3

137 27 5
                                    

Jihyo pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Jihyo bekerja di sebuah restoran teokbeokki. Walaupun ramai chingunya yang mempersoalkan perkerjaannya tapi Jihyo tidak kisah. Baginya dia sangat suka bekerja di restoran itu. Makanan sedap. Kawan kerja yang baik. Majikan yang memahami. Baginya dia sudah cukup bertuah. Lagipun dia sukakan pekerjaannya yang sekarang. Jadi kenapa dia harus buat sesuatu yang dia tidak suka. Itulah prinsipnya.

''Aigo Jihyo yaa. Rehatlah dulu. Dari tadi awak tak berhenti buat kerja. Dah tak ramai orang ni. Takpela, awak pergi rehat dulu." Bos Jihyo menegurnya. Jihyo tersenyum. Bosnya memang seorang yang prihatin dan tidak pilih kasih. Dia peduli dengan semua pekerjanya. 

"Takpelah bos. Saya tak penat pun. Nanti nanti lah saya rehat.'' Ujar Jihyo. Bosnya hanya menggeleng kepala. Degil betul gadis ini. Dia tahu Jihyo memang kuat bekerja demi dongsaeng dia. Itu yang membuatkan dia kagum dengan Jihyo.

Jihyo meneruskan kerjanya. Tiba tiba dia terasa sangat sakit dikepalanya. Seperti dicucuk cucuk. Jihyo memicit micit kepalanya. Tapi semakin dipicit semakin sakit kepalanya. Yura, kawan sekerja Jihyo yang menyedarinya terus mendekati Jihyo.

"Jihyo, kau okey tak ni? Pucat je muka kau ni. Kau rehatlah dulu. Biar aku yang buat semua.'' Yura risau bila melihat muka Jihyo yang pucat. Jihyo tidak menjawab pertanyaan Yura. Mulutnya terasa berat untuk menjawab. Pandangan Jihyo menjadi kabur dan sekelip mata pandangannya menjadi gelap. Jihyo rebah ke lantai. 

"Jihyo!!!'' Jerit Yura lalu meminta pertolongan.



***********************************************************************************************

Hospital

"Doktor, macam mana keadaan Jihyo?" Kedengaran suara Yura yang bertanya kepada doktor.

"Dia akan sedar tak lama lagi. Awak jangan risau. Awak dah hubungi keluarga dia?" Soal doktor yang merawat Jihyo itu.

Yura mengangguk. "Dah, nanti dongsaeng dia datang.'' Ujar Yura.

"Yura..." Panggil Jihyo. Jihyo telah sedar.  Yura terus pergi kepada Jihyo. "Kau dah sedar? Syukurlah. Kau buat aku risau tahu tak?'' Ujar Yura dengan mukanya yang risau. Jihyo hanya tersenyum.

"Jihyo, aku kena balik restoran. Bos sorang je ada kat sana. Nanti aku datang balik tau." Ujar Yura. Jihyo mengangguk faham. "Doktor, saya pergi dulu ye. Tolong tengokkan kawan saya ya." Pesan Yura. Doktor itu senyum lalu mengangguk.

Setelah Yuran pergi doktor itu mendekati Jihyo. "Xiumin? Kau buat apa dekat sini?'' Soal Jihyo bila melihat Xiumin, chingunya berada disitu.

"Eh kau ni, aku kan doktor. Mestilah aku kena ada dekat hospital ni.'' Kata kata Xiumin membuatkan Jihyo ketawa kecil. "Xiumin... Kenapa dengan aku? Kenapa kepala aku sakit sangat sejak kebelakangan ni?' Soal jihyo.

"Jihyo, kau takde pergi cek dekat hospital atau klinik ke bila kau sakit kepala?" Soal Xiumin. Jihyo menggeleng. "Tak. Aku biasa makan ubat je. Lepastu hilang la sakit tu." Ujar Jihyo.

"Macamni lah Jihyo, aku harap kau sabar dan tabah dengan apa yang aku akan bagitau kau." Airmuka Xiumin bertukar serius. Xiumin menarik nafas panjang. "Jihyo, lepas aku buat pemeriksaan ke atas kau, kami dapati kau menghidapi tumor otak. Mungkin kau tak tahu, tapi penyakit ni dah lama ada dalam diri kau." Dunia Jihyo terasa gelap saat diberitahu oleh Xiumin. Airmatanya deras mengalir.

"Aku... aku akan mati ke? Aku akan mati ke Xiumin!?'' Jerit Jihyo. Airmatanya terus mengalir. Xiumin pantas memeluk Jihyo untuk menenangka Jihyo. ''Jihyo,..Jihyo... Kau tak akan mati. Kau akan sembuh. Percaya cakap aku.'' Xiumin cuba menenangkan jihyo. ''Tapi...kenapa aku?!...Kenapa aku!!!'' Jerit Jihyo. 

"Jihyo, dengar sini. Tuhan tak akan bagi kau ujian kalau dia tahu kau tak mampu. Ini ujian untuk kau. Untuk tengok macam mana kau laluinya." Semakin kuat tangisan Jihyo. Xiumin terus memeluk Jihyo. Andai dia di tempat Jihyo pun pasti dia tidak dapat menerima hakikat itu.

"Xiumin... tolong jangan bagitahu sesiapa. Tolong jangan bagitahu dongsaeng aku. Tolong jangan bagitahu sesiapa. Biar kau sorang je yang tahu pasal ni.'' Ujar Jihyo bila emosi nya sudah stabil. Xiumin mengangguk tanda faham.  "Jihyo, kau jangan risau. Aku akan ada sentiasa disisi kau.'' Ujar Xiumin lalu menarik jihyo kepelukannya. Jihyo berasa sedikit tenang dengan adanya Xiumin disisinya. ''Gomawo." Ujar Jihyo perlahan.  

Pintu bilik wad dibuka. Xiumin pantas meleraikan pelukannya. Wonwoo dan Eunji muncul dengan wajah yang risau. ''Unnie, unnie okey tak ni? Xiumin oppa...oppa kenapa dengan jihyo unnie?'' Soal Eunji dengan nada yang risau. Xiumin memandang Jihyo. ''Jihyo tak ada apa apa. Dia cuma penat dan perlukan rehat yang secukupnya." Tipu Xiumin. Eunji menarik nafas lega. Jihyo tersenyum tipis kepada Xiumin tanda terima kasih kerana merahsiakan tentang penyakitnya. 

''Kan saya dah cakap, berenti jelah kerja tu. Saya kan ada. Boleh jaga Jihyo.'' Ujar wonwoo lalu duduk disebelah Jihyo. Eunji terus mengetuk kepala Wonwoo dan bermulalah peperangan antara mereka berdua. Jihyo hanya tergelak kecil."

"Maafkan aku, aku tak mampu nak jaga korang dengan baik. Maafkan aku."

TBC... 

You Are Not AloneWhere stories live. Discover now