Hello ! My Baby Girl.
"Waalaikumsalam "
Laung En.Roslan dari dalam rumahnya untuk menjawab salam yang diberikan oleh En.Edward dan En.Fattah , dia mula melangkah keluar dari rumahnya dan menuju ke luar pagar . Terkejut dia bila melihat ramai orang yang berada diluar rumahnya.
"Siapa bagi salam bah ? Suara macam ramai je ? "
Soal Angah Ell . Tersenyum Ell bila melihat wajah tua ayahnya , sungguh dia merindui gurauan ayahnya dan adik beradiknya . Tanpa sedar setitik air matanya jatuh , sambil dia tersenyum pahit .
"Hey , what strong my baby girl . Don't cry ."
Tegur Xavier. Dipeluk kuat bahu isterinya dan dicium lembut dahi Ell bagi menaburkan semangat .
"Haha , sorry . Ternangis pulak , hikss .. hikss "
Balas Ell sambil mengesat perlahan air matanya , senyuman manis dilemparkan pada ayahnya dan abang keduanya apabila mereka keluar dari pagar. Walaupun dia tahu bahawa family nya tak kan mengenalinya lagi , tapi dia tetap akan usaha untuk miliki keluarganya kembali.
"Ehh ! Yuyun , Nora , Carol , Nat dan Syaza pun ada sekali ? . Ada apa ni datang tiba-tiba je , kejap . Ni Mikhael kan ? Papa angkat adik ? "
Tegur En.Roslan , jari terlunjuknya di ajukan dihadapan En.Edward . Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati sahaja , sebelum menyalam lembut tangan En.Roslan .
"Tujuan kami datang ni ada sebab sebenarnya dan kami semua harap kedatangan kami kalini tidak menyakiti hati mana-mana pihak En.Roslan. Ada satu kebenaran yang hendak kami semua bongkarkan. "
Terang En.Edward , berkerut dahi En.Roslan dan anaknya bila mendengar butir bicara yang dilontarkan oleh En.Edward. Satu kebenaran yang hendak dibangkitkan ? Apa semua ni ? .
"Haaa ?... takpe kita cerita dekat dalam je eaa , jemput masuk semua ."
Jemput En.Roslan , tanpa sebarang bantahan mereka semua terus melangkah memasuki perkarangan rumah En.Roslan. Masuk sahaja didalam rumah , kaki mereka terhenti apabila melihat keindahan dalam rumah En.Roslan . Diluaran nampak seperti rumah biasa-biasa , tetapi dalamannya cantik. Dekroasi yang menarik dan kemas.
Ell hanya tersenyum , rumah ni tak berubah apa-apa pun. Dari dia start pergi sampai sekarang , tetap sama , tiada beza. Dengan penuh kegembiraan dia melangkah ke sudut ruang tamu rumah En.Roslan , dipegang gambarnya yang dahulu dan gambar mereka sekeluarga.
Matanya menilau keadaan sekeliling rumah En.Roslan , dulu tidaklah banyak mana gambar dia didalam rumah En.Roslan. Tapi kalini berbeza , gambar lamanya berada di merata-rata tempat.
"Duduklah dulu , maaf kalau sempit . Rumah orang kampung kan , biasalah. "
Pelawa En.Roslan , matanya merenung tepat didalam mata Ell. Sebelum dia bersuara kembali.
"Anak ni siapa ? Tak pernah nampak pun sebelum ni ? Kawan Yuyun ke ? "
"Haah kawan Yuyun , Abah macam mana sihat ? Mana yang lain ? "
Ramah Yuyun , dia dan yang lain memang memanggil En.Roslan dengan gelaran abah dari bangku sekolah menengah lagi .
"Macam ni lah , sihat. Hmm biasalah lepas adik takde , nak tidur pun susah ."
"Hmm.....hmm... haaa abah kenalkan ni Carla Elliana Mikhayla Rose . "
Ditunjuknya ke arah Ell , Ell hanya tersenyum sambil menunduk .
"Panjangnya nama , nama pun berbelit . Anak Mikhael ke sebab nama dia ada perkataan Mikhayla. "
Tanya En.Roslan pada En.Edward , dengan kekok En.Edward hanya menganggukkan kepalanya. Seandainya En.Roslan tahu bahawa ini anaknya , pasti teruk dia kene .
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Misteri / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...