lets say 'Alhamdulillah' to the fact that Allah still gives us chance to live till today :)
Sebaik saja Audi milik Zafran masuk dalam perkarangan rumah itu, aku terpegun di tempat dudukku. Mata membulat, rahangku menyembah bumi, menyaksikan kemegahan rumah itu.
Aku tahu yang Zafran duduk seorang diri di situ. Rumah itu sekadar tempat persinggahannya ketika dia bekerja. Jadi, tak peliklah kalau aku terkejut melihat pengawal keselamatan bersenjata api yang berkawad depan pagar, CCTV bersepah di sekeliling rumah agam itu.
Zafran di sebelah dipandang. Mamat ini bawa kapal terbang ke buat kapal terbang?
Sedar yang dirinya diperhatikan, Zafran toleh ke arahku. Kemudian dia jongket kening sebelah ala Ziana Zain dekat aku. Pelik agaknya bila aku pandang dia macam tu.
"What?"
Aku kecilkan mata memandangnya.
"Are you sure you're not a drug dealer?" Penuh skeptikal aku pandang dia.
Yalah, pilot apa yang perlukan pengawal keselamatan, CCTV bagai? Lainlah kalau laki aku ni ketua mafia macam Dheo Han!
Haa, itu memang wajarlah pasang CCTV sampai atas bumbung pun. Ini setakat bawa kapal terbang atas awan, apa sangat yang boleh berlaku di darat ni?
Aku nampak tubuh Zafran mengeras buat beberapa saat. Kemudian, hujung bibirnya ternaik sedikit. Amused.
"Then you'll go to prison for conspiring, Sweetheart. But don't worry, the police won't find us here," kata Zafran seraya mengenyit mata.
Eh, dia ni serius ke main-main? Takkanlah aku muda-muda dah kena masuk penjara sebab bersubahat dengan dia?
Kepala spontan toleh ke belakang. Sayu mataku memandang Anas yang terlena dalam kid carseatnya. Adakah Anas turut bersubahat dengan Zafran dalam menjalankan kegiatan tak bermoral ini?
Oh, tidak! Not my baby!
"Hey, abang berguraulah! Kalau abang drug dealer, abang tak bawa Audi. Abang bawa kereta kebal."
"Kenapa pula?"
"It's bulletproof." Zafran sengih. Ada juga yang kena pelangkung dengan aku sekejap lagi. Orang serius, dia main-main pula.
"Najla pergi masuk dulu. Give yourself a tour. Abang nak angkat Anas masuk dalam."
Aku tak tunggu lama. Terus buka pintu kereta dan mulakan kembara ekspedisi aku. Aku mula dengan luar rumah.
Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya yang lama, rekaan rumah ini tak ada banyak beza pun. Cuma aku tak expect Zafran untuk bina rumah ala-ala Garden House macam ni.
Yalah, muka ganas macam dia.... Hm, faham-fahamlah apa yang aku nak kata.
Di luar rumah ada kebun bunga kecil. Ada tiga jenis bunga saja di laman rumah itu. Ros merah, Lily dan Orked. Tak tahulah aku kalau laki aku tu ada pernah bercita-cita nak jadi florist. Disebabkan muka ganas dia tu, tak ada orang nak beli pokok bunga dia. Jadi, dia tutup kedai dan jadi pilot.
"Hm, logik, logik..." gumamku sendirian, mengiyakan apa yang aku fikir.
Tahu-tahu saja ada tangan besar melingkar di pinggangku. Tak payah tanya siapa. Melainkan Zafran, siapa lagi? Takkan Pak Guard yang tengah berkawad luar rumah itu pula yang peluk aku? Mahu maut kena rejam dengan pokok bunga Zafran ni.
"Apa yang logik?" Dia menyoal seraya mengucup tepi kepalaku. Aku melentok kepala ke bahunya. Tapi sebab pendek, sampai celah ketiak dia sajalah.
"Logiklah abang pernah bercita-cita nak jadi mat florist. Kemudian gagal sebab muka tak berapa nak jambu. Sebab tu abang jadi pilot. Which explains the big part of why do you have this beautiful garden here."
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Teen FictionBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...