Keesokannya...
"Xiumin, sampai bila aku nak kena tinggal dekat hospital ni? Bosanlah. Dahlah kena duduk je atas katil ni. Makanan pun tak sedap. Bosanlah." Rungut Jihyo kepada Xiumin. Xiumin hanya tersenyum. "Xiumin... aku nak keluar dari hospital ni. Tolonglah." Rungut Jihyo lagi.
"Jihyo... Kau kena tinggal dekat sini dulu. Kami kena pantau kesihatan kau dari masa ke semasa. Lagipun pun aku kan ada." Ujar Xiumin. Jihyo menjeling lalu membuat muka menyampah. Xiumin hanya ketawa kecil.
"Okey, cuba kau bagitahu aku, kenapa kau nak keluar sangat dari hospital ni?" Soal Xiumin. Jihyo mengeluh berat. "Aku tahu masa aku tak panjang. Aku nak gunakan masa yang aku ada ni untuk luangkan dengan Eunji. Aku nak dia ingat kenangan manis yang kitorang ada ni bila aku dah takde nanti.'' Soal Jihyo dengan nada sedih.
"Dengan Eunji je ke? Dengan aku kau tak nak cipta kenangan manis ke?'' Soal Xiumin cuba untuk menceriakan keadaan. Jihyo menjeling Xiumin lagi. ''Aku boleh bagi kau keluar awal, tapi...'' Kata kata Xiumin membuatkan wajah Jihyo bertukar ceria. "Tapi apa?'' Soal Jihyo tidak sabar. "Bila kau keluar dari hospital ni, kau kena keluar dating dengan aku, amacam?" soal Xiumin. Jihyo fikir sejenak.
"Deal.'' Jawab Jihyo ringkas. Xiumin senyum lebar. Dapat jugak dia dating dengan Jihyo. "Dahtu bila saya boleh keluar?" soal Jihyo. Xiumin hanya senyum. Jihyo ni tak sabar sabar pulak. "Unnie!" Eunji tiba tiba muncul. Wonwoo mengekor dibelakangnya. Jihyo hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. "Oppa, bila unnie boleh keluar?" Soal Eunji.
"Kalau takde apa apa besok Jihyo boleh keluar." ujar Xiumin. "Yeay! Unnie dah boleh keluar." Jerit Eunji riang. "Jihyo, aku keluar dulu ye. Jangan lupa janji kau." Ujar Xiumin. Belum sempat Xiumin ingin melangkah Eunji bertanya. "Janji? Janji apa?" Soal Eunji ingin tahu.
"Janji untuk keluar dating berdua." ujar Xiumin lalu beredar. Jihyo hanya tersenyum. "Wah, Oppa ajak dating. Untung unnie." Ujar Eunji. "Untung apanya? Aku ni lagi hensem tau dari dia." Ujar Wonwoo. Cemburu melihat Jihyo dan Xiumin. "Ehh, kau jauh beza laa dari umin oppa. Dahlah hensem, kaya pulak tu. Kau apa ada?" Soal Eunji.
"Ehh, nenek, kau saja kan nak cari gaduh dengan aku? Kau tak boleh kan tengok aku senang sikit." Wonwoo tidak berpuas hati.
"Aku bercakap berdasarkan hakikat. Nah, sana ada cermin. Pergilah cermin kalau tak percaya." Eunji tidak mahu beralah. "Kau!" Wonwoo mengepal penumbuk. "Eh dah dah. Korang ni gaduh je kerja kan?" Jihyo menenangkan Mereka berdua daripada semakin melarat. "Wonwoo, nanti kalau noona dah tak ada, noona nak Wonwoo jaga Eunji baik baik. Jaga dia." Pesan Jihyo. "Unnie, apa unnie cakap macam ni? Tak naklah cakap macam ni." Eunji berasa tidak senang bila Jihyo cakap macamtu. "Jihyo, kenapa awak cakap macam ni? Awak tak kan kemana mana. Awak akan ada selalu dengan kitorang." Ujar Wonwoo. Jihyo hanya tersenyum tipis. "Unnie pesan je. Manalah tahu kan." Ujar Jihyo. "Unnie ni kan. Tak nak lah cakap macamni." Ujar Eunji lagi.
"Yelah yelah. Mianhae."Ujar Jihyo. "Apakata bila Jihyo keluar nanti kita keluar jalan jalan. Nak tak?" Cadang Wonwoo. "Nak!!!" Jawab Eunji pantas. "Boleh je."Jawab Jihyo ringkas. "Hah, kita ajak Xiumin oppa sekalilah kalau macamtu." Cadang Eunji pula. "Apahal pulak nak ajak dia?" Soal Wonwoo. Dia tidak faham pasal nak kena ajak Xiumin sekali. Eunji menarik telinga Wonwoo. "Aduh... Sakitlah. Apahal kau tarik telinga aku?" Soal Wonwoo tidak puas hati. "Oppa tu lagi tua dari kau tau. Panggil hyung. Respect sikit." Jelas Eunji. Wonwoo hanya mencebik.
"Okeylah unnie, kitorang balik dulu. Esok kitorang datang ambik unnie."
"Ehh takpe, unnie balik dengan Xiumin." ujar Jihyo. Eunji senyum. "Haaa, nak dating ea?" Soal Eunji. Jihyo hanya senyum. "Nak ikut." ucap Wonwoo. "Kau pehal? Orang nak pergi dating kau nak menyibuk pahal?" Marah Eunji. "Eh biarlah. Memang taklah aku nak bagi Jihyo aku keluar berdua je dengan namja tu." Ujar Wonwoo. Eunji buat muka. "ehh, sejak bila unnie jadi hak kau? Perasan betul. Dahla, makin lama kau dekat sini makin merepek kau kan? Unnie, kitorang balik dululah. Si wonwoo ni makin lama makin merapu."
"Jihyo, saya balik dulu tau. Jangan rindu tau." Eunji menarik telinga Wonwoo keluar dari bilik wad. Makin lama dibiar makin merapu jadinya. Jihyo menggeleng kepalanya. Tenang wad jihyo bila mereka berdua pergi. Jihyo pejam matanya rapat. Perlahan airmatannya menitis. Entah kenapa dia terasa sebak. Xiumin hanya memandang jihyo dari luar pintu bilik. Dia juga tidak mahu kehilangan Jihyo. Dia tidak dapat bayangkan kalau Jihyo tiba-tiba hilang dari hidup dia. Tapi apa yang mampu dia lakukan? Selain dari kata kata semangat saja yang dia mampu berikan.
"Jihyo, selagi saya ada, saya akan ada disisi awak. Saya akan buat awak senyum selalu. Saya tak nak awak sedih."
Tbc
YOU ARE READING
You Are Not Alone
Fanfiction"Unnie sayang korang. Korang adalah nyawa unnie." Song Jihyo "Unnie! Jangan tinggalkan Eunji!!" Jung Eunji "Jihyo, awak akan tetap ada dalam hati saya sampai bila bila." Jeon Wonwoo "Saya sayangkan awak. Takkan ada yang dapat gantikan awak. Tak akan...