"Dah siap?" Soal Xiumin kepada jihyo. Hari ni Jihyo dah boleh keluar. Sebelum balik kerumah Jihyo dah janji untuk keluar dengan Xiumin.
"Dah. Jom." JAwab jihyo ringkas. Xiumin mengambil beg ditangan Jihyo. Gentleman sangat. "Kita pergi makan jom. Aku lapar. Dahlah makanan hospital ni tak sedap.'' rungut Jihyo. "Okey, kau nak makan apa? Aku bawakkan." Ujar Xiumin. Jihyo berfikir sejenak. "Jajangmyeon.'' ujar Jihyo ringkas. "Punyalah banyak makanan sedap sedap, tu je yang kau boleh fikirkan?" soal Xiumin. "Biarlah." Lawan Jihyo.
Tidak lama kemudian mereka sampai tempat yang dituju. Selepas makanan dipesan mereka borak borak kosong. "Jihyo, kau kena rajin tau datang hospital. Check up. Treatment." Pesan Xiumin.
"Ala kau ni, aku baru keluar hospital, kau dah cakap pasal hospital. Kau dengan hospital memang tak dapat dipisahkan kan?" Ujar Jihyo. Xiumin tersengih.
"Aku pesan je." Jawab Xiumin ringkas.
"Yelah. Aku ingat. Tapi kau kena temankan aku." Pinta Jihyo.
"Mestilah aku temankan kau. Kalau tak aku siapa lagi nak temankan kau?" Jawab xiumin. Jihyo makan dengan berselera. Dahla lama dia nak makan jajangmyeon. "Gelojoh betul kau ni kan?" Ujar Xiumin. Jihyo tidak peduli. Asal makanan ada depan mata. "Tapikan jihyo, sampai bila kau nak rahsiakan penyakit kau ni dari Eunji. Dia ada hak tau nak tau pasal ni. Kau unnie dia." Ujar Xiumin. Suapan Jihyo terhenti. "Aku pun tak tahulah Xiumin. Aku tak dapat bayangkan apa perasaan eunji nanti bila dia tahu Unnie dia ni dah tak lama hidup." Xiumin menggenggam tangan Jihyo.
"Jihyo, tak baik tak kau cakap macam ni. Ajal kita, kita tak tahu bila. Entah entah aku yang pergi dulu. Tak ada siapa tahu Jihyo. Aku tak nak kau cakap macam ni lagi." Ujar xiumin. Jihyo mengangguk tanda faham. "Aku mintak maaf." Ujar Jihyo. XIumin senyum. Lepas selesai makan Xiumin menghantar jihyo balik. Diluar rumah Eunji dan Wonwoo sudah menunggu. "Amboi, baru balik? Seronok dating?" soal eunji. Wonwoo menjeling Xiumin. Berani dia bawak jihyo dating! Kata hati kecil Wonwoo. ''Seronok jugaklah.''Gurau Xiumin. "Nanti kita keluar sama sam pulak." Cadang Eunji. "Takde maknanya aku nak keluar sekali dengan namja ni." Ujar Wonwoo perlahan. "Kau cakap apa?" Soal Eunji. wonwoo hanya menjeling.
"Okeylah, Oppa balik dulu ye Eunji. Jihyo, jangan lupa esok ye." Xiumin mengingatkan Jihyo tentang temujanjinya esok. "Esok? Korang nak gi mana? Nak ikut." Pinta Eunji. "Adalah. Budak budak tak boleh ikut." Ujar Xiumin. Wonwoo memandang Xiumin tidak puas hati. Tak puas lagi ke diorang keluar harini, esok nak keluar pulak. Dahtu bila aku nak keluar dengan Jihyonya. Xiumin hanya senyum memandang Wonwoo. "Okey, jumpa esok Jihyo." Ujar Xiumin lalu masuk kedalam keretanya. "Ehh, kau pandang apa?" Sergah Eunji kepada Wonwoo. Wonwoo memberi jelingan kepada Eunji.
"Jihyo, awak nak pergi mana dengan dia? Bila kita boleh keluarnya?" Soal Wonwoo dengan nada yang cemburu. Jihyo hanya senyum. "Biarlah diorang nak keluar dating. Yang engkau sibuk sangat kenapa?" Wonwoo menjeling Eunji lagi. Sibuk je yeoja ni. "Dahla, noona nak masuk lepas tu rehat. Wonwoo pergilah balik. Dah lewat malam ni. Eunji, jom masuk." Wonwoo terpaksa akur bila diarah sedemikian oleh Jihyo. Mereka pun pulang ke tempat asal mereka.
Keesokannya
Loceng rumah Jihyo berbunyi. Eunji segera berlari ke pintu. Terpacul Xiumin di depan pintu. "Ehh oppa. Masuklah dulu. Unnie tengah bersiap. Duduklah dulu. Biar Eunji buatkan air dulu. Xiumin duduk diruang tamu. Lama selepas Eunji ke dapur, Wonwoo pun datang terus masuk tanpa memberi salam dulu. Buat macam rumah sendiri je. Wonwoo yang melihat Xiumin diruang tamu terus duduk disitu. Wonwoo merenung Xiumin. Xiumin hanya senyum memandang Wonwoo. Dia tahu namja itu tidak berpuas hati dengannya. "Wonwoo masih belajar kan?" Soal Xiumin cuba untuk memecahkan kesunyian. Wonwoo diam tiada respon.
"Kau suka Jihyo kan?" Soal Wonwoo terus terang. Xiumin hanya diam dan senyum. Jujur dia terkejut kerana Wonwoo membahasakan aku kau dengannya. "Jawablah!" Suaranya sedikit meninggi. "Kalau ya kenapa?" Soal Xiumin dengan tenang. "Aku nak kau jauhkan diri kau dari Jihyo." Wonwoo memberi amaran. "Wonwoo suka Jihyo?" Saja dia bertanya. Padahal dia sudah tahu jawapannya. "Baguslah kalau kau dah tahu. Tak payah aku susah susah nak bagitahu kau." Walaupun suara Wonwoo perlahan namun nadanya meninggi. Tanpa mereka sedar Jihyo mendengar semua perbualan mereka. Jihyo turun kebawah. Xiumin dan Wonwoo buat seperti biasa. "Jom." Ajak Jihyo. Xiumin dan Jihyo pun beredar dari situ. Wonwoo menggenggam penumbuk tanda geram.
Dalam kereta.
Xiumin memandu kereta menuju ke hospital. Hari ini Jihyo ada temu janji di hospital. Sebenarnya Jihyo malas tapi kerana dipaksa oleh Xiumin terpaksa juga dia pergi. "Awak dengar kan tadi?" Soal Xiumin. Jihyo hanya mengangguk. "Tapi saya anggap Wonwoo tak lebih sebagai seorang dongsaeng. Saya layan Wonwoo sama macam saya layan Eunji. Dua dua adalah harta yang berharga buat saya." Jujur Jihyo. "Awak tahu yang Eunji suka Wonwoo?" Soal Xiumin lagi. Jihyo mengangguk perlahan. "Saya tahu. Itu yang buat saya serba salah. Saya tak nak Eunji sedih dan dalam masa yang sama saya tak nak Wonwoo pun sedih. Mungkin... Kalau saya tak ada nanti..." Jihyo tidak menghabiskan ayatnya. "Jihyo, tak baik awak cakap macam tu tau. Saya yakin yang Wonwoo sendiri tak jelas dengan perasaan die sendiri. Biarlah. Lama lama nanti diorang akan sedar jugak." ujar Wonwoo. "Sedar apa?" Soal Jihyo tidak faham. "Yang diorang saling mencintai." Ujar Xiumin ringkas. Muka Jihyo berkerut. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Xiumin. Xiumin hanya tersenyum.
Tbc...
YOU ARE READING
You Are Not Alone
Fiksi Penggemar"Unnie sayang korang. Korang adalah nyawa unnie." Song Jihyo "Unnie! Jangan tinggalkan Eunji!!" Jung Eunji "Jihyo, awak akan tetap ada dalam hati saya sampai bila bila." Jeon Wonwoo "Saya sayangkan awak. Takkan ada yang dapat gantikan awak. Tak akan...