Minji pov
Mata aku bergetar sebaik sahaja tangan aku selamat dipegang haejin. Ye . Tipu lah kalau aku cakap aku tak trauma dengan benda dia buat dekat aku dulu.
"Mi-minji. Ak-aku mintak maaf" tangan aku dipegang erat dengan tubir matanya bergenangkan air mata.
Suasana senyap seketika sampailah aku smirk dan pandang dia. Pegangan dia aku lepaskan. Anak matanya aku renung. Tajam.
"Apa dia? Kau ada cakap sesuatu ek?" Kataku yang masih tak bergerak dari tempatku.
Haejin tertunduk ke bawah sebelum dongak pandang aku balik.
"Aku na-nak mintak maaf. Atas apa yang aku buat dekat kau selama ni. Ak-aku tau aku bukannya tuhan yang boleh judge sesuka hati and even tuhan tak judge sesiapa" tanganku dipegang kembali.
Tanganku aku tarik kasar. Jijik la bodoh.
"Sorry. Aku tak kenal kau ni siapa. Baik kau blah sebelum aku jerit" kataku sambil pandang bumbung" suara aku agak tinggi sedikit dari suara asal aku tadi. And yeah aku tau semua orang tengah tengok kami.
Maklumlah. Jadi artis ni. Semua benda orang tengok. Apa kau buat dengan siapa dekat mana apa semua. Ada je nak cari pasal. Dasar makcik bawang.
"Jangan pura pura tak kenal aku minji. Tolonglah maafkan aku. Aku dah insaf . Aku menyesal and aku dah dapat pun balasannya. Tengok muka aku ni ! Kena asid. And sampai sekarang aku takde kawan" katanya cuba meraih simpati.
"Then sebab tu la kau datang cari aku? Lepas kau hina caci maki aku dulu??? Eh kau tak layak tau nak duduk depan aku sekarang. Sebab apa? Sebab kau dengan anjing tak banyak beza" kataku sebelum aku beredar pergi dari cafe.
Huh takde selera aku nak makan.
"Minji! Aku tau aku buli kau teruk dulu! Aku tau aku salah! Aku mintak maaf. Susah sangat ke nak maafkan aku?" Katanya dengan nada sedikit kesal.
Langkah aku terhenti.
"Kau berambus dari sekolah ni boleh tak? Ha? Muka kau tu tak layak tau dikategorikan sebagai adik the boyz! " kataku dengan nada yang sangat tinggi. Boleh dikatakan marah.
Aku pusing ke belakang dan tengok dia. Aku smirk.
"Ingat lagi ayat tu? Ayat yang kau guna masa aku gemok hodoh takde rupa dulu kan?! Sekarang? Sekarang kau lagi hodoh dari aku kau sedar tak?!!! " aku dapat rasakan muka aku dah merah menahan amarah dalam diri. Mata aku pejam sekejap dan aku mengeluh perlahan.
"Kau ingat aku akan cakap ke semua benda tu?" Soalku lagi kalini aku renung mata dia seakan boleh tembus.
"Ma-maksud kau?" Soalnya dengan wajah keliru.
Aku smirk buat kali keberapa harini aku pun tak tau.
"Sejahat jahat aku. Tak terlintas pun aku nak cakap benda benda macam tu dekat kau. Walaupun kau buat macam macam dekat aku dulu. Takpe. Sebab kalau bukan sebab kau cakap dekat aku macam tu dulu. Aku takkan berusaha nak cantik dan kurus and kalau bukan sebab kau mesti aku takkan jadi macam mana aku jadi sekarang" kataku lalu aku pandang lantai.
"Ja-jadi kau ma-maafkan aku?" Haejin memandang anak mataku tepat.
//skip//
"Semua manusia diberi peluang untuk merasa apa itu erti sebuah kehidupan. Tidak kira dari golongan mana. Semua manusia adalah sama tidak kira pangkat atau sebaliknya. Tetapi usaha mestilah dijanjikan. Keajaiban? Keajaiban hanya kata lain bagi usaha keras"
Remote aku ambil dan tutup. Senyuman terukir di bibirku.
"Yah kenapa tutup!!" Sunwoo menunjal kepalaku dengan penumbuknya.
Tapi aku tidak membalas soalannya.
Dah 2 tahun berlalu. Haejin kini seorang penceramah berjaya yang amat dikenali ramai.
Kami tidak lagi dalam keadaan tegang semenjak kejadian di cafe dulu. Aku dah maafkan dia dan mulakan hidup macam biasa.
Dia dah mempunyai matlamat hidup. Dia memberi inspirasi kepada orang yang tidak berkeupayaan dan tidak sempurna terhadap sesuatu perkara. Dia ada jemput aku ke showtalk nya tapi jadual aku yang padat menyukarkanku pergi. Aku berbangga dengannya.
Makin hari makin nama ku dan chungha member galax melonjak naik begitu juga dengan hyungku.
The boyz menang rookie award . Aku berbangga dengan mereka.
Aktiviti model masih lagi berlangsung. And kami telah jadi sunbae di ASICS di mana ramai.junior kami yang meminta tunjuk ajar.
Kangjun hyung kini seorang pelakon yang amat terkenal. Dia bukan lagi manager kami kerana kami mempunyai manager masing masing.
Bussiness eomma dan appa jugak makin bertambah maju. Kini cawangan mereka sudah luas di jepun dan america.
Jinyoung? Dia bekerja sebagai barista di sebuah cafe terkenal. Pernah dua tiga kali aku melawatnya. Wow rugi sapa yang tak rasa kopi yang dia buat haha.
Aku ingin menjadi inspirasi kepada semua orang bahawa dalam hidup tak ada benda yang mustahil.
" BURN BABY BURN! "
-the end-
YOU ARE READING
[C] BURN BABY BURN [K-fanfic]
Randomseorang gadis yang mempunyai penampilan yang semua gadis benci iaitu . GEMUK . akan tetapi. dia dilahirkan bersama abang abangnya yang menjadi idaman ramai gadis. mampukah dia menahan cacian orang ramai bahawa dia tidak layak mempunyai abang aban...