Al-Imam Badruddin Ibnu Jamaah rahimahullah telah menukilkan ucapan sebahagian ulama Salaf :
من أعظم البلية تشييخ الصحيفة
Maksudnya : [[ Di antara sebesar-besar bala' ialah menjadikan kitab sebagai gurunya]]
Beliau juga mengatakan bahawa para ulama Salaf menyebutkan :
من كان شيخه كتابه فخطؤه أكثر من صوابه
Maksudnya : [[ Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya , maka kesalahannya akan lebih banyak daripada benarnya ]]
Disebut oleh para ulama :
كان العلم في صدور الرجال ، ثم انتقل إلى الكتب ، و مفاتحه بأيدي الرجال
Maksudnya : [[ Adalah Ilmu itu berada di dalam dadanya para Rijal ( Tokoh-tokoh Ulama ) , kemudian ianya berpindah ke dalam kitab-kitab, maka kunci-kuncinya kembali berada pada tangannya Rijal ]].
Kesimpulannya : Kata Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir Al-Azhari : [[ Belajar biar berguru, bila berguru kita diajar. Jika tidak berguru, maka nanti kurang ajarnya]]
Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir Al-Azhari