"Kau tunggu kat luar ni dulu. Faham?!" kata Yeonjin kepada Nayeon. Nayeon hanya mampu mengganguk.
Yeonjin menjeling Nayeon. Rasa jijik dengan gadis ini. Yeonjin masuk ke kelas terlebih dahulu meninggalkan Nayeon di luar.
Sedang Nayeon menunggu di luar, tiba-tiba seorang wanita menegurnya dengan lembut sekali.
"Kamu ni siapa ya? Kenapa kamu disini? Ahh~ kamu mesti pelajar baru kan?" tanya wanita itu yang dikenali sebagai Miss Jang.
"Oh.. nae...." jawab nayeon. Perasaannya yg sebenar ialah, malu untuk menunjukkan wajahnya kepada guru yang sangan menawan ini.
Miss Jang yang melihat Nayeon yang sedang menunduk , mula tersenyum. "It's okay. I know what do you feel." kata Miss Jang.
Nayeon yang mendengar kata2 itu mengangkat mukanya perlahan-lahan.
"What do you mean?"
"Kwin-chana...nanti suatu hari, kamu akan tahu."
"Apakah..."
"Dah dah..jom masuk kelas." ajak Miss Jang lalu memeluk bahu Nayeon.
Sampai di pintu kelas. Miss Jang menyuruh Nayeon menunggu di luar.
Nayeon Pov
Aku yang tunggu di luar, mula berdebar.
"Eomma..appa.."
Sedang aku tengah gelisah,takut,malu,rase nak terkencing pun ado, miss jang memanggil aku. Sudah, habis aku!! Ahhh!! Help me!!
"Girls, come in here" kata Miss Jang sambil memberi senyuman manis kepada aku. Aku hanya mampu menelan air liur.
End Nayeon Pov
Nayeon dengan perlahannya, melangkah masuk ke dalam kelas. Baginya, dia mahu sahaja angkat kaki daripada masuk ke kelas ini.
Nayeon menutupi mukanya dengan rambut blond nya itu.
"Baiklah, ini ialah pelajar baharu. Saya harap kamu semua dapat menjadi kawan yang baik & sentiasa perihatin. Boleh pelajar?"
"BOLEHHHH!!" jawab semua pelajar di dalam kelas itu. Bagi nayeon, dia susah untuk percaya atau tidak akan kawan-kawannya itu.
"Kalau macam tu, sila perkenalkan diri kamu?" kata Miss Jang kepada Nayeon.
Nayeon mula gementar lalu mengetap bibirnya yang merah jambu itu. Dia kaku. Tidak tahu mahu berkata apa.
Kemudian Miss Jang memeluk bahu Nayeon dan berbisik.
"It's okay..just be yourself"
Selepas mendengar kata² itu, Nayeon menarik nafas perlahan-lahan dan berkata.
"Nae......annyeonghasayeo...jeo neun, Im Na-Yeonnie-yo..saya dari Busan..Saya harap dapat menjadi kawan yang lebih baik & berlajar bersungguh-sungguh..hwaiting-gu.."
Habis sahaja kata kata Nayeon, tiba-tiba Yeonjin bersuara.
"Eee..taknak la kitaorang kawan dengan kau! Kau tu dah buruk,selekeh! Hahah!!" sindir Yeonjin membuatkan satu kelas terkehek-kehek ketawa.
"Hey Yeonjin!" jerit Miss Jang. Mukanya berubah tanda bengang.
"Na..nae seo-sangim.." balas Yeonjin lalu berdiri.
"Kamu tak ada adap ke?! Tolong hormati Nayeon! Dia pelajar baru disini kan?! Datang depan dan buat ketuk-ketampi 20x" kata Miss Jang kepada Yeonjin.
Nayeon yang disebelah, berasa bersalah. Dalam fikirannya, teringat sesuatu iaitu kata² kembarnya sebentar tadi. Nayeon mula gementar lalu bersuara.
"Ah! Miss Jang!"
"Wae-yo nayeon-ssi?"
"Urmm...urm...tolong..jangan denda Yeonjin.."
"Hah?"
"Maksud saya..ini kan hari pertama saya, jadi..saya tak nak..."
"Tak boleh! Orang yang buat salah, patut kena denda!" kata Miss Jang langsung memandang Yeonjin dengan pandangan tajam.
"Tapi.."
"No but-but nayeon! Yeonjin! Palli wa!"
Yeonjin datang ke depan lalu menjeling Nayeon. Baginya rasa geram akan nayeon. Mahu sahaja dia bunuh nayeon sekarang.
Sebelum dia melakukan denda, Yeonjin berbisik perlahan kepada Nayeon.
.
.
.
.
"Mampus kau nanti..Aku dah kata tadi,kan?"
YOU ARE READING
You Are Perfect 💘[Nakook] JEON JUNGKOOK & IM NAYEON
Novela JuvenilAku dan dia memang kembar. Semua sama kan? Tetapi bagi aku kami amat berbeza...Dia cantik,comel tetapi aku?? Aku ingat mahu menjadi seperti dia tetapi...tidak boleh..dia hanya lah dia dan aku..hanyalah aku 💘