BAB 45 || PENYESALAN🙇

3.8K 122 12
                                    

Hello ! My Baby Girl.

"Ijah ????? "

"Yeee , Ijah ! Mama dah buat pemeriksaan pada otak Ell dan mama dapati . Daripada gegaran yang terhasil , otaknya dapat mengingati siapa dirinya semula dan dia akan ingat sepenuhnya soal dirinya yang dulu. "

Terang Pn.Erissa , diangakat tubuh Xavier . Untuk berdiri semula , bukan Xavier je yang akan hilang Ell nanti tapi dia juga.  Gadis itu mesti akan mencari semula keluarganya.

"Vierr nak jumpa dia maaa ... please maaa , "

Rayu Xavier , disatukan tangganya tanda di betul-betul ingin berjumpa dengan isterinya.

"Boleh tapi ada syarat , jangan kacau atau desak dia untuk apa-apa . Dia koma dan mungkin untuk beberapa hari akibat pembedahan tadi , bila dia sedar sahaja dari komanya . Mama harap vier terima apa pun keputusan dia "

Lama Xavier memikirkan apa yang dikatakan oleh mamanya , sebelum dia mengangguk-anggukan kepalanya . Dibuka dengan perlahan pintu ward milik Ell , alhamdulillah Ell telah pun  dipindahkan ke ward VIP . Dia mula melangkah mendekati tubuh Ell yang langsung tidak sedarkan diri.

Dapat dilihat kesan balutan didahi Ell dan beberapa kesan luka diwajah Ell . Semua ni salahnya , jika dari awal dia menghalang Ell untuk keluar dari rumahnya . Mesti semua ini tak akan berlaku. Tak akan !! .

"Miyy bangun cepat Miyy , Biyy rindukan Miyy .Biyy mintak maaf , sebab Biyy kita hilang baby first kita . Biyy menyesal Miyy , please maafkan Biyy Miyy ."

Dapat dilihat dengan jelas cecair putih yang mula mengalir dari celahan mata Ell yang tertutup rapat , dikesat air mata milik Ell . Sedaya upaya dia menahan tangisannya , dia kene kuat untuk hadap semua ni .

"Sshh.... jangan nangis Miyy , Biyy kan ada . Biyy promise lepasni Biyy takkan sesekali tinggalkan Miyy lagi , bagilah Biyy peluang kedua Miyy ."

Tanpa dia sedar semua seisi keluarganya dan sepupunya ada dihadapan pintu ward milik Ell , setitik demi setitik air mata Pn.Isabella jatuh  . Sedih hati tuanya bila melihat anak sulungnya seperti orang yang hilang arah tuju.

"Kesian dia Bang , kenapalah semua ni jadi dengan dia . Kita hilang cucu kita bang  ! "

Dipeluk erat tubuh suaminya En.Fattah , Farish yang berada di sebelah bondanya hanya menahan sedaya upaya tangisannya daripada pecah . Kalau dia berada di tempat Xavier , mungkin dia tidak akan dapat memaafkan dirinya.

Baru sahaja hubungan mereka mulai ok dalam masalah rumah tangganya , dah ada bala lain datang menimpa dan lebih memeritkan . Hilang seorang insan yang bergelar anak ? Ya allah luluh hatinya . Di mula melangkah mendekati Xavier , disentuh lembut bahu abang sulungnya itu.

"Vier ? ..."

Tegurnya , dilihat Xavier yang mengangkat wajahnya itu dengan penuh air mata diwajahnya. Terus dipeluknya tubuh Farish sekuat hati , dipeluk dibahagian pinggang Farish . Dia betul-betul lemah tika ini.

Isterinya koma dan dia kehilangan anaknya . Dalam satu masa , dalam satu hari dan dalam satu detik semuanya dia hilang .

"Shhh... alongkan kuat , angah tahu along kuat . Sekarang along balik dulu mandi , biar angah jaga tolong jagakan akak . Along balik rehatkan diri dulu , nah ambil kertas ni ."

Dihulurkan sekeping kertas yang berada dalam sampul putih yang dipenuhi darah , kertas yang Lewis jumpa didalam handbag Ell. Xavier terus menyambut kertas tersebut dan dibuka isi didalam kertas tersebut .

Assalamualaikum Biyy ,

  Pertama sekali Miyy nak cakap Miyy sayang Biyy sangat-sangat , Miyy ada benda nak bagitahu Biyy ni . Dah lama Miyy nak bagitahu Biyy , lepas 3 minggu Biyy tinggalkan Miyy.

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now