❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
"𝕮ik Qaisara."
Lamunannya terus terbang melayang. Qhyla terus menoleh. Kelihatan Isyraf dan Rihanna dari jauh menghampirinya. Qhyla tersenyum paksa lalu menunduk hormat pada Isyraf.
Manakala Isyraf pula tenang saja membalas tatapan Qhyla, Farhan dan juga Lalissa. Dia tidak hiraukan apa-apa melainkan gadis ini. Qhyla Qaisara.
"Cik Lalissa, selamat kembali." Rihanna tersenyum palsu lalu menunduk sedikit.
Lalissa mengangguk."Terima kasih, slave Rihanna." Rihanna terus mendongak kembali. Agak terkesan dengan panggilan yang Lalissa gunakan untuk memanggilnya.
Slave.
Hamba.
"Nampak macam ada perkara mustahak yang Tuan Farhan nak bincangkan dengan Cik Lalissa. Kalau macam tu, saya nak pinjam Cik Qaisara buat sementara." Isyraf maju kehadapan dan dengan perlahan memaut dan mengenggam kemas tangan Qhyla.
"Isyraf..." bagaikan terkatup bibir Qhyla. Hendak membantah pun tidak mampu.
Kerana Isyraf lelaki yang sangat baik dan prihatin padanya.Walaupun Isyraf pernah menipu dirinya?
Qhyla mengertapkan bibir."Hn, sangat mustahak. So, leave both of us alone." Kata Farhan dengan ketus. Dia membahang saja apabila melihat Isyraf yang cuba untuk rapat dengan slavenya. Farhan membalas tatapan redup dari Qhyla.
"Maafkan saya, Tuan Farhan. Bukannya apa, tapi saya rasa tak perlulah Tuan nak gunakan kata-kata yang kesat. Kalau Tuan nak halau kami, beritahu je. Kami akan pergi." Ujar Rihanna dengan beraninya sebelum dia beredar.
Isyraf kini kembali tersenyum tenang.
"Jom, Cik Qaisara." Qhyla akur saja. Perlahan, kakinya mula melangkah untuk menyusuli Isyraf. Semakin dia jauh dari pandangan Farhan, semakin itu jugalah hatinya rasa sakit bila melihat Farhan bersama dengan perempuan lain.
YOU ARE READING
S1: Demi My Slave (In-Editing...)
Romance༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒ | SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN | ❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞ A Royal Story. Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...