Chapter 29

1.2K 35 0
                                    

" Assalammualaikum. "
Hana Meddina memberi salam sambil mengetuk pintu rumah. Kelihatan senyap sunyi.

"Assalammualaikum. ma. oh ma. Hana da balik ni." Sekali lagi Hana Meddina memberi salam yang sedari tadi tidak terjawab.

'Aik. mana la mama ni pergi. Takkan keluar kot malam malam macamni biasa dia kat rumah je..'  
Hana Meddina mulai diragut bimbang. Tertanya tanya sendirian keberadaan mamanya Puan Khadijah.

'Aku tak sedap hati la.'
Bisik Hana Meddina sendirian.

Hana Meddina teringat akan kunci pendua yang terletak pada kunci keretanya.
lantas mengambil lalu membukanya dengan lafaz bismillah.

"Uihh kenapa tak bole bukak nii."
Hana Meddina mulai gelisah. Terasa berpeluh seluruh tubuhnya.

Handphone di poket seluar pula kehabisan bateri.
Buntu!

" Laaa terbalik rupanya patutla tak bole bukak." Omel Hana Meddina perlahan sambil menahan gelak terasa lucu dengan kesilapan sendiri.

'Fuhh! Lega.'
Bisik Hana Meddina perlahan lalu melangkah kaki ke dalam dengan perasaan berdebar melihat keadaan sekeliling yang buta.
Gelap gelita.

"Ma. ma mana. kenapa rumah ge. ge. gelap je ni. Mama.. ooo mama."
Laung Hana Meddina bersama getaran di hati. Namun tetap bertemankan kekentalan.

Dalam keadaan gelap gelita. Tiada bersuluh sebarang cahaya. suasana yang agak menyeramkan. membuatkan bulu roma berdiri. Terasa seperti berada di sebuah penempatan yg lama ditinggalkan. Dengan hujan yang masih renyai renyai di luar. Namun dengan berbebekalkan sedikit keberanian, Hana Meddina melangkah perlahan lahan mencari suis lampu ruang utama. Teraba raba ibarat seorang buta yang gigih dan sabar meneruskan perjalanan hidup.

'YaAllah yaTuhanku. Lindungiku yaAllah. Lindungi mamaku. Jauhkanlah kami semua dari sebarang mara bahaya. Beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aamiin Yarabbal Alaamiin...'
Hana Meddina memanjatkan doa di dalam hati. Terasa bergetar seluruh tubuhnya saat terdengar bunyi yang seakan mengilai di sudut rumahnya. 

"Hihihihi. Hihihihi. Hihihihihihi."

Hana Meddina gawat seketika. Terasa mahu sahaja terkucil saat itu juga. Lalu segera mencari suis yang dirasakan sudah berada hampir dengannya.

"suprise!"

Lampu warna warni muncul di ruang tamu rumah. Dan kemudian lampu utama menerangi setiap sudut rumah. Belon belon terbang indah di sana sini. Dengan warna warni yang menambahkan lagi kemeriahan suasana itu.

cantik!

"Happy birthday to you.. happy birthday to you.. Happy birthday to Hana. Happy birthday to you....."

Hana Meddina masih tergamam tanpa sebutir kata.
Melopong memandang semua yang berada di hadapannya.

Kesemua yang berada di situ lantas bertepuk tangan sambil mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Hana Meddina yang masih lagi tercengang kaku. Terkejut bukan kepalang. perasaan seram dan takut yang menyelubunginya sebentar tadi adalah cuma agenda semata mata. Geram bercampur gembira.

Mamanya puan Khadijah dilihat tersenyum manis di sebelah lelaki yang amat dikenalinya itu. Adiknya, Ammar Siddiq turut berada disitu termasuk keluarga Izzwan Miqael.

"Happy Birthday cik bakal."
Tutur  Izzwan Miqael perlahan namun cukup jelas kedengaran di telinga Hana Meddina.

"Ehem...Ehem..!"

Terdengar deheman adiknya mengusik. Disambut dengan gelakan dan sengihan oleh kesemua yang berada di situ.
Lalu pantas dijeling tajam oleh Hana Meddina.
Ha! kan dah mendapat.

'Siap kau nanti dik!'
Bisik Hana Meddina.










HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now