"Ya. Aku adalah salah seorang mangsa abang kau. Dia benci dengan aku sebab sangka yang aku bagitahu dengan pengetua yang dia merokok di belakang sekolah. Dia salah faham." Kata Hana.
"Masa tu , aku bodoh. Yelah siapa tak tahu abang kau itu memang pembuli dalam sekolah. Aku turut apa yang dia kata sebab , dia ugut aku. Dia kata kalau aku tak dengar cakap dia , dia akan apa apa kan kakak aku , Hani." Jelasnya lagi.
"Aku dengan keputusan aku yang bodoh tu buatkan aku jadi hamba abang kau Han Bin. Dia suruh aku buat itu , buat ini. Aku cuba sorok dari kakak aku , tapi dia lagi cekap."
"Dia tahu yang aku dibuli teruk di sekolah tu walaupun aku sebenarnya budak yang paling disiplin dalam sekolah. Satu hari , abang kau buat masalah dekat sekolah. Dia hampir rogol budak satu kelasnya. Nasib budak perempuan itu baik , malangnya dia berdendam dengan aku." Jelas Hana lagi.
"Dia tidak tahu yang sebenarnya kakak aku bagitahu dengan pengetua pasal itu. Dia nampak kejadian tu , terus dia pergi bilik guru dan bagitahu segala-galanya. Termasuk sekali pasal buli atas aku."
"Tindakan kakak aku itu membuatkan abang kau di buang dari sekolah. Ingat lagi kan kenapa aku cakap dia berdendam dengan aku ? Sebab dia ingat aku sekali lagi bagitahu pasal benda tu. Mesti kau pelik macam mana dia tahu pasal siapa yang cakap itu. Kawan abang kau nampak kakak aku keluar dari bilik pengetua sebelum dia menuju ke tempat abang kau. Dah nama pun kembar susah untuk dibezakan." Jelasnya.
"Dan terjadilah hari itu.."2 tahun yang lepas
"Hani , nanti kau teman aku ke mall tau ? Aku nak cari barang sikit." Tanya Hana yang masih memegang erat telefon yang baru saja di letakkan di telinganya.
"Ala aku malas lah. Kau ajak lah Hae Joon." Balas Hani.
"Please. Kali ini je. Lepas ni aku dah tak ajak kau lagi." Mohon Hana dalam telefon itu membuatkan Hani rasa kesian kepadanya.
"Ish yelah yelah ! Tapi , janji. Kali ini last kau ajak aku ? Faham ?" Jawab Hani.
Hana melompat gembira di tengah-tengah jalan yang penuh sesak orang.
"Aku tunggu kau dekat traffic light macam biasa. Okey ?" Jawab Hani.
"Baik boss." Hana terus saja meletak panggilan telefonnya selepas mengeluarkan kata-katanya.
Hani kini berdiri betul-betul di hadapan traffic light yang biasa dia menunggu Hana. Sekali sekala dia melirik jam yang sudah dipakai olehnya , mungkin Hana akan sampai sebentar lagi.
Hani kini memaling pandangannya ke hadapan dan terlihat Hana yang kini membawa diri itu di seberang jalan.
Hana ternampak Hani yang kini menunggunya di situ. Terus saja dia melambai ke arah kakaknya itu. Hani membalas lambaian itu sambil tersenyum melihat adiknya.
Mereka berdua kini berada di tempat yang berbeza. Masing-masing berada dalam jarak yang tidak jauh. Hani melihat bawah lampu merah sudahpun bernyala menandakan kereta harus berhenti. Dia juga perasan lampu untuk pengguna jalan kaki itu sudahpun berwarna hijau.
Dia melihat Hana yang kini berjalan ke arahnya sambil tersenyum lebar.
~~~~~~
"Kau patut mati Hana disebabkan kau , aku dibuang sekolah."kata Kang Se Joo.
~~~~~~
Namun , dia ternampak ada kereta dari bahagian kirinya laju menekan pedal minyak seperti sedang pecut.
"Hana ." Monolog hatinya Hani.
Terus saja dia berlari ke arah adiknya dan menolak Hana ke tepi jalan.
BAM !
Hana yang kini terbaring terus lekas bangun dari baringan tadi. Matanya melilau mencari kakaknya. Tiba-tiba dia melihat susuk tubuh yang sudahpun terbaring di jalan. Laju saja langkahnya ke arah sana dan Hana terduduk.
Dia mencapai kepala Hani dan diletak ke atas pehanya dengan perlahan.
"Ha-ni." Panggil Hana.
"Ha-na. Ma--maaf a-aku tak da-pat te--man k-kau har-i ni." Jawab Hani yang kini seperti nyawa-nyawa ikan.
"Hani. Tak aku boleh selamatkan kau. Tolong bertahan sampai ke hospital." Tangan Hana mula penuh dengan darah Hani yang keluar dari kepalanya.
"Ja-ga om--ma de-ngan ap--pa. Ha-e J-oon j-uga. Jaga do-rang baik , baik Hana." Jawab Hani. Mulutnya kini mengeluarkan muntah darah yang banyak sekali.
"Ak-aku sa-yang k-kau Ha--na" Hani kini cuba memegang pipi kanan Hana sambil tersenyum lemah.
Kini mata Hani terasa sangat berat tuntuk dibuka. Tidak sampai beberapa saat , tangan Hani terus jatuh setelah sudah memegang pipi adiknya dan matanya sudahpun tertutup rapat. Hana cuba menggegam tangan Hani dengan kuat , tapi tiada respon darinya.
"Tak. Hani , jangan tinggalkan aku. Tolong jangan tinggalkan aku." Air matanya mencurah-curah mengalir di kedua-dua pipinya.
Orang sekeliling mula menelefon polis serta ambulance untuk datang.
~~~~~~
"Maaf puan. Kami tak dapat selamatkan anak puan. Gegeran yang berlaku di kepalanya menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Kami sudah pun sahkan di sudah tiada sewaktu masih di tempat kejadian." Kata-kata doktor itu mula merebahkan jantung kedua ibu bapa Hana.
Hana masih berharap , Hani boleh di selamatkan. Hana kini di peluk erat oleh Hae Joon.
Kakaknya sudahpun mati. Orang yang lahir bersamanya sudah mati. Orang yang punya minat sama sudah mati. Orang yang sering melindunginya sudah pun tiada. Orang yang paling di sayang
Sudahpun tiada.
YOU ARE READING
You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]
RomanceBerceritakan tentang seorang gadis yang berjuang untuk menempuhi kehidupannya.. dan cuba untuk menjadikan angan-angannya menjadi kenyataan.. pelbagai masalah yang sering ditempuhi olehnya namun gadis itu mengambilnya sebagai ujian kepada dirinya.. s...