"Jihyo yaa!! Cepatlah! Lapar dah ni!" Jerit Wonwoo di meja makan dengan sudu dan garfu di tangannya. Walaupun Jihyo tua beberapa tahun darinya, dia lebih suka memanggil Jihyo dengan panggilan namanya. Walaupun orang akan fikir dia kurang ajar sebab tak hormat dengan orang yang lagi tua darinya tapi dia juga tidak kisah. Dia lebih selesa panggil Jihyo dengan panggilan nama. Jihyo sendiri tidak kisah jadi kenapa dia peduli dengan cakap cakap orang sekeliling.
'tok'
Satu ketukan hinggap di kepala Wonwoo. Wonwoo bengang apabila kepalanya diketuk tiba tiba. "Yah!!! Jung eunji!! Apsal kau ketuk kepala aku? Sakit tahu tak?!" Marah Eunji sambil mengusap kepalanya. Dia tidak puas hati bila Eunji tiba tiba mengetuk kepalanya. Eunji menjelirkan lidahnya.
"Padan muka. Lain kali panggil Jihyo unnie, NOONA! Jangan nak mengada sangat dengan unnie aku. Dia unnie aku tau. Jadi aku sorang je yang boleh ngada ngada dengan unnie. Arraseo?!'' Saja ditekankan perkataan Noona tu. Biar dia sedar sikit.
"Yahh nenek! Suka hati akulah nak panggil apa pun? Mulut aku. Bukan guna mulut kau pun. Lagi satu, kau tu bukan dengan Jihyo je kau mengada. Dengan orang lain pun kau mengadalah. Mengada tak bertempat." Wonwoo kalau sehari tak bergaduh dengan Eunji memang tak sah. Hari hari ada je benda yang mereka gaduhkan. Benda yang kecik pun boleh bawak gaduh. Tapi gaduh gaduh manja la. Wonwoo memang suka menyakat Eunji. Dia suka tengok Eunji marah marah.
"Ehh, kau ni kan! memang saja je kan nak cari gaduh dengan aku? Blah la kau! Pagi pagi dah menyemak dekat rumah orang. Kau tak ada rumah sendiri ke ha sampai nak merempat dekat rumah aku?'' Marah Eunji.
"Ehh, aku datang rumah Jihyo lah. Sukati akulah nak datang sini bila bila pun. Aku datang sini nak jumpa dengan jihyo. Bukan dengan kau. Menyibuk je kau ni. Kau takde kerja lain ke selain ganggu ketenteraman hidup aku?'' Kata Wonwoo lalu menjelirkan lidahnya. Eunji mengepal penumbuk. Bersedia untuk menghadiahkan penumbuk kepada Wonwoo. Belum sempat Eunji ingin melayangkan penumbuknya, Jihyo datang dengan semangkuk nasi goreng kimchi. Jihyo hanya menggeleng kepalanya. Dari tadi telinganya bingit mendengar dua orang itu bergaduh. Dan itulah yang setiap hari dia kena hadap.
"Korang ni kalau tak gaduh tak sah kan?" Ujar Jihyo sambil mencedok nasi goreng untuk Eunji dan Wonwoo.
"Ni ha unnie, mangkuk ni ceroboh rumah kita pagi pagi.'' Adu Eunji.
"Eh, aku tak ceroboh okey. Jihyo yang bukakan pintu. Lagipun suka hati akulah.'' Wonwoo juga membalas tanda tidak ingin mengalah.
"Dahla, stop gaduh. Makan elok elok. Tercekik kan. Wonwoo, Omma dengan appa kamu tak cari ke pagi pagi kamu dah menghilang datang sini?" Soal Jihyo. Kan tak pasal pasal keluar berita cari anak hilang pulak.
"Diorang tak kisah pun. Kalau Wonwoo takde kat rumah, diorang dah tahu wonwoo akan ada dekat sini. Lagipun pagi pagi diorang keluar. Diorang pergi london dua minggu." Terang Wonwoo sambil tersengih. Jihyo mengangguk tanda faham.
"Habistu apsal rumah ni jugak kau nak datang? Banyak lagi rumah kat kawasan ni. Pergilah rumah diorang. Rumah ni jugak kau nak datang kan?" Eunji masih lagi tidak berpuas hati.
Belum sempat Wonwoo ingin membalas, Jihyo mencelah. "Dah dah lah tu, korang ni tak habis habis gaduh kan , dah makan cepat. Noona nak pergi kerja pulak ni.'' Ujar Jihyo.
"Yelahh." Jawab Eunji dan Wonwoo serentak. Mereka makan dalam suasana yang aman dan damai selepas ditegur oleh Jihyo.
*tbc*
YOU ARE READING
You Are Not Alone
Fanfiction"Unnie sayang korang. Korang adalah nyawa unnie." Song Jihyo "Unnie! Jangan tinggalkan Eunji!!" Jung Eunji "Jihyo, awak akan tetap ada dalam hati saya sampai bila bila." Jeon Wonwoo "Saya sayangkan awak. Takkan ada yang dapat gantikan awak. Tak akan...