21 ; Balik

411 54 17
                                    

. . . . . . . . . . . . .
   Elina POV
. . . . . . . . . . . . .

Aduhh agaknya macam mana Alice kat sana eh ? Naik risau aku hm tu lah sebelum ni aku main kutuk dan kemain suka lagi .

Tapi sekarang betapa risaunya kau kat Alice , Elina haihh . Aku tak ready nak bagitahu Alice yang sebenarnya hm .

"Weh , kau kenapa ? Murung je"

Soal Jina dengan kening terjungkit sikit . Mata aku mula memandang wajahnya yang sungguh kelakar hm .

"Aku risau"

"Ni mesti risau pasal bini baejin kan ?"

Aku angguk lemah , takut omma Alice takleh maafkan aku sebab buat anak dia macam tu .

"Tu lah , tak nak fikir dulu sebelum bertindak"

"Eii kau tak tahu pape , senyap jelah"

Air jus oren yang terhidang depan aku disedut melalui straw . Minum air pun takde rasa feel .

Da lah aku call tak angkat apatah lagi nak reply mesej aku tapi memang padan muka aku huaaa

"Hurghhh btw si Hanbin tu da kenapa eh ? Akhir akhir ni , aku tengok kemain kerap lagi dia call kau"

"Takde papelah"

"Ke dia syok dengan kau ? Huehuehue"

Renungan tajam diberi kepada Jina . Dia tak habis habis tanya pasal Hanbin , tahulah jealous pfft

"Taklah , dia call just tanya pasal bini baejin je"

"Eh asal pula dia tanya pasal bini si bjy ?"

Kenapalah dia banyak tanya ? Aku tengah malas nak jawap soalan sekarang ni , da rasa macam kat sesi temuduga pula hm

"Fyi bini bjy tu schoolmate si Hanbin dan buah hati Hanbin time sekolah dulu"

"What ?! Maksudnya , berlaku cinta tiga segi kah ? Yela , aku dengar bjy suka bini dia time sekolah dulu"

"Macam tu lah"

Aku menongkat dagu dan mengenangkan nasib aku nanti . Aduhh serabutlah ! Haishhh buntu ! Buntu !

TINGG !

WhatsApp from Bae Jinyoung.

Masuk da chat dia , aku menekan ruangan chat dia dengan malas . Telinga aku pekakkan kejap sebab Jina tengah membebel sekarang ni .

Bae Jinyoung
Online

Bae Jinyoung
Kau da lupa ke ?

Elina
Lupa apa ?

Bae Jinyoung
Bukan kita patut jumpa kat hotel ke harini ? Da lupa ? 😑

Elina
Haihh yela , japgi aku sampai

Air jus oren disedut hingga habis , sesi bebelan Jina terhenti sebab aku tergesa gesa .

"Kau nak pergi mana ?"

"Mind your own business"

Beg tangan dicapai lalu menuju ke kereta , aku takde mood ginilah dia nak jumpa . Mamat ni dengar macam tak risau pasal bini dia je .

Gear 3 dimasukkan dan stereng dipusingkan ke kanan . Ke patut aku melencong tempat lain ? Eh nanti kesian pula dia haihh .

. . . . . . . . . . . . .
   Alice POV
. . . . . . . . . . . . . 

Lebih kurang seminggu aku kat sini , semua panggilan dan mesej yang masuk aku abaikan .

Memang seminggu tu aku langsung tak sentuh telefon , aku terlalu happy sangat bawa Jaejin jenjalan sampai lupa pasal telefon .

"Jaejin nak makan ?"

"Tak nak !"

Teriaknya dari ruang tamu , dia tak nak makan tu maksudnya tengah seronok layan tv lah tu .

"Mama ! Sini jap !"

Dari dapur aku ke ruang tamu , ada apa je lah anak aku ni huehue . Aku mula melabuhkan punggung sebelahnya .

"Ada apa , sayang ?"

"Mama tengok tu ! Papa Jaejin handsome sangat !"

Terbeliak biji mata aku . Ternyata benar ,  Wanna One muncul dikaca tv dalam rancangan The Show .

Segera pandangan aku dialihkan , kepala Jaejin aku usap perlahan bersama senyuman hambar .

"Alice"

Panggil Halmeoni dari arah dapur , aku mula melangkah ke sana tanpa banyak bunyi .

"Ye , halmeoni ?"

Muka Halmeoni menunjukkan wajah serious serta keluhan ringan . Ada apa ? Buat aku risau je hm .

"Halmeoni rasa kamu berdua patut fikirkan tentang anak kamu yang masih tak tahu apa apa"

"Tapi Alice.."

"Alice , Halmeoni bukan nak halau tapi kesian Jaejin tak dapat kasih sayang dari papa dia . Seminggu tu boleh dikatakan lama tau"

Aku menunduk sambil melepaskan keluhan yang cukup berat . Aku bukan tak nak balik tapi aku cuma tak bersedia .

"Takkan kamu nak renggangkan hubungan Jaejin dengan Jinyoung ? Kamu nak tengok ke Jaejin takut dengan Jinyoung sampai tak nak tegur macam dulu"

"Alice tak ready lagi nak balik"

Halmeoni memegang bahu aku dan tangan kirinya menarik wajah aku supaya memandang dia .

"Alice balik ye ? Halmeoni tahu Alice tak ready tapi fikir pasal hubungan Jaejin"

Aku diam seketika , tak tahu nak balas apa . Boleh ke aku balik ? Aku rasa macam tak rela nak berdepan dengan Jinyoung .

"Haih ok Alice balik tapi Halmeoni kena teman Alice balik Korea"

"Ofc lah Halmeoni akan temankan Alice lagipun Halmeoni da lama tak jenjalan kat sana"

Halmeoni senyum lalu menepuk bahu aku dan beredar ke ruang tamu . Aku jadi risau , otak aku asyik membayangkan bahawa aku balik Korea dan dapat berita yang Jinyoung kahwin dengan Elina .

ANDWAE !

"ALICE ! BERSIAP YE ? HALMEONI TAK SABAR NAK BALIK KOREA NI !"

Halmeoni kedengaran gembira bila dapat pulang ke Korea semula tapi aku tak . Bila difikirkan balik , memang taklah aku nak balik .

Bila dikenangkan kata Halmeoni tadi , aku jadi buntu . Takkanlah seorang ibu nak pisahkan anaknya dengan ayah kandung dia kan ? SERABUT LAHAI !

Yang pasti next chap adalah chap terakhir huhuhu maaflah chap ni macam tak kena , yela da lama tak update sampai lupa jalan cerita 🌚

+vote+comment+

[C] Senior Bae S2 : bjyWhere stories live. Discover now