Bab 4

2.8K 32 0
                                    


HANANIA membuka matanya apabila terasa seperti ada renjisan air di wajahnya. Dia pandang sekeliling. Ada wajah-wajah yang tidak dikenalinya. Dia mencari-cari Afi. Tapi, Afi tiada di situ. Hanania pandang wajah lelaki yang sedang meribanya. Ini bukan Afi. Hanania cuba bangun meskipun masih pening.

"Cik boleh bangun ke?" tanya lelaki itu apabila Hanania cuba bangun. Bimbang dengan gadis yang tiba-tiba jatuh pengsan di depannya. Mujurlah dia cepat mencapai tubuh itu daripada menyembah bumi. Hanania memejamkan matanya dengan air mata yang semakin berjuraian di pipinya.

"Afii..." panggil Hanania perlahan. Matanya tetap melilau mencari Afi di kalangan orang yang menggerumuninya. Dia berusaha dengan kuat untuk jauh daripada lelaki yang sedang berada di sisinya. Hanania tidak selesa apabila lelaki yang tidak dikenali sedang memegang tangannya malahan tadi telah meribanya.

"Cik, saya bukan ambil kesempatan atas cik. Cik pengsan depan saya. Kalau saya tak sambut tentu dahi cik tu dah kena bucu meja." Lelaki itu berkata. Perasan gadis ini mula tak senang dengannya.

"Afii..." panggil Hanania sekali lagi. Dia berharap agar Afii cepat datang kepadanya. Bau minyak wangi daripada lelaki ini menyesakkan dadanya. Kalau dia tidak berada di dalam keadaan sekarang, tentunya bau minyak wangi itu tidak menyesakkannya.

"Tolong lepaskan saya," pinta Hanania cuba meronta perlahan daripada pegangan lelaki itu.

"Sombong. Orang tolong bukannya nak ucapkan terima kasih," katanya terus bangun. Afii menjauh daripada situ kerana menelefon kawan-kawan Arash. Terpaksalah dia meminta tolong lelaki yang menyambut tubuh Hanania tadi meribanya.

"Encik, saya ucapkan terima kasih sebab tolong meriba dia. Dia masih tak tentu arah, sebab Abang Arashnya baru meninggal dunia." Afii hulurkan tangan kepada lelaki itu untuk bersalaman. Wajah lelaki itu berubah apabila Afii menyebut nama Arash. Dia tidak jadi melangkah dan memandang kedua-duanya. Patutlah dia macam kenal saja wajah wanita itu. Wajah yang dia nampak 15 tahun lalu bersama Abang Arashnya. Masih begitu, tidak berubah. Isteri Abang Arash rupanya. Dia masih mahu bertanya, tapi telefon yang berdering membuatkan dia terpaksa pergi. Lagipun itu adalah panggilan daripada ibu saudaranya.

Afii mencangkung di tepi Hanania.

"Saya dah telefon Kak Nani. Kak Nani di hospital sekarang. Jom kita ke sana," ajak Afii.

Hanania hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke hospital. Dia benar-benar terasa kehilangan sekarang. Bagaimana dengan kakaknya sekarang sebagai isterinya. Dia sebagai adik ipar pun tidak dapat menerima kenyataan. Macam mana dengan Syaqer dan Mya. Mereka sudah kehilangan insan yang amat penting di dalam hidup mereka.

Dia mengenali Arash sejak dia kecil lagi. Sejak abang iparnya itu menjadi kekasih kepada kakaknya. Hanya dengan Arash saja dia tahu ada lelaki yang baik. Baik sebagai abang dan ayah kepadanya. Dengan perlahan dia membuka pintu kereta. Cuba untuk melangkah namun kakinya itu bagai dipaku di atas lantai hospital itu.

"Nia tak apa-apa ke?" tanya Afii kerana Hanania masih belum bergerak dari situ. Afii turut kaku di tepi Hanania.

"Saya tak boleh berjalan," kata Hanania sambil memegang dinding berdekatan dnegan pintu masuk ke dalam kawasan hospital. Lemah kakinya di saat memijak lantai hospital.

Afii memegang lengan Hanania. Hanania dipimpinnya perlahan-lahan menuju ke rumah mayat hospital. Dari jauh sudah kelihatan kakaknya sedang duduk. Hanania menghampiri kakaknya.

"Nia, Abang Rash tak ada Nia," katanya dalam esakan.

Hanania tidak berkata apa-apa cuma dia terus meluru memeluk kakaknya. Dia juga terus menangis tanpa dapat ditahan. Dia perlu kuat demi kakaknya. Dia sedih apatah lagi kakaknya.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now