Part 17

272 17 0
                                    

NAUFAL RIZAL @ PUTRI AISYA

~~~~~~~~~~

Aisya menyarung telekung lembut itu. Dia baru saja selesai mengambil air wuduk untuk solat subuh.

"Sayang dah siap?"

Aku mendongak apabila suara dia menjengah gegendang telingaku.

Anak mata melihat dia yang sudah berpakaian baju melayu berwarna biru cair. Dengan lengan baju yang masih terlipat hingga ke siku untuk ambil wuduk tadi.

Bibirku terketap.

Dia ni sengaja nak bagi aku cair ke apa?

Terserlah wajah dia yang handsome tu. Dengan muka dan rambut yang masih basah. Lengannya yang sasa sedikit itu.

"Sayang?"

Aku terkejut!

Alamak! Kau dah kenapa Sya pergi tenung dia macam tu?! Heish!

"Er... Tak ada apa-apa." Terketar-ketar suara aku.

Aduh! Dah kenapa tergagap-gagap ni?!

Aku memusingkan badan membelakangi dia. Bibir aku ketap kuat. Geram dengan diri sendiri.

"I know you look at me. I know i handsome. But only for you i sweet."

Suara yang seakan berbisik itu di sebelah telinga kanan aku.

Aku terkejut.

Dia dengan tersenyum nakal lalu di sebelah aku.

Aku yang baru tersedar mengembungkan pipi.

Kuang asam betul dia ni. Menyakat aku rupanya.

Aku berjalan menghampiri dia yang sedang membentangkan sejadah.

Buat seketika, aku terdiam membatu. Hanya merenung dia yang sedang membentangkan sejadah.

Aku solat... dia jadi imam dalam solat aku?

Terkaku.

Pertama kali, dia solat dapat imam dengan seseorang.

Dulu, dia impikan dia dapat solat berjemaah dengan suami sendiri. Jadi imam dia. Berdua saja.

Sekarang...

Apa yang dia impikan tu jadi.

"Sayang?"

Lagi sekali suara dia menghentikan lamunan aku. Cepat-cepat aku pandang dia.

"Ya?"

"Kenapa ni? Dari tadi asyik termenung."

Aku menggeleng. Faham dia mesti pelik.

"Jom. Solat."

Aku mendongak melihat wajah dia.

Dia senyum pada aku.

Ya Allah, cair aku.

Terus aku alihkan pandangan. Langkah kaki tegak berdiri di atas sejadah dengan betul untuk memulakan solat.

"Allahuakbar."

Salam diberi. Tangan menadah untuk membaca doa.

Aku melihat dia yang menadah tangan terus mengikut menadah tangan. Tahulah dia yang Rizal ingin memimpinkan bacaan doa.

Aku yang mendengar bait bacaan doa Rizal itu, terus mendongak melihat tubuh belakang dia.

Terkaku.

"Ya Allah, berikan aku untuk indahkan masjid yang telah terbina ini..."

Ya Allah...

"Jangan pernah padamkan rasa cinta yang Kau hadirkan dalam hati ini..."

Bibir aku terketap.

"Curahkan kasih sayang-Mu kepada orang yang aku sayang..."

Mata aku mula bergenang.

"...sekiranya aku tiada bersama mereka."

Aku terpaku.

Apa... Apa maksud dia...?

Telapak tangan mula menyapu wajah saat bacaan doa selesai.

Aku terdiam membatu seketika. Mengingatkan bacaan yang dibaca oleh Rizal sebentar tadi.

Merdu dan lembut.

Syahdunya hingga ke lubuk hati.

Indahnya bacaan yang tersusun rapi.

Mata terpejam seketika. Cuba menahan dari air mata bertakung di mata.

"Sayang..."

Suara Rizal menyentakkan lamunan aku.

Mata terus terbuka. Kepala mendongak melihat wajah dia yang sudah berada betul di hadapan aku.

Melihat dia menghulurkan tangan, buat seketika aku terdiam membatu. Faham apa yang cuba dilakukan.

Tangan yang dihulurkan itu aku sambut perlahan. Perlahan-lahan bibir aku selamat mencium tangan dia.

Seperti kejadian yang berlaku semalam.

Serentak itu juga aku tersentak.

Tangan dia mendarat di atas kepala aku dan diusap lembut.

Aku mengangkat wajah dari tangan. Melihat wajah dia.

Senyuman terbit di senyuman dia mampu menggetarkan hati aku. Manis bak gula.

Tangan dia ke dagu aku. Perlahan-lahan dia mendekati wajah aku. Rapat.

Terpejam mata aku. Tak mampu melihat wajah dia yang sungguh rapat dengan wajah aku.

Bibir mula terasa suam. Eh salah!

Mata aku terus terbuka.

Dia tersenyum pada aku.

Dia baru saja cium bibir aku!

◇◇◇
Yeh! Nasib bersemangat sikit nk update setelah lama sangt xupdate. Cis! Kata nk habiskan sebelum habis exam, ni pun habis exam aduii. Tapi takpelah... Janji dah update. Makin bosan ke? Huu harap tak lah. So enjoy and wait for the next chap!

Perginya Kasih Rindu✔Where stories live. Discover now