“ Kepolosan kau mencuit hati namun juga mendatangkan kerisauan. ”
↭
"Mama, Yunhee takut. Tskk..." Aku memeluk lutut merapati dada. Seram melihat pandangan orang lain terhadap diriku. Apa? Tak pernah tengok orang nangis ke? Pelik betullah mereka ni.
Siang kini sudah melabuhkan tirainya. Kegelapan malam mula menyelubungi aku. Penat berjalan sebelum aku mengambil keputusan untuk duduk di sebuah bangku yang aku nampak.
Tubuhku, aku peluk seeratnya. Selain daripada t-shirt dan sweatpants yang aku pakai, tiada lagi sebarang fabriks yang menyelimuti tubuhku. Air mata masih tidak lagi berhenti.
Yunhee sedih, mama.
Di sini. Di dunia barunya, tiada siapa yang menerima seorang Jae Yunhee.
Aku nak kembali ke dunia mama. Tiada siapa yang akan menyakiti aku di situ. Selain daripada mama. Tapi aku faham mama.
Aku memeluk tubuh lebih erat. Tangisan kini semakin lenyap. Langit malam yang kosong, aku pandang penuh kesedihan. Langit malam kelihatan sunyi tanpa bintang yang menemani. Di halaman rumah mama, banyak bintang yang berkelipan.
Kenapa di bandar besar ini, aku rasa kesunyian? Besar namun kosong. Tiada langsung sentuhan hangat atau melegakan. Aku ingin kembali ke rumah mama.
Mama, mama di mana?
Tidak berani aku menyoalkan soalan itu di hadapan ibu. Aku sayang ibu namun aku juga sayangkan mama. Dapat aku rasakan mataku kini memberat. Mungkin kerana terlalu penat menangis.
Hampir sahaja aku menutup mata sebelum aku merasakan seseorang duduk di sebelah aku. Kakinya besar. Lebih besar dari aku. Mataku kini melilau ke arah wajahnya.
Dia... handsome. Yunhee suka!
"Mari, aku bawa kau balik ke rumah." Membuntang aku mendengar ayat lelaki handsome itu. Dia kenal aku?!
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Фанфіки"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...