Random Teaser

246 4 0
                                    

The colder teaser

"Why did you call me, Zara?"

Sekali lagi soalan yang sama dilontar oleh Zarul. Tidak berpuas hati soalannya tergantung sepi tidak berbalas. Dia memandang sekilas wajah cantik Zara yang mendung itu. Tampak amat sugul dan sedih secara tiba-tiba. Kenapa? Zarul semakin pelik dengan reaksi gadis ayu itu.

"Zara..?" Zarul cuba untuk menagih jawapan daripada Zara.
Zara menghembus nafas lemah dan memusingkan wajah untuk menatap muka Zarul buat seketika. Dia cuba memaniskan wajah dan menceriakan diri. Cuba menutup segaris kekecewaan yang menghambat sekeping hatinya itu.

"Saya mintak maaf saya call awak tadi, Zarul. Saya tahu saya tak sepatutnya telefon awak... tapi saya..."

Zara bersuara lemah. Sekali lagi cuba membenteng hatinya yang sudah remuk kecewa itu. Dia tenggelam dalam kekecewaan. Dia tidak faham dengan perasaan sendiri. Setiap kali dia berdepan dengan Zarul, dia meletakkan seribu satu harapan untuk membina impiannya yang tidak kesampaian bersama arwah Ammar. Setiap kali dia menatap raut wajah Zarul, dia tenggelam dalam harapan yang tiada penghujung. Dia mencari sesuatu di dalam diri Zarul. Persamaan antara Zarul dan kekasih hatinya. Oh Tuhan, apa yang Zara sedang buat sekarang? Mereka berdua insan berbeza!

"Jadi kenapa awak telefon saya, Zara. Awak ada sesuatu nak beritahu saya?" Zarul masih melontar soalan yang sama. Dia tidak faham kemelut jiwa Zara. Dia tiada masa untuk meneka isi hati gadis itu. Dia lebih suka berterus terang.

"Saya tak tahu... Saya tak tahu kenapa saya telefon awak dalam keadaan panik tadi. Saya tak tahu..." Jelas Zara semakin kalut tidak dapat memberi jawapan yang ditagih Zarul. Wajahnya semakin mendung, kelam dibalut kesedihan.

Zarul mengeluh kasar.

"Fine! Then tell me kenapa you tak tahu pasal dua orang bodyguard you tu?" Kasar suara Zarul bertanya. Dia semakin sakit kepala terpaksa terlibat di dalam hidup Zara.

"I memang tak tahu pasal bodyguards tu. I am so sorry once again if I banyak menyusahkan you. I have no intention to kacau you or what not.." Zara cuba membela diri. Dia semakin cuak dengan pelbagai soalan yang keluar dari mulut Zarul. Sepertinya tindakannya itu sangat tidak dialu-alukan oleh Zarul. Menyesal pula meminta pertolongan Mr. Stone Cold ni! Langsung tak ada perasaan kasihan ke?

"Do you have any problems with your dad?" Terlopong Zara mendengar soalan Zarul itu. Terlalu peribadi untuk dikongsi bersama lelaki yang tidak ikhlas datang menolongnya itu. Huh! Sakit hati Zara dikerjakan Zarul!

"I've no problem with my papa!" Pendek saja jawapan Zara. Semakin tidak betah berbual dengan Zarul. Perjalanan dirasakan terlalu lama.

"Kenapa papa you tak beritahu you about your two bodyguards?" Pemuda itu masih ingin mengasak mencari kepastian.

"Zarul, I dont know why papa tak beritahu I pasal J dan Lan. I need to ask him about this too. I cant contact him, that's why I called you."

Sedikit tegas suara Zara memberi penjelasan. Dadanya sudah membuak sakit hati disoal siasat oleh Zarul. Macamlah dia buat salah besar sangat telefon Mr Stranger tadi. Rasa menyesal sangat kerana telefon Zarul. Cara Zarul tanya soalan mengalahkan polis soal siasat banduan!. Selagi tak dijawab soalannya, selagi itulah dia bertanya soalan yang sama. Huh!

Zarul hanya mengangguk beberapa kali. Hish! Panas hati Zara memerhati riak selamba Zarul itu.

"Papa awak tahu siapa yang selamatkan awak tempoh hari?"

Serius Zarul ingin tahu kisah sebenar dari mulut Zara sendiri. Dia tidak gemar meneka apa yang terjadi di belakangnya. Kenapa Hakim nampak sedikit curiga akan dirinya? Dia ingin mengumpul bukti dan mencerakin tindakan Hakim agar dia lebih bersedia berdepan dengan lelaki separuh abad itu.

"Of course I beritahu papa about you Zarul. You're my saviour. You yang selamatkan I. I'm really grateful for your help."

Sedikit bersemangat Zara menuturkan rasa terhutang budinya terhadap pertolongan Zarul. Kalau tiada Zarul ketika cubaan culik itu, dia sendiri tidak tahu apakah perkara buruk yang menimpa dirinya.
Diam. Zarul tidak memberi reaksi.

"Zarul, I memang terhutang budi dengan you. Terima kasih banyak-banyak." Setulus hati Zara melahirkan rasa syukur dan gembira di hatinya.

"It's okay, Zara. No worries." Sungguh Zarul kekok berdepan dengan ucapan terima kasih Zara itu. Tapi dia perlu menyuarakan keputusan yang diambilnya selepas pertemuan empat mata dengan Hakim. Dia menarik nafas dalam.

"Just tell me what do you want me to do, Zarul. I sanggup buat apa saja sebagai tanda terima kasih I atas pertolongan you. I really mean it." Mendengar setiap patah bicara Zara membuatkan juring bibir Zarul terjungkit ke atas. Herot sedikit.

"Then, don't contact me again, Zara!" Dingin, sedingin salju suara Zarul melakar garisan pemisah antara urusan peribadi dan urusan kerja. Semua itu tidak boleh bercampur aduk. Tidak kena dengan prinsip hidupnya.

Bulat mata Zara terkejut besar mendengar permintaan Zarul itu. Apa maksud Zarul? Terkebil-kebil matanya menatap wajah Zarul yang beku tiada riak itu. Kenapa Zarul meminta Zara tidak menghubunginya lagi?

Berminat? Komen NAK atau wasap 0192887829

Setiap pembelian semasa tempoh preorder- akan dapat Free Fridge Magnet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap pembelian semasa tempoh preorder- akan dapat Free Fridge Magnet

Setiap pembelian semasa tempoh preorder- akan dapat Free Fridge Magnet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So, Klu nak tahu kesudahan novella ni, boleh pm sis laju2 ya😉

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now