Bebola mata Yeoreum bergerak perlahan-lahan sebelum kelopak matanya terbuka. Pandangannya kabur kerana tidak memakai kacamata. Kemudian, dia ternampak kaki yang terjulur memakai seluar dan stokin. Kening Yeoreum berkerut.
Dia mengalihkan sedikit kepalanya dan ternampak wajah Jimin. Mata Yeoreum membulat. Maksudnya... Aku tengah baring atas riba dia ke sekarang? Kejap. Aku baring atas riba dia, atas katil aku?
Aduh... Sejak bila pula aku boleh tidur ni? Inilah akibat kalau menangis banyak sangat, kemudian kau penat dan terus tertidur.
Bibir dia ketap dengan rapat, terasa darah naik ke muka kerana segan. Dengan seperlahan yang mungkin dia cuba bangun. Namun, perbuatannya terbantut apabila ada suara menegurnya.
"Dah bangun?", soal Jimin dengan suara yang garau, matanya masih tertutup. Ah, tak guna. Dia dah bangun. Yeoreum terus bangun terduduk, tangannya meraba pipi. Nasib baik tiada airliur basi. Bahagian sekitar mata pula diraba.
Jimin membuka matanya dan mengalihkan bantal diatas riba. Yeoreum tiba-tiba terasa panas dan tersedar bahawa rambutnya tidak diikat. "Oh... Mana getah rambut aku?", gumam Yeoreum sambil matanya melata ke sekeliling.
Tiba-tiba, Jimin menayangkan lengannya dan getah rambut Yeoreum ada di lengannya. Yeoreum menarik getah rambut dari lengan Jimin lalu mengikat rambutnya dengan ala kadar.
"Kenapa kau buka ikatan rambut aku...", rungut Yeoreum. Sebenarnya, dia rasa rendah diri apabila rambutnya yang menggerbang tidak terurus itu dibiarkan tidak terikat.
Jimin memeluk tubuhnya. "Pelik juga cara kau ucap terima kasih dekat aku.", sindir Jimin. Yeoreum meneguk liurnya.
"Yalah... Thanks... Sebab tenangkan aku.", gumam Yeoreum. Tangannya mencapai kacamata yang terletak diatas meja. Barulah penglihatannya menjadi jelas semula.
"Dah pukul berapa?", Jimin melirik ke arah jam tangannya lalu menjawab,
"Nak dekat pukul duabelas malam.", Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Dia sudah tertidur hampir empat jam.
"Boleh ke aku tanya kenapa kau menangis tadi?", soalan itu membuatkan Yeoreum kaku di tempatnya.
"Aku stres je... Pasal kerja, universiti.", jawab Yeoreum dengan ringkas. Jimin hanya menganggukkan kepala tanda mengerti dan Yeoreum lega Jimin tidak bertanya dengan lebih lanjut.
"Dah lama aku tak tengok kau menangis teruk macam tu.", ujar Jimin membuatkan Yeoreum menoleh ke arahnya, "Kali terakhir aku tengok kau menangis teruk macam tu bila kau ambil lesen motor."
"Woi!", terus Yeoreum menampar lengan Jimin manakala Jimin sudah tertawa. Yeoreum dibawa ke zaman silam dimana dia mengambil kelas motosikal untuk mendapatkan lesen motosikal. Sudahlah tidak pernah membawa motosikal, memanglah terkial-kial untuk melepasi halangan yang ditetapkan.
"Kau ingat lagi benda tu? Dalam banyak-banyak benda yang kau boleh ingat...", rungut Yeoreum sendiri. Benda itu sudah lapan tahun lalu. Bila diingatkan semula dirinya ketika itu, agak memalukan sebenarnya. Menangis hanya kerana pembelajaran di kelas motosikal tidak berjalan dengan lancar.
"Serius aku ingat waktu tu. Kau menangis sebab stres dekat kelas motor."
Yeoreum menyandarkan diri di kepala katil, merenung dinding. Minda dibawa ke masa lalu. "Tapi bila fikirkan balik, aku memang selalu nangis pun. Senang sangat airmata keluar.", ujar Yeoreum sendiri.
"Tapi waktu pergi kelas motor tu, sumpah aku stres. Nasib dapat lesen motor."
"Sebab tu aku terkejut bila kau cakap kau ada lesen memandu."
YOU ARE READING
SELEBRITI. » park jimin
FanfictionApa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Namun, segalanya...