┏━━━━━༻❁༺━━━━━━┓
𝖕𝖊𝖗𝖋𝖊𝖈𝖙 𝖕𝖊𝖔𝖕𝖑𝖊 𝖉𝖔𝖊𝖘𝖓'𝖙 𝖊𝖝𝖎𝖘𝖙 ,
𝖎𝖋 𝖞𝖔𝖚 𝖕𝖗𝖊𝖙𝖊𝖓𝖉 𝖙𝖔 𝖇𝖊 𝖔𝖓𝖊, 𝖜𝖔𝖗𝖑𝖉
𝖜𝖎𝖑𝖑 𝖇𝖗𝖊𝖆𝖐 𝖞𝖔𝖚
┗━━━━━༻❁༺━━━━━━┛Zack Elvis berjalan penuh gaya dengan kedua belah tangan yang diletakkan didalam poket seluarnya . Menuruni anak tangga yang dihiasi karpet merah sepanjang jambatan Westminster itu .
The House of Caldonia milik Zack Elvis sudah mula dipenuhi oleh kehadiran tetamu dikalangan seluruh rakyat Noberland .
Majlis tari menari yang sememangnya diadakan sebulan sekali itu mula dipenuhi oleh sahabat handai dan ahli politik korupsi dan hipokrasi .
Dari balkoni atas anak mata coklat russiannya setia menjadi pemerhati para tetamu . Gelas snifter ditangan digoyangkan kiri dan kanan .
Putung rokok black treasurer dihirup dengan mata yang mengecil . Sebelum dihembus kan bebas ke udara
"Alex Olmego .."
Dia membisikkan nama itu perlahan . Segaris senyuman terbit dibibirnya saat melihat kelibat seorang lelaki yang ditunggu-tunggu untuk menjadi mangsanya malam ini
Rokok ditangan dibuang ke lantai sebelum kasut bertapak keras yang dipakainya memijak dan mematikan kesan api yang masih bersisa
Baru sahaja dia ingin menapak selangkah dari ruangan itu . Bunyi siren yang kuat membuatkan suasana jadi huru-hara dengan sekelip mata .
Dia mengetap rahang . Niatnya untuk menemui Alex Olmego terbantut . Bagaimana polis boleh masuk ke rumah agamnya . The house of Caldonia terkenal dengan tempat bersecurity tinggi .
Sebelum ini pihak berkuasa juga gentar untuk bertugas di sini . Siapa dalang disebalik semua ini ? dia harus mencari tahu
Namun apa yang harus dia lakukan saat ini adalah menamatkan riwayat Alex Olmego terlebih dahulu ! Seorang politikus yang menjadi saingan dalam dunia business nya
Alex Olmego menyimpan data peribadi tahunan syarikat Zack
Misinya untuk membunuh Alex Olmego tidak mungkin dibiarkan tergendala. Mini lavalier di kolar baju segera diletakkan dibibirnya.
"Plan B !"
Sepatah kata-kata dikeluarkan membuatkan suasana di tempat itu menjadi gelap gelita . Riuh rendah dengan suara tetamu yang menghadiri majlis itu
Zack Elvis segera berjalan laju ke balik dinding sebelum menghilangkan diri. Dia menuju ke basement bawah untuk ke bilik rahsianya.
Tangannya laju membuka butang baju dan kacip di pergelangan tangan sebelum menerombos masuk kedalam bilik rahsianya . Tidak pun sampai lima minit . Pakaiannya sudah bertukar . Dari kot formal kepada bersuit hitam lengkap .
YOU ARE READING
Man Behind The Masquerade
RomanceZack Elvis seorang lelaki kacak hibrid itali . Di usia 28 tahun dia memiliki segala kemewahan dan kekayaan hingga namanya diwarta kan di carta pertama dalam majalah forbes noberland . Dari luaran dia kelihatan seperti seorang lelaki berkelas tinggi...