Angin bayu meniup lembut.
Langit biru perlahan lahan memudarkan warna.
dedaunan kering jatuh melayang layang akibat tiupan angin.
Suasana petang itu semakin sepi.
Ramai pengunjung sudah berganjak dari lokasi ketenangan.Burung burung di langit bebas berterbangan ke sana sini.
Riang dan meriah terbang sekawan.
Sungguh indah dan nyaman bumi ciptaan yang Maha Esa.Nun jauh di hujung sana, dua wanita sedang berbincang dari hati ke hati secara matang dan dewasa.
Keduanya terlihat sangat akrab namun terkadang tampak mimik muka yang sayu terpancar dari kedua wajah wanita itu.*******************************************
" What? Macam mana boleh jatuh ma? okay Hana balik sekarang. mama jangan bergerak sangat. Tunggu Hana sampai. " Hana Meddina segera meletakkan handphone.
kerisauan mula bersarang di dalam benak fikirannya. Sedang asyik berbicara handphone yang berada di dalam handbag berdering menandakan satu panggilan masuk.Tertera nama mama pada skrin handphone.
Setelah mendengar perkhabaran dari mamanya ,Puan Khadijah yang terjatuh di dalam bilik air,
Hana Meddina mulai diragut kebimbangan."Kenapa ni? kenapa dengan mama awak?" soal Nur Mawar Aini pantas sejurus selepas Hana Meddina meletakkan handphone nya.
"mama terjatuh dalam bilik air. licin katanya. sekarang dia tak boleh nak berjalan sangat sebab lutut dia rasa lemah. Saya kena balik sekarang. Awak nak ikut?"
Terang dan ajak Hana Meddina." La yeke.. Okay saya nak ikut. "
Tegas Nur Mawar Aini lalu bangkit dari tempat duduk dan mencapai handbagnya.Hana Meddina menggangguk perlahan. Lantas menarik jari jemari Nur Mawar Aini perlahan.
Mereka berjalan menuju ke kereta masing masing.Setelah sampai di kereta masing masing. Hana Meddina melepaskan tangannya. Sempat dihadiahkan satu ciuman pada dahi bidadari hatinya sebelum memasuki kereta.
Nur Mawar Aini tersenyum malu.
Perasaan sayang semakin menebal pada hatinya.
Semakin hari semakin sayang. semakin sayang dan semakin cinta.'cinta? Hmmmmm..
Biar waktu yang menentukan segalanya.' Detik hati Nur Mawar Aini.Cinta itu buta.
Buta nya cinta angkara manusia.
manusia sering buta dalam cinta.
mengapa cinta itu digelar buta?Cinta itu digelar buta kerana cinta itu tidak mengenal siapa? dimana? kapankah? atau mengapakah.
cinta itu suatu perasaan yang hadir di saat hati terasa ada getaran hebat.
Ada debaran kuat.
Seolah renjatan elektrik yang terkena pada kulit dan tubuh manusia.
Begitu lah hebatnya kuasa cinta.Namun, sudah pasti cinta sebegini dihalang keras dan tidak direstui.
Sudah pasti ia menjadi suatu kesalahan di mata masyarakat
Dan nyata tidak disukai para Nabi dan Pencipta kita.Sedari awal kita sedia maklum.
Cinta pada sesama jenis sudah pasti sering menjadi buah mulut masyarakat.
Ada yang mengutuk.
Ada yang mencaci.
Bahkan ada yang menghina semahu mahunya.
Tidak kurang juga yang handal mengeji.Siapa kita mahu menentukan dosa pahala manusia.
Sesempurna mana pun iman kita pasti ada godaan yang menghampiri.
Sebaik mana pun akhlak kita pasti kita goyah atau tewas pada emosi mahupun perasaan.
ya.
kita jauh dari sifat kesempurnaan.Tiada siapa meminta untuk diberi perasaan sebegini. Ia hadir tanpa dipinta.
Bukan sekadar suka suka.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Setiap hari ada ujian.
Setiap ujian pasti ada hikmah yang menanti.
Oleh itu, niatkan yang baik baik dan ucapkan yang baik baik.
meskipun kita banyak melakukan salah dan dosa,
Namun kita tetap pendosa yang ingin ke syurga.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomansaHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...