Kringgg!!!!!!!!!
Bunyi loceng yang membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengar membuatkan Siti Fatimah lantas terjaga daripada tidur yang lena sambil ditemani mimpi yang tidak seberapa indah.
"Argghh!! terkejut aku.."omel siti fatimah.Sambil menggosok mata dengan tangan dia mengambil telefon bimbit miliknya yang berjenama samsung untuk melihat jam yang tertera "Hmm baru pukul 7 pagi hari ni cuti"sambil berkata-kata dia bangun mengambil tuala milik nya yang berwarna hijau dengan corak teddy bear lalu menuju ke bilik mandi dengan langkah yang terrrsangatlah perlahan .🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
"Hai Kak Ema!!!" suara ceria milik adik bongsunya Umairah menyapa gegendang telinga milik Edriana yang baru sahaja turun dari tangga ."Comelnya adik akak hari ni..Ni pakai baju cantik-cantik ni nak pergi mana??"hairan melihat adiknya yang mengenakan gaun berwarna pink cerah separas lutut sambil rambutnya yang ditocang dua..comel sangat.!!
"Mama nak bawa adik pergi jalan-jalan cari makan"jawabnya selamba sambil mengunyah roti sandwich yang dibuat oleh mama mereka.
"Cari makan aje ke???cari cewek tak nak??kalau Mairah tak nak cari untuk akak tau"kata edriana lalu menggigit separuh daripada sandwich milik umairah .
"Apa lah akak ni..makan sandwich adik pula kalau nak tu ada dekat dapur tu banyak"dengan wajah cemberutnya dia berkata.
"Adik akak ni kedekut lah ..Taknak kawan"ujarnya sambil menghentakkan kaki kononnya merajuk ..HAHAHA hodoh nya tak sesuai langsung kalau umairah mungkin bolehlah sebab cute...
"Adik pun taknak kawan dekat akak sebab akak busuk"omelnya lalu meninggalkan edriana yang terpinga-pinga seorang diri di ruang tamu rumah mereka".
"Ek eleh budak ni aku hempung kang kata aku busuk pulak..Aku dah mandilah!!wangi tau"kata siti fatimah dengan suara yang tak puas hati..hanya mampu berkata tak berani pun nak hempuk umairah .Silap hari bulan dia yang kena pelangkung mama dan papa diaa...
"Ish taknak lah aku"sambil menggeleng-geleng dia berkata yang sedang memikirkan dirinya yang kena pelangkung mama dan papa dia ...huhuhu taknak !!! Jerit hatinya.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Seorang jejaka yang sedang melangkah kedalam kawasan lapangan terbang sambil menarik sebuah bagasi yang sangat besar diperhatikan oleh beberapa mata-mata di sekelilingnya dengan pandangan yang kagum dengan makhluk tuhan dalam pandangan mereka.Mana taknya wajah yang putih bersih , badan yang sado serta tinggi lampai , rambut yang berwarna coklat pekat dengan cermin mata hitam yang elok terletak di muka...Jejaka itu tersenyum sinis apabila mendengar sayup-sayup suara yang memuji kekacakan miliknya dan dia sudah biasa dengan keadaan yang seperti ini.
Tanpa disangkanya...seorang wanita yang entah datang dari mana melanggar badannya sehingga jatuh terlentang dia dibuatnya...
"Adoiii!!"
Membulat matanya apabila terpandang kan baju kemeja putih bersih miliknya yang sudah dicemari minuman milik wanita itu....
Wanita itu juga membulat matanya sambil terlopong melihat makhluk di hadapannya yang.......
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Belum sempat Siti Fatimah melangkah keluar nama nya dipanggil oleh mamanya yang sedang tergesa-gesa menuju ke arah nya.
YOU ARE READING
Kawin Paksa Tapi Suka
RandomAkibat perlanggaran yang berlaku dan telah mencetuskan pergaduhan diantara Siti Fatimah Adriana dan Danish Alfred daripada suka terus kepada benci gara-gara Danish Alfred yang dirasakannya teramatlah kerek,angkuh dan biadap... "Encik minta maaf...