Random Teaser

304 1 0
                                    


"Tan Sri, bunga mawar ni untuk Tan Sri." Hakim tersenyum nipis mendengar bicara J itu. Dia meletakkan pen di atas kertas kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada J yang sudah berdiri di depan meja kerjanya itu.

"Haha. Siapalah pulak ringan tangan nak hantar bunga untuk aku ni? Serius untuk aku? Bukan untuk Zara?" Dia tergelak kecil sambil menggeleng sedikit kurang percaya. Sudah tua-tua macam ni, takkanlah dia akan dapat hadiah bunga lagi? Hehe. Geli hati.

"Ya, Tan Sri. Dan Tan Sri patut tengok siapa yang kasi bunga ni. It's very bad, Tan Sri!" J meletakkan jambangan bunga itu di atas meja kerja Hakim dan menghulurkan kad kecil kepada Hakim dengan muka yang agak risau dan bimbang.
"Ha. Apa maksud kau?" Terlongo Hakim sedikit kurang senang dengan nada suara J yang kelihatan agak gusar itu.
Kad bertukar tangan dan tangan kasarnya membuka kad kecil yang dihulur J dengan penuh tanda tanya.

'Congratulations! Your daughter come back safe and sound in one piece! Tapi kalau mahu anak kau selamat, jangan jodohkan dia dengan anak Datuk Zaki.'

Tulisan kecil berisi amaran keras itu dibaca berulang kali dengan penuh keresahan di dada. Matanya kembali ditala ke muka pengawal peribadinya.

"Hunt down siapa yang hantar bunga dan ugutan bodoh ni! Cari sampai ke lubang cacing!!" Tinggi nada suara Hakim memberi arahan sambil menahan pusaran amarah yang mengamuk hebat di dalam dirinya itu. Siapa punya angkara yang membuat onar di dalam hidupnya?

Ini bukan kali pertama amaran sebegitu rupa ditujukan khas kepadanya. Siapa yang bencikan penyatuan Zara dan Zarul sehingga sanggup menculik dan mencederakan mereka berdua? Siapakah yang tidak sukakan Zarul? Siapakah yang berdendam? Perlukah Hakim menurut kehendak si penculik atau sesiapa jua yang mempunyai hasad dengki terhadap Zara dan Zarul?

Dia tidak faham, kenapa rancangannya untuk menyatukan pasangan itu perlu menempuh banyak halangan? Ini bukan perkara biasa! Kebiasaannya, tipikal kisah melayu, ibu bapa memaksa anak gadis berkahwin dan mereka akhirnya bersetuju dan berkahwin juga akhirnya. Tapi kenapa begitu sukar untuk berbuat perkara yang sama untuk puteri tunggalnya itu? Kenapa terlalu banyak rintangan?

Dia menghembuskan keluhan berat. Tangannya meraup kasar mukanya sambil dia menutup mata rapat. Ditarik nafas dalam cuba menenangkan diri. Terasa cukup susah menjalankan tugas sebagai bapa tanpa isteri di sisi. Dia perlukan seseorang untuk memberi kekuatan. Rasanya baru dua tiga hari dia dapat tidur lena apabila Zara kembali pulang ke pangkuan dirinya. Sangkanya episod hitam itu akan berakhir setakat itu saja. Sangkanya ugutan pertama itu hanya sekadar untuk menakutkan dirinya saja.
Sangkanya si penjenayah hanya inginkan duit semata-mata.

Namun, ugutan kedua yang kembali menggugah ketenangannya itu tidak mungkin dia abaikan begitu saja.
Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku di sebalik semua perkara yang terjadi. Siapa yang menjadi dalang? Siapa yang berdendam? Apakah motif mereka? Dari mana dia perlu bermula? Musuhnya yang mana satu? Mungkin juga musuh si Zarul ataupun ada sesiapa yang dengki dan cemburukan anak gadisnya.

Berminat, wasap 019-2887829
Preorder sehingga 15 March 2019

Berminat, wasap 019-2887829Preorder sehingga 15 March 2019

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now