PANAS PIPI:-

6K 281 8
                                    

Maya dan Fia seronok bersarapan di depan televisyen. Macam tak senonoh eh kalau dua anak dara makan nasi goreng sambil duduk bersila di atas lantai. Makan sambil bertatang, air juga hanya diletakkan atas dulang je.Tapi kalau duduk berdua je dalam rumah siapa kisah,kan?

Mata masing-masing tertancap pada kaca tv. Dari semalam menghadap tv je keje mereka. Maklumlah tak ada kerja nak buat.Dari drama berdiri Korea secara marathon kepada movie English kepada drama melayu petang-petang. Semuanya mereka tonton demi mengisi masa yang teramat banyak. Sambil mengunyah nasi goreng , Fia berbual kosong dengan Maya.

"Family Cik Maya datang bila?" Tanya Fia. Tangannya menyuap lagi nasi ke dalam mulutnya.

Maya mencapai gelas kosong Dan menuangkan just oren. " Petang ni, dalam pukul dua macam tu,"dia meminum air sedikit. Senyuman Maya melebar. Gelas diletakkan kembali.

"Patutnya , I yang pergi lawat parents I, tapi dorang yang sibuk nak datang.." Maya duduk tegak . Suapan disambut kembali.

"Hurm" Fia menoleh cepat kepada Maya.Bahu Maya ditepuk kuat. Maya terkejut dengan tindakan Fia. Hampir tersedak sebab tindakan mengejutnya tadi.

"Dah bagi tahu polis berdua tu? Buatnya dorang over react bila parents Cik Maya macam time kawan Cik Maya datang hari tu?"

Kata-kata Fia ada benarnya. Kejadian hari tu tak boleh diulang lagi. Gelas dicapai dan diteguk cepat. "Kejap." Kata Maya lalu bangun degan laju dan berlari keluar dari rumah.

________________________________

"Okay! Next question! 5x12 berape?" Tanya Dani sambil mata masih tertancap pada handphone. Buat apa? Main game lah! Apa lagi lelaki boleh buat?

Faris yang sedang berbaring dengan seat yang diturunkan. Cap hitam menutup mukanya."60." Jawab Faris nada malas yang teramat.

"Ting. Betul lagi. Pandai juga tuan ni," balas Dani turut malas . Suasana sunyi buatkan keadaan mereka mati akal. Alih-alih main sifir dari tadi.Enjin kereta dibiarkan mati. Nak jimat minyak la katakan. Pintu dan tingkap kereta dibiarkan terbuka.

"Argh bosannya!" Dahinya di sandarkan pada dashboard. Dah dua hari mereka berkampung dekat luar rumah Maya. Langsung tak ke mana-mana.Faris pula asyik membisu je. Termenung seorang. Kalau berborak pun, sepatah je menjawab. Makin meranalah mental Dani.

"Hey!"

"Oh mak! " Terkejut Dani dengan sergahan Maya.Kepala Maya menunduk melihat mereka berdua di dalam kereta. Pintu kereta tempat duduk sebelah pemandu yang terbuka di pegang sebelah tangan.Faris juga nampaknya terkejut. Cap dialihkan dari mukanya. Dia menjenguk keluar melihat Maya. Matanya bertentangan seketika dengan Maya, namun cepat dia mengalihkan pandangan.

"Cik Maya! Tolonglah beri salam dulu ke apa! Buatnya saya sakit jantung, dah arwah saya Ni" Marah Dani. Tak adalah marah mana pun, ala marah-marah manja gitu.

Maya hanya tersengih."Tidur eh?" Sakat Maya. Seronok melihat kekalutan mereka berdua.

Faris kembali bersandar. Malas melayan. Dibiarkan sahaja Dani yang uruskan. Maya menanti namun hanya yang Dani keluar dari kereta. . Dia nampak, Faris kembali bersandar dan memejamkan matanya.

"Dah sarapan belum?"

Pintu kereta ditutup. Dani bersandar pada kereta." Dah!"Rambutnya yang serabai dibetulkan. Segan pula membandingkan dirinya dengan Maya. Wajah cantik Maya dipandang. Haih! Dalam baju casual pun nampak still cantik."Ada apa cik Maya?"

Tangan Maya berpaut pada bahu Dani. Dani memandang tangan Maya yang dibahunya.Cuak.Apa lagi Cik Maya Ni nak?

Senyuman manis dipamerkan pada Dani. "Parents I datang pukul dua nanti. Nanti kalau ada kereta Honda putih parking dekat luar rumah I, jangan pula serang dorang. Faham?" Beritahu Maya awal-awal.Buatnya mereka serang Abi dan Uminya nanti , mahu kena serangan jantung orang tua tu. Haritu pun tangan Wina pun dipulasnya.

"Parents Cik Maya?" Tanya Dani sekali lagi.

Bahu Dani dilepaskan. Maya mengganguk kecil."Hurm! My parents."Mata Maya yang terarah pada Faris di dalam kereta, dan Dani perasaan keadaan itu.

"Kalau nak pergilah tegur." Kata Dani dengan nada agak perlahan.

Maya tersenyum malu. Kantoi pula dia yang dok usya Faris."Apahal bos awak tu?" Tanya Maya dengan nada juga rendah.

"Tah! Dari hari tu , macam tu je perangai. Pergilah tegur dia." arah Dani.

Kening Maya terjongket. Tegur?Dani mengganguk. Dia menolak sedikit bahu Maya untuk pergi menegur Faris.Maya menyelitkan rambutnya ke belakang. Dia mendekati tempat duduk pemandu.Faris yang bersandar ke tempat duduk diperhatikan dari luar. Nasib baik tingkap kereta dibiarkan terbuka.

Maya menjenguk ke dalam kereta melalui tingkap. Wajah Maya betul-betul di atas wajah Faria. Well, agak rapat!"Faris," lembut sekali suara Maya menyebut nama Faris.

Diam. Faris diam tak berkutik."Faris," sekali lagi panggil Maya. Lembut dan penuh merdu. Di tiup sedikit muka Faris dari jauh.Apabila terasa hembusan angin dimukanya, ketahanan iman Faris tergugat.Faris mengintai wajah Maya dengan sebelah mata.

"Nak apa?"

Oh my God! Hampir jatuh tergolek Maya . Siapa tak tergolek bila dapat tengok muka handsome macam Faris buat pula muka nakal plus comel macam tu.Maya sudah tersengih. Jantungnya yang berdetak laju membuatkan lihat dia hampir kelu. Tergagap-gagap mahu bicara.

"A...Ur.. parents I datang ."Maya tersekat kerana sibuk menatap wajah Faris." ..petang ni."Huh! Apahal kau Ni Maya. Please girl! Jangan nampak sangat kau cair dengan mamat ni. Marah Maya dalam hati.Dia berdehem. Cuba merasionalkan diri.

"Parents I datang petang ni." Satu nafas Maya bertutur.

Faris menegakkan badannya. Mukanya di dekat ke tingkap. Lebih tepat lagi, rapat ke wajah Maya."Saya tahu. Saya dengar Cik Maya cakap tadi dengan Dani."

Kalau tadi jantung Maya berdetak laju, sekarang Ni dah sampai tahap nak pecah. Wajah Faris yang rapat dengannya hampir membuat Maya sesak nafas."Ar....urmm...nanti," Maya menelan air liur. "..nanti janganlah, terkejut pula. Tak nak lah,argh,jadi macam haritu.Terang Maya panjang lebar walaupun tak perlu sebenarnya.

Dahi Faris agak berkerut." Ya. Saya tahu, saya dengar apa cik Maya cakap tadi."

Maya terkejut malu. Nafasnya tersekat-sekat."Oh.Dengar eh?" Rambutnya diselitkan ke belakang tanpa sedar. Mata Faris laju mengesan seluruh wajah Maya. Tajam dan tepat ke mata Maya.Tersipu-sipu dia apabila direnung begitu.

" Cik Maya okay ke?"

Maya tersenyum lebar." Okay! Kenapa tanya macam tu?"Maya merenung Faris.

"Tak, sebab. Muka Cik Maya merah. Cik Maya betul-betul okay ke?" Tanya Faris dengan nada janggal. Dah lama dia perasaan muka Maya memerah.

"Oh." Maya menekap pipinya dengan telapak tangannya. Panas.Aduyai! Buat malu je!

"Eh! Oh, ni mesti sebab panas Cuaca panas kan hari ni." jawab Maya gugup.

"Okaylah. Bye!" Kata Maya seraya laju berlari ke dalam rumah kembali.

Faris hanya memerhati sehinggalah pintu rumah Maya tertutup.

Dani yang disebelahnya, bertanya polos. " Kenapa tuan?"

" Entahlah." kata Faris mendatar.

Malas sebenarnya nak ambil pusing. Dia kembali bersandar dan memejamkan matanya.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now