Preorder 13 Feb - 15 MARCH 2019
"Zara, I need you to pay attention. Kalau tak dapat fokus, baik tak payah meeting!" Sinis sindiran Zarul hampir membuatkan Zara bangun berdiri meninggalkan bilik mesyuarat. Kalau bukan kerana arahan papa, tak kuasa dia nak menghadap muka Mr Stone Cold itu.
"Sorry, I sakit kepala sikit. Can we discuss this next time?"
Zara sudah panas punggung. Rimas berada berdua bersama Zarul sekarang ini. Menyesal pulak tak heret sekali pembantunya, Farha tadi. Ingatkan dia boleh berdepan dengan Zarul. Namun, semakin lama dia berada berdua dengan Zarul, dia semakin tertekan. Tak keruan perasaan di hatinya. Mustahil dia dapat bersama dengan lelaki berhati batu itu. Zara tak boleh tahan dengan layanan dingin Zarul. Lidah lelaki itu cukup tajam macam tak ada insuran!
"Women! Banyak saja alasan!" Zarul menggumam lemah sambil menggeleng kepala. Hatinya sedikit panas berdepan dengan Zara. Tuduhan Zamir masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Huh! Siapa yang sebar gosip palsu kononnya dia sedang memikat hati anak gadis Hakim?
Zarul menutup fail dan komputer riba. Dia sudah tiada hati untuk membuat kerja. Fikirannya juga bercelaru. Dia sekali lagi merenung wajah keruh Zara.
Zara mengangkat wajah dan mencemikkan bibir tanda geram. Tegang suasana di dalam bilik mesyuarat. Mereka beradu pandang. Masing-masing sedang sakit hati terperangkap dalam perasaan sendiri.
Gagal beradu pandang dengan Zarul, Zara akhirnya melarikan anak matanya ke arah lain. Zarul tersenyum senget tanda kemenangan. Zara turut menutup fail dan komputer riba miliknya. Selesai memasukkan barang miliknya ke dalam beg dan menyangkut tali beg di bahu, Zara memanjangkan langkah ke pintu bilik mesyuarat.
Mata helang Zarul masih belum puas memerhati setiap gerak geri Zara. Sementara si gadis semakin rimas ditenung lama sebegitu rupa.Opocot! Zara tergelincir dari kasut tumit tinggi 4 inci yang dipakainya itu. Dia gagal mengawal imbangan badan. Namun, mujur ada tangan sasa yang memaut kemas pinggang ramping milik Zara. Buntang mata Zara menatap muka Zarul yang begitu hampir dengannya. Lama mereka tenggelam di dalam renungan masing-masing.
Zarul cukup terpesona dengan kecantikan Zara. Terasa hangat hembusan nafas Zara tepat mengena mukanya. Hatinya tergoda. Beberapa kali Zarul telan air liur. Cuba menahan diri daripada jatuh cinta.
Degupan jantung Zara berdetak hebat. Pautan erat tangan sasa si jejaka membuatkan Zara hampir lupa akan pergelangan kakinya yang mula berdenyut-denyut itu. Terasa hangat tubuh Zarul begitu menggentarkan naluri wanitanya. Mukanya rasa panas memerah malu dengan keadaan dirinya itu. Segera dia menolak perlahan dada bidang Zarul yang begitu rapat dengan tubuhnya itu.
Berminat? Komen NAK!!
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomansaGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...