Assalamualaikum WBT.
Selain daripada duduk berehat di bilik pada weekend, sis memang tak boleh nak duduk diamlah. Manakan tidak, hari Jumaat kelas habis pukul 12 tengah hari, jadi petang tu macam ada la masa juga kalau nak siapkan assignments. Sabtu, Ahad memang ada peluang nak pergi menjelajah Beijing. Ni kalau ada mood lah, kalau mood tu macam nak duduk bilik, duduk bilik sajalah. Okay, nak share pasal satu tempat yang bernama Wangfujing!
Wangfujing? Sebelum pergi ke sana memang tak search pun Wangfujing tu macam mana, yang tahu orang-orang kata situ famous dengan shopping street. Lebih kurang Qianmen jugalah sebab Wangfujing ini selain daripada pusat beli-belah yang sangat besar dan pelbagai, di sini juga ada hutong (small alley) sama seperti Qianmen. Itu yang menarik, masih ada ciri-ciri budaya Cina itu sendiri.
Cara pergi ke sana? Yeah, soalan wajib. Ceritanya, kami gerak dari kawasan kampus kami. Di situ ada subway station; Weigongcun (Line 4). Paling convenient sekali naik subway. Bukan setakat murah, tapi pantas. Jalan kaki dari kawasan asrama ke Weigongcun Subway ambil masa 20 minit; jalan lenggang-kangkung. Kalau boleh laju sikit, 15 minit kot tapi memang penat giler lah kalau nak jalan kaki ke sana. Peh! Disebabkan kami dah ada basikal letrik, naik basikal letrik, park basikal dekat sebelah Stesen Weigongcun. Jadi, tak lenguh, tak penat, naik basikal pula tak sampai 5 minit, ceh.
Caranya ialah naik subway line 4 (akan melalui 8 stesen termasuk Xidan). Turun di Xidan. Tukar stesen, naik line 1. Kemudian akan melalui 3 stesen dan berhentilah di Wangfujing! Sampai! Seronok betul naik subway ni, mudah pula tu. Mudah sangat :) Peta subway dekat Beijing ini mudah dibaca, apps untuk subway pun ada. Lagi mudah. Kalau tak tahu sangat, boleh tanya pekerja subway. Mak cik, pak cik, abang, kakak yang kerja tu baik-baik saja. InshaAllah soalan akan dijawab. Ini cerita naik subway. Nak naik teksi pun boleh.
Ada apa dekat Wangfujing? Dekat situ, ada banyak kedai-kedai barangan berjenama, pusat beli-belah yang besar dan gah! Memang dekat situ jalannya lebar, ramai orang yang lalu-lalang; bukan sahaja Chinese, foreigners pun ramai. Selain daripada pusat beli-belah, seperti yang sis tulis dekat atas, shopping street di situ memang menarik ramai pengunjung untuk datang.
Yang paling syok, kami berjalan di hutong (small alley), ala-ala tempat beli-barang, cuci-cuci mata di Qianmen. Dekat situ memang ada banyak dijual makanan eksotik! Sebagai contoh, kala jengking, lipan, star fish, ular dan sebagainya. Ada orang makan tau benda alah tu! Alah, sis telan air liur je. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual. Memang banyak tapi memang idokler nak makan. Nasib baik tak terasa lapar sangat waktu pergi pertama kali hari itu. Selain daripada makanan yang unik lagi menyelerakan tekak bagi penggemar-penggemar makanan pelik, ada juga banyak dijual barangan cenderahati. Antara barangannya ialah lukisan Cina, mug bercirikan Cina, baju, key chains, fridge magnet dan banyak lagi. Memang syok lah.
Harga barangan yang dijual, andai kita negotiate dengan penjual, InshaAllah boleh dapat murah. Ada kelebihan bercakap bahasa Mandarin lagilah power! Tak ada lah ditipu hidup-hidup, haaa. Pernah saya bawa dua orang rakan saya yang datang bercuti ke Beijing membeli barang di Wangfujing ini, satu fridge magnet berharga 10 yuan satu, pernah dapat 3 yuan satu. Harga satu mug kaca berharga 30 yuan, pernah dapat 18 yuan. Ada banyak lagi barangan yang boleh didapati dengan harga murah. Sebenarnya bukan saja di Wangfujing, tempat lain pun boleh nak tawar-menawar ini, macam dekat Chaoyangmen, Hongqiao, Qianmen dll.
Kalau nak pergi pada waktu malam, kena pergi awal sebab tempatnya ditutup pada pukul 9:30 malam. Awal kedai ditutup, penjual nak tidur awal, hewhew. Selain dari Wangfujing, antara tempat yang ada hutong (small alley) dan boleh membeli-belah ialah di Nanluoguxiang atau Qianmen.