi aku tumpang basikal kau"

Fancy membaling beg dia kedalam bakul basikal Ben. Tapi orangnya tak naik pun.

" Asal beg kau je yang tumpang,kau nak pergi mana?"

Ben mula risau. Fancy ni otak banyak akal walaupun orang kata kosong macam tin. Bab belajar je otak dia kosong kalau bab lain. Dia paling bersemangat.

" Aku nak tolong bapak aku kat bengkel sebab adik aku mengadu semalam ada gangster tak nak bayar,sialan"

Fancy mengengam buku lima dia bersama dahi berkerut. Berapi mata dia mengingatkan kisah tersebut.

Ben baru teringat. Ayah Fancy sangat lembut dan mudah bertolak ansur,perangai beliau langsung tak macam Fancy yang ganas. Mungkin sebab tu beliau sering di tipu dan di mainkan pelanggan.

For Him,Who?Where stories live. Discover now