Cerita kali ini mesti lagi lain, sebab cerita pasal berpuasa di tempat orang. Kita tak tahu lagi budaya masyarakat Islam di sini. Kita tak merasai lagi, jadi mudah-mudahan jihad kita dipermudahkan. Tinggal lah dekat mana-mana negara, benua, wajib berpuasa juga. Ok, jadi apa cerita Ramadan di Beijing?
Dekat Beijing memang tak ada lah pengumuman Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja macam di Malaysia nuh. Jadi, inisiatif para pelajar sendiri untuk tahu dari pihak masjid sekali gus kita pun dapat lah jadual imsak, berbuka di sini. Walau pun dah ada Muslim Pro kan tapi masih lagi ada perubahannya. Tahun ini, puasa bermula pada Isnin, 6 Jun 2016.
Tak tahu lah nak describe perasaan berpuasa itu. Malam terawikh pertama, kami solat berjemaah di Bangunan No. 6; bangunan asrama yang diduduki oleh pelajar-pelajar Malaysia. Disebabkan masjid yang terdekat pun lebih kurang dalam 3-4 km, jadi lagi 方便 (fangbian/convenient) solat di asrama. Boleh saja nak pergi solat berjemaah di masjid-masjid berdekatan, tidak ada masalah.
Jadi, amacam pengalaman berpuasa untuk hari pertama Ramadan? Puasa 17 jam nih! Ha, amacam? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tak adalah lembik semacam. Ada lah rasa penatnya tapi tak menjadi satu halangan untuk ke kelas atau pun melakukan aktiviti lain. Cikgu-cikgu pun ada tanya pasal Ramadan, haa tak semua guru tahu. Terkejut beruk bila kita cakap kita sahur pukul 2:30 pagi, lepas itu berbuka dalam 7:45 petang.
Memang tidak dinafikan, suasana 100% berbeza dengan berpuasa di Malaysia. Kalau selalunya di Malaysia, Isya' lebih kurang pukul 8:30 lepas tu terawikh 8 rakaat sampai pukul 10:30 malam (seingat saya). Ha tapi di bumi Beijing ini, solat Isyak makin lama makin lewat masuk waktunya; jadi andai kata solat Isya' mula pukul 9:20, terawikh 8 rakaat habis pukul 10:10 malam.
Ha, kalau solat di masjid-masjid, pastinya akan lebih terkejut. Eceh mula-mula terkejut lah. Sebab tunduk, rukuk, sujud haa ekspress kemain. Tapi, 越来越习惯。Makin lama makin terbiasa. InshaAllah, tak ada masalah. Sebenarnya ramai saja muslimin muslimat di bumi Beijing ini, alhamdulillah. Dekat masjid itu kita boleh jumpa ramai saudara muslim kita, bertegur sapa. Seronok :)
Selain daripada masyarakat muslim Cina, ada juga pelajar-pelajar dari negara lain; sama lah statusnya dengan kami pelajar Malaysia. Ramai saja komuniti Islam di sini, walaupun ada perbezaan mazhab, budaya Islam di tempat mereka; namun, kita semua sama :) Masa berlalu memang sangat pantas, Ramadhan pun hampir saja mahu melabuhkan tirainya tapi tak bermakna kita memperlahankan ibadah kita.
Alhamdulillah, semalam dan kelmarin kami pelajar-pelajar jurusan Bahasa Mandarin sudah pun mengharungi final exam (dengan jayanya) yeay! Alhamdulillah, debaran itu memang ada, sampailah hari semalam, habis saja peperiksaan lisan, jantung kembali normal *ewah* tapi semester kali ini pun rasanya berlalu dengan sangat pantas sebab orang macam aku ini [lambat sikit sampai tol] mungkin baru nampak jalan mana yang aku kena ambik bagi memudahkan aku faham belajar subjek yang baru untuk aku ini.
Lagi beberapa bulan nak sambung degree dah ha (wuish InshaAllah). 非常感谢老师们;代老师和冯老师, 您们太辛苦了。Dalam hidup memang banyak cabaran tapi sememangnya tiap-tiap hari, saat demi saat kita memang sedang menghadapi dugaan daripada Allah Yang Maha Esa. InshaAllah, Allah memang sentiasa dengan kita, lambat atau cepat kita akan faham sebabnya. 所以,我们得有耐心。
Ha, minggu ini juga seniors final year pun dah 毕业!祝贺你们!Tahniah di atas kejayaan setelah mengharungi 5 tahun yang saya rasa cukup bermakna bagi anda semua, InshaAllah, semoga semuanya selepas ini turut dilancarkan progresnya demi membentuk anak didik yang terbilang. InshaAllah :)