Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari ini merupakan majlis hari jadi Qairul dan adiknya Qarina yang berlangsung di Hotel 5 star.
Qairul dan ahli keluarganya sudah pun tiba dan bersiap-siap membuat persiapan di hotel. Banyak juga ibunya memesan makanan dari katering. Banyak tak banyak tu hampir 15 menu makanan yang ada.
Qarina dan ibunya sibuk berdandan di bilik hotel bernombor 101 yang ditempahnya. Jika bersiap di rumah memang lambat la namanya. Nak kena drive lagi pergi sini. Jalan jammed. Pergh!
Keluarganya telah menjemput kira-kira 200 orang tetamu ke majlis hari jadinya. Itu belum termasuk rakan-rakan uni Qairul dan Qarina. Memang padat laa kat situ.
Majlis yang berlangsung di dewan hotel tingkat 3 kelihatan cantik dideko. Siap ada nama banner 'Happy Birthday to Our Twins' lagi.. kau ada?
Qairul sedang duduk di dalam hotel biliknya sendirian. Biliknya daripada bilik Qarina agak jauh. Nombor biliknya 191. Nombor bilik adiknya 101. Memang jauh!
Ikutkan hati nak book kat bilik sebelah Qarina tetap entah mengapa waktu malam itu ramai pula yang bermalam di Hotel 5 Star.
Sedang dia sibuk bermain dengan jarinya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Dengan lemah dia mencapai telefon yang berada di atas katil.
Ditekan application WhatsApp nya. Ada mesej dari group Bossku! Tak lain dan tak bukan group geng-geng dia la. Daus, Ariff dan Emir. Entah apa lagi la yang tak kena.
Dibacanya mesej tersebut.
Weh gais gais! Aku tak de transport la pegi hotel. Cam mana ni??
AriffMana motor kesayangan kau tu?
EmirHaah. Mana?
FirdausKorang lupa ke? Motor my baby bushuk bushuk tu sakit. Masuk ICU. Faham faham la kenapa kan.
AriffTersenyum Qairul membaca mesej tersebut. Apa la kawan aku sorang ni!
Iya tak iya juga kan. Motor dia kan rosak. Terlanggar kereta. Sebab tu la kena hantar bengkel. Kritikal juga laa
Qairul baru sahaja teringat.
So, macam mana kau nak pergi sini? Kau jangan! Kau dah janji nak datang ae? Kalau tak de sangat transport tu aku amik kau kejap lagi.
QairulAriff ni orang penting. Kalau tak de dia... tak jalan la majlis ni. Kira macam YB la.. hahaha.
Dia menunggu geng-gengnya untuk balas.
Tak payah la Qai kau nak susah-susah pergi amik dia. Tak pe. Kejap lagi aku ngan Emir pergi amik dia kat umah.
FirdausHaah Qai. Tak apalah. Kejap lagi kita orang gerak. And then aku suro la Amieyra tumpang sekali. Tak dela dia pegi naik grab.
EmirBoleh je. Tapi pastikan si Mieyra tu cepat sikit. Tak yah nak make up lebih-lebih.
FirdausYela.
EmirBaek ah kalau cam tu. Aku tunggu korang tau. Cepat sikit. Malas aku nak tunggu lama-lama.
AriffYela, Riff.. kau ni kan memang. Tak reti sabo langsung!
EmirKalau macam tu on ae? Sume pegi ok? Aku tunggu korang kat lobby. Jangan lambat sangat tau. Aku malas nak jadi patung penyambut tetamu untuk korang lama-lama. Boleh naik lenguh kaki ni nanti.
QairulOn brader!
FirdausTelefon disimpan ke dalam poket seluarnya. Jam tangan yang berwarna hitan itu dikerling. Baru pukul 8.00. Awal lagi. Majlis start lepas waktu isyak. Boleh la dia baring-baring kejap.
Kepalanya terasa berat buat seketika.
Buzz...buzz..
Telefonnya berbunyi semula. Mesej baru masuk. Baru saja nak lek lek baring. Tak senang betul la! Apa lagi la budak-budak ni nak. Wajahnya diraup perlahan.
Telefon bimbit dicapai dalam poket.
Perlahan dia membuka telefon. Malas pulakk.
Ada mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Boleh kata private.
Qairul Hakiem. Kau buat apa tu? Aku dengar kau suka kat sorang pompuan ni.
Unknown numberQairul terdiam. Siapa pula la yang sibuk mesej dengannya itu, nak balas ke tak... hm. Balas la
Siapa ni. Aku kenal kau ke? Sorry aku tak kenal
QairulKau tak kenal aku. Tapi aku kenal kau. Aku tahu semua pasal kau. Siapa family kau. Siapa kawan kau. And yang paling penting pompuan yang kau suka tu!
Unknown numberKau sape hah! Kau jangan buat-buat kenal aku la!
QairulHari ni hari jadi kau kan? Aku akan ada kat situ. Kau tunggu ye!
Unknown number.Mana kau tahu ni? Kau cakap je la kau ni sape. Apa yang susah sangat?
QairulTiada lagi balasan daripada unknown number. Last seen. Cepat betul menghilang. Siapalah yang tiba-tiba sahaja menghantar mesej sebegitu kepadanya.
Bengang pula tetiba. Aishh. Kacau mood.
Kali ini telefon nya berdering menandakan ada seseorang sedang menelefonnya. Hari ni memang ramai anak chat ngan call dia. Entah la kenapa. Rasa macam famous sekejap. Ahahah
Tertera nama 'Salyna'. Panggilan telefon itu dijawab dengan sepantas kilas. Hatinya terasa berbunga-bunga. Mana tidak nya, bukan selalu dapat call dari Salyna ni.
Suaranya dibetulkan.
"Hello, Assalamualaikum." Qairul memulakan perbualan.
"Hy. Waalaikumsalam. Qairul, awak tengah busy prepare ke? Sorry ganggu."
Auch! Rasa nak gugur jantung dengar suara Salyna. Merdu nak mampus! Hahaha. Boleh gile.
"Tak busy pon. Nak prepare apanya? Semua catering yang buatkan. Ada apa call ni?" Ujar Qairul.
*
*
*
*
Bila la nak part kahwin ni ae? Hahah.. tak sampai-sampai. So, readers ku, sila tunggukan bab kahwin tu ye.Mesti readers tak sabar kan?? Sye pon sme!!
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...