Bab 1

28 0 0
                                    

Kringggg!!!!

Bunyi jam loceng yang kuat itu telah mengejutkan Shahila dari tidur lenanya. Dia menggeliat malas sebelum menutup jam kecilnya itu. Jam menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Hari masih gelap tapi Alhamdulillah hujan malam tadi dah berhenti. Shahila turun dari katil lalu membuat sedikit senaman ringan.

Shahila terus mengambil tuala kecil yang telah siap sedia tersangkut lalu menuju ke bilik mandi. Paip air pancutan dipulas. Percikan air pancutan mengenai tubih Shahila. Segar rasanya!

Bathrobe yang tergantung ditepi tab mandi diambil lalu disarungkan ke badan. Tuala kecil yang dibawanya tadi dililitkan dikepala.

Sejadah dihamparkan mengikut arah kiblat. Shahila melihat jam di dinding. Sudah hampir jam 6:30 pagi. Alamak! Dia sudah terlewat untuk solat Subuh. Ini mesti kerana dia membersihkan diri terlalu lama.

Lantas tangannya menyarung telekung ke badan dan menunaikan kewajipan yang tertangguh sebentar tadi. Di rakaat yang terakhir, Shahila bersujud lebih lama. Dia memohon keizinan Allah S.W.T agar dipermudahkan segala urusannya di dunia dan di akhirat.

Usai solat, Shahila menapak ke meja solek. Mukanya disolek dengan solekan yang nipis sahaja kerana dia tidak suka makeup tebal. Pengering rambut disisi dihidupkan suisnya.

Shahila bernyanyi kecil sambil mengeringkan rambutnya itu. Kemudian perapi rambut di ambil dan dipicitkan sedikit di telapak tangan lalu diperatakan keseluruh rambutnya yang ikal mayang dan jelas kelihatan keperang-perangan itu. Rambutnya diikat toncang satu dan reben berwarna peach dililit pada getah rambut tersebut.

Dress labuh yang berwarna peach itu diambil lalu disarungkan ke badan. Jubah labuh ini hasil rekaan dan jahitan tangannya sendiri. Berkat dari usahanya menimba ilmu dengan Puan Shasha iaitu mummy Shahila.

Shahila menilik dirinya dihadapan cermin besar. 'Perfect!' Bibirnya mengukir senyuman. Dia bergerak ke arah meja kerja dan mencapai beg yang selalu dibawanya ke kampus.

Jam tepat pukul 7:30. Kuliahnya hari ini bermula jam 8:15 pagi. 'Kelas Madam Mushia hari ni. Kalau lewat mampos aku.' Gumam Shahila perlahan.

Setelah memastikan semuanya beres, Shahila menapak keluar dari bilik dan menuruni setiap anak tangga dengan berhati-hati.

"Morning mummy!"
Shahila mengucup pipi Datin Shasha yang sedang bersarapan.

"Morning darling" jawab mummynya itu.

"Morning daddy!" Giliran pipi Datuk Firman pula yang dikucup.

"Morning dear" jawab daddynya yang sedang membaca surat khabar. Shahila mengambil tempat duduk berhadapan dengan mummynya. Kelihatan Mak Siti dari dapur keluar ke ruang makan.

"Selamat pagi Cik Shela."
Ucap Mak Siti iaitu pembantu rumah yang ditugaskan untuk memasak setelah lama berkhidmat dirumah mewah ini.

"Selamat pagi jugak Mak Siti"
Shahila memberikan senyuman manis kepada pembantu rumahnya itu.

Mak Siti menuangkan susu suam ke dalam gelas Shahila. Masak benar dah dia dengan pemakanan yang dimakan oleh Shahila. Budak tu amat jaga tentang pemakanan. Pernah sekali sewaktu Shahila berusia 12 tahun, dia membawa Shahila ke majlis kenduri kahwin anak saudaranya. Matanya tidak lekang dari memerhati anak gadis majikannya itu.

Disitulah baru dia perasan Shahila hanya makan sayur goreng campur, buah-buahan dan pemanis mulut seperti puding atau sebagainya. Dan minuman pula Shahila tidak minum air berperisa malahan dia minum air mineral yang disuruhnya bawa dari rumah.

Shahila menghabiskan sarapannya. Mulut dan tangannya dilapkan pada kain yang disediakan. Shahila mengerling ke arah jam yang berada di tangan. Sudah pukul 7:45 lagi 30 minit kuliah akan start.

Pengganti HatiWhere stories live. Discover now