Harga Kombo

354 3 0
                                    

Sinopsis: My Dear Mr. Stone Cold

Zara Aleeya, anak gadis kesayangan Tan Sri Hakim sudah lama terperangkap dalam kenangan silam. Tatkala terpandang Zarul, dia penasaran. Wajah lelaki itu iras bekas tunangnya. Dia berusaha untuk mendekati pemuda itu. Zarul amat dingin. Pemuda itu bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai di tengah jalan.

Manakala Tan Sri Hakim, pemilik TN Holdings itu perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang untuk menyimpul kasih antara anak gadis kesayangan dengan pemuda terbaik pilihannya. Namun ada musuh yang berdendam. Nyawa Zara diambang bahaya. Mujurlah Zarul berjaya menyelamatkan si gadis jelita. Tan Sri Hakim semakin pasti, pemuda itulah pilihan terbaik untuk anak gadisnya. Lalu Tan Sri Hakim menawarkan tawaran lumayan kepada Zarul.  

"I'll never say NO to your papa." ~ Zarul 

Zara tersepit di antara harapan papa, sumpah setianya terhadap Ammar dan cita-cita Zarul untuk meraih keuntungan. Sikap dingin Zarul menyebabkan Zara semakin terseksa.  

"Aduh! Dingin sungguh hati batu Mr. Stone Cold! Macam-macam Zara dah buat, tapi kenapa dia masih marahkan Zara?"

Zara sakit hati dilayan acuh tak acuh oleh Mr. Stone Cold, calon menantu pilihan papa.   Kehadiran Alex yang sudah lama mencintai Zara dalam diam membuatkan ego Zarul tercabar. Zara lebih rela memilih Alex sebagai teman lelakinya daripada terpaksa berkahwin dengan Zarul.  

"Saya tak perlu kahwin dengan awak untuk dapatkan awak, Zara!" ~ Zarul  

Zara keliru dengan sikap Mr. Stone Cold. Sudah cairkah hati dingin Zarul? Adakah Mr. Stone Cold sudah jatuh cinta terhadap Zara? Atau itu semua lakonan semata-mata kerana harta? Perlukah jiwa Zara sekali lagi menjadi korban? 

Rancangan Tan Sri Hakim untuk menyatukan Zara dan Zarul sentiasa terhalang. Siapakah dalang sebenar yang menghalang rancangan Hakim dan menjadikan nyawa puterinya sebagai taruhan?

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

SINOPSIS: Sayang...Izinkan Aku Pergi

Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri?

Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri?

Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Dia nekad melarikan diri daripada sejarah silamnya. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam.

Izwan Fadli menagih penjelasan. Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda?

"Penting ke status saya kat awak, Isya? Kalau saya solo, adakah awak akan terima saya?" ~ Izwan Fadli.

Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu.

Namun, Izwan Fadli amat licik. Dia berjaya memerangkap Nuzul Harissya. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh jejaka itu atau pun sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?

Berminat? Whatsapp: +60192887829 atau +60197945413

Berminat? Whatsapp: +60192887829 atau +60197945413

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now