Bab 3

321 10 2
                                    

AMNI mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh mereka tadi. Beg plastik hitam menjadi peneman. Oh! Tak lupa, Ayu dan Rafi juga turut menolong.

Hemm.. baguslah sangat! Kerja aku pula nak kena kutip sisa-sisa tinggalan dia orang. Alahai, nasib!

"Bye!" Kata mereka berdua di luar pintu rumah setelah semuanya selesai. "See you tomorrow, birthday girl." Kata Ayu.

Mereka berdua dah kena balik sebab dah lewat. Bising pula parent dia orang nanti. Memalam buta baru nak balik!

"Ya, thank you." Amni tersenyum lalu menutup pintu tersebut. Ada satu lagi kerja yang belum selesai. Basuh pinggan!

Sambil membasuh, aku melihat-lihat ke luar tingkap dapur. Saja nak tengok kalau-kalau ada sesuatu yang menarik. Ya, tak ada apa yang menarik. Hemm..

Tak lama selepas itu, aku tersedar ada seekor rama-rama hinggap di cermin tingkap. Rama-rama tadi!

Perlahan-lahan aku membuka cermin tingkap itu. Entah kenapa rama-rama itu tidak terbang pula bila aku menyentuhnya.

Rama-rama itu berada di telapak tangannya. Amni perhati sahaja sayapnya yang berdebu emas itu. Cahaya terang dari rama-rama itu terbias ke wajah. Wah!! Dah rasa macam dalam cerita fairytale Disney dah. Biar betul ni?

Aku pun apa lagi, bergegas naik ke biliklah dengan beberapa lebihan makanan parti tadi. Dan rama-rama cantik tu juga. Kemudian aku mengisi rama-rama tadi ke dalam balang kaca.

Asyik sungguh dia melihat rama-rama itu sambil mulutnya mengunyah makanan. "Aku tak pernah tengok spesies rama-rama macam ni. Kat tv pernahlah.. Tapi betul ke ni? Ke aku tengah bermimpi?" Bebelnya sendirian.

"Bagusnyalah kalau aku ni menarik macam kau, kan? Tertarik, menarik.. Hemm.. Siapalah aku ni.. aku wujud tapi halimunan di mata mereka."

"Orang tak nampak aku. Aku halimunan!"

"Huh.. Tidur jelah Amni, tak payah kau nak membebel dekat rama-rama tu, bukan dia dengar pun. Apa yang dia boleh buat, tak ada apa." Bebelnya lagi.

Dah puas membebel, aku menarik selimut lalu melelapkan mata yang sudah letih. Nyenyak dia tidur. Tidak lama selepas itu, jam loceng di tepi katil berbunyi nyaring.

Amni tersentak dari tidur. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Segera dia mematikan penggera loceng tersebut.

"Wargh!!" Amni menggeliat bebas. Terasa malas nak bangun jadi dia duduk di atas katil sambil terkebil-kebil mata memandang ke satu sudut.

Terlihat balang kaca yang kosong. Eh! Mana perginya rama-rama tu? Lantas aku mengambil botol tersebut lalu membukanya.

"Alah.. Macam mana dia keluar?" Amni mengeluh. Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping-keping.. eh, tiba-tiba!

Sebenarnya rama-rama tu tak hilang pun, ada je. Tapi ia tidak kelihatan, halimunan.

Jadi tanpa berlengah aku terus ke bilik air. Tak tahulah kenapa aku rasa pelik sikit hari ni. Dalam keadaan yang mamai, aku mengambil berus gigi di sinki menghadap cermin.

"Arghh!!" Amni terkejut sehingga dia terjatuh di atas lantai. Bedebuk, bunyinya. Macam nangka busuk!

Tidak lama selepas itu terdengar jeritan Auni di luar bilik. "Woihh.. Kau okey?"

Teragak-agak aku nak menjawab. "Ahh..ya!" Kedengaran seperti Auni sudah beredar dari pintu itu.

Mungkin khayalan aku je tadi lalu aku bangun mengadap cermin. Ternyata ia bukan khayalan, ia betul-betul! Aku tak nampak pantulan diri aku dekat cermin tu! My God!!

Oh tidak! Apa dah jadi dengan diri aku? Amni melihat dirinya, langsung tak nampak apa-apa! Ah, sudah.. Dah kenapa ni wehh..

Lantas dia berlari keluar dari bilik air dengan tergesa-gesa. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Sekali lagi dia melihat dirinya di cermin, tetapi tiada pantulan yang terhasil.

"Amni!" Auni memanggilnya di luar pintu bilik sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.

"Tak! Tak! Jangan masuk!" Teriak Amni setelah terdengar bunyi tombol pintu dipulas.

Auni masuk ke dalam bilik. Dia memerhati sekitar bilik yang agak bersepah itu. Apahal? Dah macam tongkang pecah dah gayanya..

Amni hanya perhati sahaja Auni masuk ke dalam biliknya. Nampaknya dia memang tak nampak akulah.

"Amni?" Katanya lagi sambil memandang sekeliling. "Kau.. Dah siap ke? Keluarlah cepat."

Oh my God! Apa aku nak jawab ni? Kalau aku cakap yang aku dah jadi halimunan mesti dia gelakkan aku dan tak percaya apa yang aku cakap. "Umm.. Aku ada kat sini."

Auni mengerut dahi. "Jangan main-mainlah. Mana kau?"

"Aku ada kat depan kau."

Auni ketawa. "Haha.. Jangan nak perli akulah."

"Aku cakap betul-betul! Aku ada kat depan kau!" Jawab Amni. Dengan segera dia menarik rambut Auni untuk membuktikan yang dia ada dekat situ.

"Makkkk!! Hantuuu!!" Auni menjerit ingin keluar dari bilik itu. Dengan segera Amni menutup dan mengunci pintu bilik tersebut.

Auni kelihatan takut-takut. "Tolong jangan apa-apakan aku." Dia merengek sambil memandang sekeliling.

"Syyy.." Amni bersuara. "Ini akulah. Aku takkan apa-apakan kau."

"Serious tu kau, bukan hantu?"

"Ya. Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba boleh jadi halimunan macam ni." Katanya. "Tolong aku, please.."

Auni memandang secara rawak. "Er.. Kau nak aku tolong apa?"

"Muka aku dengan kau tak jauh beza. Aku nak kau menyamar jadi aku, tak lama. Sampai petang je."

"What?" Auni tidak puas hati.

"Aku serious. Tolonglah, kali ni je. Hari ni hari penting aku." Amni merayu. Banyak perkara yang dia perlu lakukan memandangkan hari ni hari terbuka sekolah, jadi pelajar-pelajar bebas melakukan aktiviti seperti yang dijadualkan.

Aktiviti aku hari ni, projek seni, aktiviti kelab kaunseling dan motivasi dan perlawanan penentuan antara bola sepak perempuan. Huh! Sebelah malam pula, ada projek sains di dewan sekolah. Semua pelajar akan berkumpul untuk menyaksikannya.

"Okey. Tapi boleh tak kau beritahu aku, kau ada dekat mana sekarang ni?"

"Kat belakang kau." Auni memusingkan badannya. Kemudian Amni menarik pergelangan tangannya menuju ke meja solek. Dia mengambil bedak lalu menyapu di muka. Maka terhasillah bentuk mukanya hasil dari bedak tersebut.

"Oh my God! Kau nampak menyeramkan." Kata Auni. "Aku rasa aku boleh tolong kau. Kali ni je tau!"

"Okey, jangan beritahu siapa-siapa tentang perkara ni. Aku akan cari jalan macam mana nak selesaikan masalah ni."

Aku Halimunan [C]Where stories live. Discover now