Hello ! My Baby Girl .
Seminggu telah berlalu , sepanjang seminggu itulah Xian menggunakan masa yang ada untuk diluangkan bersama si isteri . Mungkin ni je masa yang dia ada ? Lagipun dia tak boleh bawak Carol balik ke Korea , itu semua boleh membahayakan nyawa Carol.
Tekun dia melihat Carol yang sedang bersiap-siap , dia dah berjanji untuk membawa Carol and the geng keluar jalan-jalan. Termasuklah mak boyot tu.
"Kenapa saya tak boleh ikut awak ? Awak kan suami saya ? Ke awak tak suka kahwin dengan saya ? "
Bertalu-talu soalan yang dianjurkan oleh Carol pada Xian , dia mula melangkah ke tepi katilnya dimana dia duduk di sebelah Xian. Xian yang sedang membaiki rambutnya memandang isterinya sekilas.
Keluhan berat mula dilepaskan olehnya , macam mana dia nak cakap ? Bagaimana reaksi Carol nanti ? Kalau Carol minta dilepaskan macam mana ? Pelbagai tanda tanya bermain di benak fikirannya tika ini .
Nak atau tak nak dia harus memberitahu Carol soal siapa dirinya yang sebenar , daripada Carol tahu dari mulut orang lain . Itu akan membuatnya bertambah rusing lagi.
"Saya ada benda nak bagitahu awak , tolong terima benda ni. Dan hadamnya dengan sebaik yang mungkin ok dan tolong jangan melenting selagi saya tak habis cakap . Awak tak nak jadi isteri yang derhaka kan ? So better dengar je apa yang saya nak cakapkan ."
Amaran Xian , pelbagai ayat yang berada di kepalanya di susun rapi. Satu persatu dia harus memberitahu Carol .
'Maafkan aku Ell and Xavier. Aku tak mampu nak menipu dia lagi , dia wife aku sekarang ni. Baik buruk dia aku terima dan aku harap baik buruk aku dia pun terima sebaik mungkin. '
Bisik Xian dalam hati , dia mula menarik tubuh Carol untuk merapati tubuhnya . Kepala Carol ditarik dan diletakkan di dada bidangnya , dibelai penuh syahdu kepala isterinya .
"Apa yang awak nak cakapkan ? Kenapa macam risau je ni ? Cakap je lah , haa sebelum tu saya nak tanya boleh tak ? "
Soal Carol dia mula mengangkat sedikit kepalanya , mata Xian direnung sedalam yang mungkin . Dia takut untuk bertanya , takut jika ianya akan membuat Xian mengamuk nanti atau mengherdiknya nanti .
"Apa dia ? Cakap je "
Jawab Xian , senyuman tipis dihadiahkan buat Carol . Dia tahu Carol mesti nak tanya soal pistolnya . Kerana dia perasan akan Carol yang mengemas baju- bajunya , dia tahu Carol mesti ternampak baby L nya.
"Kenapa ada pistol dekat awak ? Awak pembunuh ke ? "
Haa see , kan dah cakap tadi. Xian tetap sama dengan senyumannya yang tadi , dipusingkan badannya menghadap Carol . Tangan Carol diraih dan digenggam kemas .
"Ni yang saya nak bagitahu ni , saya harap awak tak marah. "
"Tak-tak saya janji saya tak marah . Sumpah ! "
Tangganya diangkat dan dibuat gaya seperti orang bersumpah , Xian mula memegang tangan Carol yang diangkat tadi dan dibawa turun. Tangan kananya mula naik mengusap pipi kiri isterinya .
"Ye saya percaya , kalau saya bagitahu ni awak jangan terkejut eaa . Saya ketua mafia ! "
"Haa ?! What ! Habis yang lain tu ? "
"Ni yang saya nak bagitahu , saya ketua mafia dekat Korea. Xavier dan Ell adalah ketua mafia dekat Italy , tapi Ell dibawah Xavier ."
"Korang semua membunuh orang ke ? Termasuk Ell ? Apa semua ni ? "
"Listen ! Adrean dan Calvin adalah orang kepercayaan saya . Xavier , Farish , Nicholas , Ezmeer dan Lewis satu kumpulan . Dan kumpulan tu diketuai oleh Xavier , nama kumpulan diorang THE BLACK TIGER . Nama kumpulan saya dekat Korea pula THE DIAMOND BLUE "
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...