💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 7

20.5K 915 33
                                    

Harini genap seminggu Anggun meninggalkan rumah keluarga Danish. Puas dilarang oleh Datin Rania tetapi Anggun tetap berkeras mahu meninggalkan rumah tersebut.

Dia sudah tidak sanggup lagi menumpang kasih di rumah tersebut. Cukuplah pengorbanan keluarga Danish terhadapnya amatlah dihargai olehnya.

Sempat dia melihat perubahan air muka Datin Rania apabila Anggun meminta izin untuk keluar daripada rumah tersebut.

Harini jugalah kafe tutup dan Anggun bersama kawan-kawannya mengambil kesempatan untuk berehat.

'Ting Tong!'

Loceng rumah sewa milik Anggun dan kawan-kawannya berbunyi. Mereka yang sedang kushuk menonton k-drama mula mengalihkan pandangan memandang antara satu sama lain.

"Weh Anggun! Kau buka pintu, aku penatlah."

Maira menyuruh Anggun sambil menyiku-nyiku lengannya. Anggun menjeling Maira dengan tajam dan mula bangun dari pembaringannya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Mama dan papa buat apa dekat sini? Jemputlah masuk."

Terkejut Anggun apabila wajah Datin Rania dan Datok Raizal tersembul di hadapan pintu. Teragak-agak dia mahu memulakan perbualan.

***

Air minuman yang dibancuh oleh Anggun sudah siap terhidang di atas meja. Maira dan Hana sudah lama terperap di dalam bilik mereka melayan k-drama.

"Jemputlah minum mama, papa."

Anggun mula duduk di atas sofa berhadapan Datin Rania dan Datok Raizal. Tersenyum Datin Rania memandang Anggun yang kelihatan resah.

"Anggun, kami datang ni sebenarnya ada hajat."

Kata Datok Raizal bagi memulakan perbualan di antara mereka bertiga. Datin Rania di sebelah mula mengeluarkan sebentuk cincin permata.

"Sebenarnya, hajat kami datang ni nak pinangkan kamu buat Danish."

Sambung Datin Rania sambil menghulurkan cincin kepada Anggun. Terkejut bukan main Anggun apabila dirinya sudah dilamar orang.

"Tapi Danish tahu ke pasal semua ni?"

Tanya Anggun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia khuatir akan perangai Danish yang terlalu dingin dengannya.

"Sebenarnya, Danish yang mahu kami pinangkan kamu buat dia. Dia harap kamu tidak akan menolak lamaran ni."

Kata Datin Rania sambil memegang erat tangan Anggun. Dia duduk bersebelahan Anggun dan tangannya mula menggosok bahu Anggun.

Teragak-agak Anggun untuk menolak lamaran tersebut. Akan tetapi, berat baginya untuk menerima semua ni.

"Mama, papa boleh tak bagi Anggun sedikit lagi masa untuk membuat keputusan?"

Tanya Anggun. Dia perlukan sedikit lagi masa untuk membuat keputusan tersebut. Tanggungjawab untuk menjadi seorang isteri begitu berat jadi, dia harus memikirkannya secara masak-masak sebelum membuat keputusan.

"Baiklah."

Jawab Datin Rania sambil tersenyum. Anggun mula tersenyum pahit apabila memikirkan tentang perkara tersebut.

Di sebalik tangga,tersenyum-senyum Maira dan Hana yang mendengar perbualan tersebut. Mereka turun untuk mengambil minuman tetapi langkah mereka terhenti tatkala terdengar perbualan antara Datin Rania dan Datok Raizal dengan Anggun.

👑👑👑

Ryan dan Taufiq berjalan beriringan masuk ke dalam pejabat milik Danish. Selagi mereka tak datang pejabat Danish, selagi itulah Danish tidak akan keluar lunch. Workholic!

Taufiq berjalan dengan muka yang dingin dan senyuman staf-staf di situ langsung tak dihiraukan olehnya. Dia sama sahaja dengan Danish yang dingin 24jam.

Manakala Ryan di sebelah sudah tersenyum nakal dan mengenyitkan matanya ke arah staf-staf di situ. Apalagi, terjeritlah staf-staf di situ.

Mereka mula berhenti di hadapan meja Najiah, setiausaha Danish. Tersenyum Najiah memandang mereka berdua. Dia kenal sangat dengan perangai dua orang sepupu bossnya itu.

"Boss kau ada?"

Soal Taufiq dengan muka yang dingin. Dia menjulingkan bebola matanya ke atas kerana menyampah dengan perangai Ryan yang gatal tak bertempat.

"Ada, sekejap."

Jawab Najiah dan dia mula bangun dari kerusinya. Pintu pejabat milik bossnya mula diketuk sebanyak 3 kali.

"Masuk!"

Jawab Danish dari dalam biliknya. Najiah mula menjengulkan mukanya ke dalam pejabat milik Danish.

"Tuan Danish, sepupu Tuan Danish dah sampai."

Kata Najiah sambil tersenyum manis. Danish mula menganggukkan kepalanya tanda membenarkan mereka berdua masuk.

"Good afternoon my workholic cousin!"

Gurau Ryan sambil mendepakan tangannya. Taufiq di sebelah sudah menyampah dengan perangai Ryan.

"Kau ni dah kenapa? Ke kau nak kepala kau berlubang dekat sini?"

Jawab Danish dengan dingin. Ya! Dia mengaku dia terlalu banyak bekerja sehinggakan lupa tengok jam. Ryan dan Taufiq juga merupakan CEO tetapi mereka tidaklah workholic seperti Danish.

"Aku gurau sikit pun dah tak boleh. Jomla keluar lunch. Aku lapar ni."

Ajak Ryan sambil menggosok perutnya yang dari tadi lagi memainkan lagu tanpa irama. Dia sengaja mengubah topik sebelum dirinya disindir oleh Danish.

"Sekejap, aku nak siapkan kerja aku sikit je lagi."

Jawab Danish sambil tangannya mula menari di atas keyboard komputer dan matanya tidak lepas dari memandang komputer tersebut.

"So? How's your plan? Did it work?"

Soal Taufiq sambil bermain dengan telefon jenis IpX miliknya. Manakala Ryann di sebelah sudah mula masuk ke alam PUBG.

"What do you mean? It's about work or about Anggun Qhairah?"

Tanya Danish dengan muka yang bingung. Almaklumlah, dia kan terlebih workholic harini jadi, dia tidak ambil tahu tentang hal sekelilingnya.

"Pasal Anggun lah! Pasal siapa lagi kalau bukan Anggun."

Jawab Taufiq sambil matanya mencerlung tajam ke arah Danish. Danish sudah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh. Ok je just tunggu jawapan dari Anggun. Aku yakin dia tidak akan tolak lamaran aku sebab aku kan handsome."

Kata Danish sambil tersenyum kambing. Taufiq dan Ryan yang mendengarnya terus menjulingkan bebola mata mereka ke atas.

"Wey kau ada plastik tak?"

Tanya Ryan kepada Danish. Danish mula memandangnya dengan muka yang bingung. Manakala Taufiq di sebelah sudah menahan gelak.

"Kau nak buat apa?"

"Aku nak muntah dalam plastik tu. Aku nak keluarkan balik apa yang aku dengar tentang kau cakap yang kau tu handsome sebab aku tengok muka kau tu macam kera nak terberanak."

Ternganga Danish yang mendengar jawapan daripada Ryan. Merah mukanya menahan marah dan juga malu.

Kecik besar kecik besar je dia tengok Ryan. Rasa macam nak tembak je kepala tu sampai berlubang. Ada hati Ryan nak sindir dia.

"Kau jangan nak macam-macam dengan aku sebelum kepala kau tu aku lunyaikan."

Marah Danish sambil menundingkan jarinya kemuka Ryan. Manakala Taufiq di sebelah sudah terbahak-bahak mentertawakan Danish.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now