Random Teaser Today

268 9 0
                                    

"Zarul, please... I dah ada boyfriend! So, takkan awak still nak kahwin dengan saya lagi selepas awak tahu semua benda ni?"

Sengaja dia menyebut tentang Alex. Agar lelaki itu faham bahawa dia tidak rela menjadi isteri atas kertas untuk Zarul memacu kejayaan di dalam dunia korporat. Sesungguhnya, dia tidak faham dengan jawapan Zarul sebentar tadi. Takkanlah Zarul masih mahu mengahwininya setelah mengetahui hal sebenar?

"Haha. You're so funny Zara. What do you want from me?"

Zarul tergelak kecil dengan aksi Zara sekarang. Apa lagi yang Zara mahu? Hatinya sudah berjaya dilapah-lapah dan dipanggang sampai rentung. Apa lagi yang Zara mahukan daripadanya?  Digeleng kepalanya beberapa kali tanda dia gagal  memahami diri perempuan itu. Memang mereka tidak pernah bersefahaman. Selalu saja bertengkar sedangkan dialah orang terakhir yang sanggup menjadi ahli debat. Hanya gadis itu yang berjaya membuatnya membuka mulut berperang kata-kata, bertikam lidah. Norma hidupnya yang lebih senang mengelak daripada bertikam lidah dengan seseorang itu diuji Zara berkali-kali.

"Saya nak awak tolak tawaran papa saya! Cakap dengan papa yang awak tak nak kahwin dengan saya!" Kini Zara sudah nekad untuk berterus terang. Itu yang dia mahukan. Dia tahu papa akan mengalah kalau si Zarul yang merungkai perjanjian itu.

"Okay. I can do that. Tapi apa awak nak buat pasal kes awak tipu saya semalam?" Selamba saja Zarul bersetuju dengan permintaan Zara itu. Dia tidak perlu berfikir dua kali. Ibarat pinggan tak retak, nasi tak dingin. Kalau Zara tak hendak, dia juga tak ingin berkahwin dengan gadis itu.

"Zarul, I already apologized to you. Apa lagi yang awak nak?" Zara mengetap bibir bawah.

"You!" Ringkas si pemuda bersuara dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Bulat mata Zara mendengar jawapan singkat Zarul itu. Apa, dia tak tersalah dengar ke tadi? Zara menelan air liur kesat. Wajah Zarul direnung tajam dengan rasa tidak percaya.

"What?? Zarul, saya tak faham. Awak cakap awak tak nak kahwin dengan saya. Jadi kenapa awak...?" Tingkah suara Zara semakin naik satu nada seiring dengan rasa keliru dengan helah Zarul itu. Bercakap berbelit-belit. Kemudiannya membuat permintaan gila seperti itu. Mr. Stone Cold tak nak kahwin dengan dia tapi inginkan dirinya? Permainan apakah ini?

"Saya tak perlu kahwin dengan awak untuk dapatkan awak, Zara!" Kini barulah Zarul memandang tubuh Zara dari bawah sampai ke atas sebelum tersenyum senget.

Dada Zara berdegup kencang di saat melihat pandangan galak pemuda di sebelahnya itu. Seperti ada sesuatu yang dirancang oleh Zarul. Apa yang Zarul maksudkan tadi? Dia tidak perlu berkahwin untuk mendapatkan dirinya? Apa Zarul nak buat? Adakah Zarul akan merogol dirinya? Fikiran Zara makin jauh melalut. Hatinya mula diterjah ketakutan. Tidak pernah terfikir langsung Zarul akan berniat jahat terhadap dirinya. Dia cuba menolak jauh telahan fikirannya itu. Zarul bukan lelaki jahat! No!

Berminat? Wassap: 0192887829

Atau Boleh pilih pos laju atau pos flexiprepaid utk Jimat Postage

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Atau Boleh pilih pos laju atau pos flexiprepaid utk Jimat Postage.

And

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

And....

Kalau nak kombo, pun boleh

Kalau nak kombo, pun boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harga termasuk postage:

Anything, just buzz me because this is self-publish. Hanya dijual online. Tiada di kedai2 buku.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now