Waktu mengemas kelas pada saat-saat akhir persekolahan. Masing-masing bertungkus lumus melakukan kerja supaya cepat siap dan mereka boleh bebas kemana sajaZaman remaja memang banyak masa tapi poket kering. Mula lah ada yang suka 'paw' duit rakan lain sampai yang ada jenis perempuan jenis kikis duit lelaki yang meminati mereka.
Semua buat untuk kepuasan sendiri. Ada yang berjimat cermat membawa bekal ke sekolah. Pulang sekolah melakukan kerja sambilan. Bukan macam Fancy yang meminta wang perlindungan pada pelajar sekolah lain.
Ini lah sisi gelap Fancy. Disebalik wajah ayu dan comel dia. Ada wajah dingin yang mampu membekukan hati orang.
Di sebuah lorong,Lemon tertangkap beberapa orang pelajar sedang berbual tapi tak mesra
"Come on Girl ,hutang tetap hutang,sekarang apa lagi bayarlah!"
Seorang lelaki dewasa berpakaian compang-camping memegang tangan seorang gadis. Lemon kenal gadis tersebut. Kawasan tersebut tak begitu gelap dan dia dianugerahkan dengan mata yang sihat 100%.
" Bukan aku yang hutang,kau nak duit pergi minta Mat salleh tuh!" Mengamuk gadis itu yang masih berpakaian seragam sekolah.
" Laki kau tu dah hilangkan diri!dan dia pinjam atas nama kau!"
" Aku bukan kekasih dia!"
Keadaan semakin teruk.
Lemon terus mendapatkan polis peronda berhampiran bagi membantu gadis tersebut.
" Kamu semua buat apa di sana! lepaskan dia!"
Suluhan cahaya menerangi lorong tersebut. Maka dengan itu gangster tadi terus bertempiaran lari meninggalkan gadis yang mula terkulai lemas diatas tanah
" Fancy,jangan risau saya datang tolong awak"
Fancy hanya mendiamkan diri. Dia tak pernah dengar suara tersebut.
💞
Fancy dan Lemon duduk bangku yang disediakan di setiap kedai. Mereka menikmati udara malam yang sejuk. Fancy mengengam erat teh panas yang Lemon belikan.
Dalam fikiran Fancy. Siapa gadis berambut perang ini?. Adakah mereka pernah bersemuka?. Dia baik sebab tolong Fancy.
" Terima kasih sebab tolong saya.."
Suara Fancy kedengaran sangat lemah. Seragam sekolah dia ada bahagian yang sudah koyak. Duit dia tak cukup untuk membeli seragam yang baru. Mungkin dia akan pakai baju lain ke sekolah esok.
" Sama-sama,tapi baju awak dah rosak,macam mana awak nak pergi sekolah esok?" Lemon mula kerisauan
Fancy sedikit terkejut. Gadis ini memang mempunyai mata yang tajam. Dia tersenyum sambil memegang dahi yang terasa perit.
Jeritan Ben menganggu mereka berdua. Wajah Ben kelihatan sangat risau. Macam biasa.
" Syukurlah kau selamat"
Ben rasa nak tercabut jantung dia apabila mendapat panggilan dari kawan sekolah yang melihat Fancy bergaduh dengan gangster entah siapa. Cecepat dia datang mencari Fancy.
" Terima kasih pada Lemon sebab selamatkan aku''
Kata Fancy dia mula rebah didalam dakapan Ben.
Lemon memandang ke tempat lain. Dia masih sakit hati dengan Ben. Kes haritu. Ben jadi serba salah. Lemon ni tak adalah teruk mana orangnya.
Ben menolak ego dia ketepi demi kepentingan bersama.
" Terima kasih,Lemon"
Kata Ben . Dia mendukung Fancy di bahu . Tudukan hormat dan kemudian melangkah pergi.
Lemon terharu dengan ucapan Ben tapi
Perlu ke dia angkat Fancy macam beras..? budak tu tinggal separuh nyawa je Oi!
💞
Bergelinangan air mata Fox lepas dapat tahu yang Fancy dimasukan ke hospital . Dia tekad untuk melawat Fancy sebaik saja tamat waktu sekolah
" Ben! Bawa daku bertemu Fancy~"
Fox menceroboh masuk kedalam kelas Ben waktu rehat. Pelajar lain memandang sinis pada Fox,mereka gelar dia Gayboi,walau tak tahu mana panggilan tersebut bermula.
Ben rasa berdebar-debar setiap kali memandang wajah Shy Flower aka Fox . Mungkin sebab itu orang panggil dia Gayboi. Lelaki pun boleh jadi Gay kalau duduk lama-lama dengan dia! Ni takleh jadi
" Okay aku faham,tunggu aku depan Hospital xx,aku bawa kau jumpa dia "
Wajah berpaling ke luar jendela sambil menangkup mulut dia.
Alamak,Ben benci aku ke? kenapa dia tak pandang aku pun? Bisik hati Fox
Rasa sayu bila kawan sendiri tak mengendahkan kehadiran diri. Fox mengangguk faham walau Ben tak dapat melihat.
Kenapa dia nak peduli pasal Ben? Yang penting sekarang adalah Fancy!. Oh Fancy pujaan hati ku!.
Fox berpusing-pusing macam penari ballet ketika keluar dari kelas sampai terlanggar pelajar lain.
" Fox!..🔥"
Fox tersedar dari drama hindustan dia. Peluh dingin cepat membasahi dahi. Nasib malang dia sebab terserempak dengan Nenek kebayan abad 21!,LEMON!
Lemon mengengam kemas buku lima dia. Fail yang patut dia hantar pada Cikgu sudah jatuh berterabur di atas lantai,tunggu gigi Fox pula berterabur kali ni !
" Nenek kebayan! jangan dekat atau aku tinju kau!"
Fox cuba bersikap berani dihadapan Lemon tapi dia sedar siapa lawan dia. Dia tak setanding Lemon.
Mereka berdua merupakan kawan dari tadika,setiap tahu pasti akan sama kelas. Sampai satu tahap mereka menyampah melihat sesama sendiri. Tak ada sebab,mereka pasti akan bergaduh dan Fox selalunya akan beralah.
Namun tahun ni mereka berlainan kelas tapi tak bermakna mereka tak akan jumpa.
Krekk! Tingkap kelas di buka. Menampakan wajah Ben dengan muka dingin dia
" Sila berambus kalau nak bergaduh "
Ben ikut campur. Dah jadi perisa 3in1 . Tapi tak tahu dia berada di pihak mana.
" Dia mula dulu" Kata Lemon berharap Ben akan berpihak pada dia
Bertambah urat jantan Ben. Berani Minah Lemon ni salah kan budak comel macam Fox. Sungguh berhati karat.
Nanti..
Adakah Ben baru saja memuji Fox comel?
Hell!
💞
"Awww so many food,thank you Guys"
Fancy sangat gembira dengan kehadiran rakan-rakan dia. Lemon juga ada!.
Ben mengacukan pisau buah pada wajah Fancy . Terperanjat Lemon dia ingat Ben nak tikam Fancy.
" Bagi cara normal tak boleh ke?" marah Lemon
" Shuu jangan bising Lemon,ni hospital bukan kedai kopi kau" Sampuk Fox
Lemon bengang tapi dia cuba tahan seboleh mungkin. Tak akan dia nak bergaduh dengan Fancy.
" Fancy..."
Ben mengusap kepala Fancy secara tiba-tiba. Gadis tersebut hanya tersenyum dengan tindakan Ben. Mereka dah biasa macam ni.
Lemon dan Fox mula kelihatan cemburu dengan scene tersebut. Sungguh mengharukan.
Ben memegang letak hati dia
" Nasib baik.."
Ben menghela nafas lega. Dia masih normal
Mungkin Fox mempunyai wajah yang senang dilihat disamping watak dia yang ceria membuatkan hati seseorang riang entah kenapa.
YOU ARE READING
For Him,Who?
HumorCerita mengisahkan seorang remaja bernama Fancy dan Ben serta kawan-kawan yang lain Ini hanya sebuah kisah yang tak patut dicontohi