Murid-murid yang berada di dalam kelas 5 Arshad itu mula diam saat Ustaz muda sekolah itu melangkah masuk ke dalam kelas
Ustaz itu kelihatan sungguh segak dan bergaya dengan kurta berwarna merah hati dan berseluar slack hitam dengan rambut yang digaya kemas serta digelkan agar kelihatan kemas
Ketua kelas mula menjalankan tugas menyambut guru mereka dengan memberi salam dan kemudian mereka mula membaca doa supaya pelajaran yang diajar guru mereka mudah diterima
"Dah hafal nama tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rashidin yang saya suruh kamu semua hafal semalam?" Tanya Ustaz Faziel
Semua pelajar diam dan ada yang berbisik sesama sendiri
"Kamu semua sedar tak 3 minggu lagi trial dah nak dekat?" Tegur Ustaz Faziel dalam lembut namun tegas
Dia cuba untuk menyedarkan pelajarnya bahawa mereka makin hampir dengan ujian dunia mereka
"Siapa yang dah hafal keluar ke depan kelas dan tolong bacakan untuk kawan-kawan korang ni yang degil yang masih nak main-main lagi ni" arah Ustaz Faziel
Beberapa orang pelajar mula keluar ke hadapan kelas dan mula menyebut nama-nama tokoh berikut
Selesai kelas selama sejam setengah itu Ustaz Faziel melangkah keluar daripada kelas 5 Arshad menuju ke bilik guru
"Faziel , penolong kanan nak jumpa kau" panggil guru yang duduk disebelah meja Ustaz Faziel
"Bila dia datang?" Tanya Ustaz Faziel
"Tadi waktu kau ada kelas , dia pesan suruh aku bagitahu kau dia nak jumpa kau dekat bilik dia" terang guru itu
Ustaz Faziel bangun dan masuk ke bilik penolong kanan sekolah itu yang berada di belakang bilik guru sahaja
Setelah pintu diketuk dan disahut oleh penolong kanan Ustaz Faziel masuk dalam bilik itu
"Ustaz Faziel sila duduk ,saya nak tanya pasal persediaan trial kelas 5 Arshad" kata penolong kanan sekolah itu yang dikenali sebagai Encik Adam
"Oh pasal itu Encik Adam tak perlu risau separuh daripada kelas saya tengok tadi macam dah bersedia nak ambil ujian trial SPM namun yang masalahnya adalah separuh lagi yang masih nak main-main" terang Usraz Faziel
"Hm...macam ni lah lusa akan ada lawatan daripada Ustaz Jamal dari sekolah menengah islam Kelantan , mereka ada bercadang nak buat taklimat di dewan tapi pelajar kelas 5 Arshad tak terlibat sebab ini program untuk kelas 5 Islamiah tapi saya akan sediakan tempat kosong seramai 10 pelajar jadi Ustaz pilih pelajar yang paling lemah dalam kelas ustaz" kata Encik Adam
"Boleh, kejap lagi saya akan masukkan nama diorang tu dan email kan pada Encik Adam" kata Ustaz Faziel
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu saya ada kelas lain" kata Ustaz Faziel
Encik Adam mengizinkan Ustaz Faziel keluar kemudian Ustaz Faziel segera mengambil bukunya dan beredar ke kelas seterusnya
Ketika berjalan ke kelas Ustaz Faziel berasa tidak selesa kerana dia selalu diperhatikan oleh guru-guru perempuan di sekolah itu , sejak dia mula masuk ke sekolah ini ramai guru perempuan yang mencuba nasib untuk mendekati Ustaz Faziel namun langsung tidak dilayan lebih dari rakan sekerja oleh Ustaz Faziel
YOU ARE READING
Isteri Idaman Ustaz☆
RomansaUstaz Amirul Faziel seorang ustaz dan guru agama di sebuah sekolah menengah Al-Mashoor lelaki yang masih muda tetapi berilmu tinggi dalam pendidikan agama ini mungkin daripada keluarganya yang memang berketurunan ustaz dan ustazah Ustaz Amirul amat...